Benarkah wajah yang bersih, licin dan tegang, lebih memudahkan kerja-kerja close deal berbanding wajah yang kedut seribu?
Bukan wanita sahaja yang mahu kekal cantik, lelaki tidak terkecuali mengambil berat soal ketampanan dan penjagaan wajah. Dalam dunia serba material, kebanyakan lelaki berpendapat mereka perlu mempertahankan rupa paras agar sentiasa sedap dipandang mata.
Biarpun fenomena botoks agak lama menyepi, tetapi masih ada lelaki yang berkeinginan melakukannya kerana sindrom takut tua dan mengubah penampilan wajah agar lebih meyakinkan.
Alasan yang diberikan lelaki, mereka perlu kelihatan menarik di mata orang tatkala berurusan terutamanya atas motif perniagaan. Penampilan menarik penting agar kehadiran mereka sentiasa disenangi orang sekeliling.
Ada juga berpendapat, wajah yang bersih, licin dan tegang, lebih memudahkan kerja-kerja close deal berbanding jika wajah telah kedut seribu, atau ada kesan bertompok-tompok pada wajah akibat pigmentasi yang teruk.
Ads
Melakukan rawatan wajah seperti spa atau berurut atau menggunakan krim mahupun urutan elektronik mendatangkan kesan yang lambat dan ia selalunya tidak digemari. Akhirnya botoks dipilih berdasarkan kesan yang menakjubkan berbanding memikirkan kesan sampingannya.
Di Amerika Syarikat, tinjauan terbaru yang dibuat mendapati jumlah lelaki yang mendapat suntikan botoks pada bahagian dahi dan bawah mata meningkat tiga kali ganda berbanding 2001, apabila hanya 100,000 lelaki di AS mengambil suntikan anti kedut ketika mula-mula botoks dikomersialkan hingga mencetus fenomena baru dalam dunia kecantikan.
Kebanyakan suntikan ini dilakukan oleh lelaki perpendapatan atau berjawatan tinggi dan berusia 40 ke atas kerana mulai mengalami masalah wajah dan kedutan.
Ads
Selain itu, prosedur suntikan botoks yang amat mudah – kurang daripada 15 minit mendorong lelaki menempah sesi bersama pakar kosmetik. Selain tempoh suntikan singkat di mana anda boleh pulang dan menyambung tugas di pejabat selepas disuntik, prosedur suntikan botoks yang tidak menyakitkan juga mendorong lelaki mengamalkan suntikan ini.
Walaupun muka akan membengkak dengan sesetengahnya memberikan kesan calar, namun kesakitan ini tidak berlarutan sebaliknya akan hilang dalam tempoh beberapa hari saja.
Ads
Selaras dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan suntikan botoks untuk tujuan kosmetik adalah haram kerana didapati mengandungi bahan yang meragukan. Fenomena ini nyata semakin berleluasa di negara Asia dan tidak terkecuali di Malaysia.
Nyata, masih ramai yang tidak begitu mengendahkan larangan ini, sebaliknya masih lagi cenderung untuk melakukan terus penyuntikan pada wajah.
Jika anda memikirkan risiko yang akan dihadapi, berfikirlah seribu sekali sebelum mengambil keputusan melakukannya kerana masih ada banyak cara lain untuk kelihatan menarik seperti menjalani gaya hidup sihat berbanding melakukan sesuatu pada hari ini yang bakal dikesali kemudian hari.
Bahaya Botoks Kepada Tubuh Manusia
Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) memberi amaran dua rawatan botoks iaitu versi khas dipanggil botoks kosmetik dan pesaingnya, Myobloc iaitu ubat yang semuanya menggunakan racun toksin (botulinum) untuk menghalang reaksi saraf, boleh menyebabkan saraf berehat.
Menurut FDA, dalam kes jarang berlaku, toksin boleh tersebar di luar kawasan suntikan ke bahagian lain badan, melumpuh atau melemahkan otot yang digunakan untuk bernafas dan menelan; kesan sampingan yang berpotensi membawa maut.
Botoks terkenal kerana meminimumkan kedutan dengan melumpuhkan otot muka, namun botulinum juga digunakan secara meluas untuk keadaan pengecutan otot berlainan, seperti servikal distonia (gangguan postur leher) atau kekejangan leher teruk.
FDA menekankan kematian yang masih disiasat setakat ini semuanya membabitkan kanak-kanak, kebanyakannya pesakit cerebral palsy (otak tidak normal) yang dirawat akibat keadaan spastik (rintangan gerakan pasif anggota) pada kaki mereka.
FDA tidak pernah secara rasmi meluluskan penggunaan ubatan itu namun sesetengah negara membenarkannya.
Menurut laporan majalah mingguan Focus di Jerman, Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mempunyai ibu pejabat di London merekodkan lebih 600 kes kesan negatif suntikan yang dikaitkan dengan rawatan kosmetik popular sehingga Ogos 2010. Dalam 28 kes, pengguna suntikan itu meninggal dunia.
Di Jerman, Institut Persekutuan bagi Perubatan dan Produk Perubatan menerima 210 laporan disyaki berkaitan dengan Botoks, yang digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia untuk menghilangkan kedutan. Lima daripada kes itu membabitkan kematian.
Botulinum toxin ialah racun biasa yang ditemui dalam makanan basi yang 400 kali lebih kuat berbanding sianida.
Apabila disuntik, dos yang sedikit melumpuhkan otot dan menghalangnya daripada bergerak selama empat hingga enam bulan – sesuai untuk menghapuskan garisan halus buat sementara tetapi berpotensi menyebabkan kematian jika ia memberi kesan kepada otot yang salah.
Botoks dan kosmetik Botoks memberi amaran pada label mereka mengenai kemungkinan tindak balas kurang baik berhampiran bahagian suntikan bagi setiap produk yang diluluskan penggunaannya, menurut FDA.
Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan ada menyatakan bahawa botoks diperbuat daripada Botulinum toxin A dan tidak berasaskan tumbuhan. Walaupun, dalam kepekatan rendah (seperti dalam botoks) ia masih sejenis neurotoksin yang amat berbahaya pada tubuh manusia.
Botoks disenarai sebagai bahan racun berjadual. Ia bermakna ada amaran bahaya terhadap penggunaannya. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertengahan November, calendar events sosialit kembali rancak dengan pelbagai jemputan. Antara yang sempat ditemui, sang rupawan Marion Caunter sewaktu menghadiri KL Fashion Awards 2021 yang lalu.
Tampil elegan dalam persalinan jumpsuit hitam Rizman Ruzaini, choker ikonik Juste un Clou Cartier, rambut disanggul kemas, kecantikan isteri kepada SM Nasarudin ini jelas memukau mata!
Saat tangga Shangri-La dituruni, setiap mata umpama tak berkelip melihat gaya Marion. Aura bekas pengacara, penyampai radio, dan emcee terkenal ini bagaikan jelmaan Rose Dawson menuruni grand stairs dalam Titanic!
Marion dengan keramahannya yang biasa, mesra menyapa sapaan saya. Apa rahsia awet muda Marion? Sambil tertawa kecil, beliau menjawab…
“Takde rahsia! Saya berterima kasih pada ibu saya kerana dia nampak sangat muda.
Dan paling penting, kita mesti berdamai dengan diri kita. Jadilah orang yang sentiasa gembira kerana ia akan tergambar di luaran. If you feel good, it will really show on your face.” Marion Caunter
Kebahagiaan pasangan ini sentiasa menjadi inspirasi ramai
Marion Caunter tetap kelihatan muda disamping tiga cahaya mata
Nak dengar Marion Caunter cakap Melayu? Jom tonton video ni…
Bersahaja jawapannya, namun Marion Rose Caunter Abdullah jelas individu paling layak digelar ‘Fashion Icon of the Year’. Paling seronok bila wanita berusia 41 tahun ini ‘play dress’ dengan anak-anak, cantik sungguh gandingan ibu dan anak bila berbaju sedondon.
Hakikatnya bagi majoriti followers Marion, kisah kebahagiaan dan stail keluarga kecil ini memang jadi inspirasi.
Terkenal sebagai wanita bijak berfesyen, wanita asal Pulau Pinang ini dengan mesranya berkongsi cara-cara beliau mendapatkan inspirasi gaya.
Apa sahaja yang digayakan Marion terletak kemas di tubuhnya
Marion gemar ‘menyiapkan’ anak-anak kesayangannya
“Mostly in Instagram. Dulu kita tengok majalah dan TV tapi sekarang saya rasa semua inspirasi datang daripada Instagram.
Bukan saja selebriti tapi mungkin orang-orang kebanyakan yang kita nampak di dalam talian. Tapi paling penting, kita mesti menjadi diri sendiri.
Pakai apa yang buat kita selesa dan apa yang dipakai itu mampu mengekspresikan siapa diri saya. Itu peraturan utama saya bila berfesyen.” Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.
Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.
Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.
Pelembap kulit merupakan asas kepada solekan sempurna. Kulit yang lembap dari dalam menyerlah solekan di luar. Jangan sekali lupa sapu pelembap sebelum bersolek. Risau kulit berminyak selepas bersolek? Sapu pelembap dalam gerakan bulatan arah lawan jam.
Inovasi dalam solekan memudahkan tugas bersolek. Sediakan wajah dengan semburan primer yang berasaskan bahan-bahan semula jadi. Hasilnya solekan sama rata dan tidak berbelak-belak nanti.
Bedak asas yang sering menjadi pilihan wanita hadir dalam bentuk stick. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disapu. Aplikasi sempurna bedak asas bentuk ini diperoleh dengan sapuan berus khusus agar sempurna dan sekata.
Sembunyikan cela pada wajah dengan penyamar noda. Titipkan penyamar noda pada daerah yang dikehendaki dan tepuk lembut menggunakan tangan agar tidak bercapuk solekan yang telah tersedia.
Teknik kontur boleh membantu membentuk wajah atau menyempurnakan wajah seseorang. Sapu highlighter pada atas tulang pipi atau bawah mata jika mahu kesan segar dan berseri. Boleh juga meruncingkan bentuk pipi dengan sapuan gelap pada tulang rahang.
Cipta soket mata dengan mengikut alis mata yang terbuka. Kemudian ratakan rona biru gelap agar lebih sempurna. Eksperimentasi dengan rona keemasan disapu sempurna demi sebuah gaya yang menggoda.
Bentuk kening membawa seribu satu makna, benar begitu? Melukis kening memerlukan latihan yang rapi. Jika mengikut cara solekan kening orang Korea, lebih gemar kening yang mendatar. Lukis kening dan penuhkan ruangan kosong dengan sapuan lembut pengalit kening.
Tidak salah mengoles lipstik merah cili walau solekan mata sudah mendominasi solekan. Sapu pelembap bibir sebelum lipstik agar kelembapan kulit bibir terus terpelihara. Ratakan dengan sempurna pada bibir kemudian oles pengilat bibir agar lebih tahan lama. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan aktres jelita Bollywood, Aishwarya Rai. Pelakon cantik yang juga ratu cantik India ini sudah lama tak terlihat di layar kaca tv. Setelah berkahwin dengan anak Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan kini lebih memilih untuk memberi fokus penuh buat keluarganya yang tercinta.
Tambahan pula, pada tahun 2011 lalu, pasangan sama cantik dan sama padan ini telah dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Aaradhya Bachchan. Setelah kelahiran si kecil ini, dia lebih menumpukan kepada keluarganya.
Meskipun berstatus sebagai public figure, ia tidak menghalang Aishwarya Rai daripada menguruskan si permata hati. Sedar tak sedar, kini sudah 9 tahun berlalu. Aaradhya Bachchan pun sudah semakin besar. Aaradhya Bachchan baru-baru ini pun merayakan ulang tahunnya yang ke-8.
Tentu netizen pun ingin tahu wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Dia membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Dia kelihatan sangat mirip dengan wajah ibunya. Hal tersebut dibuktikan dengan wajah Aaradhya Bachchan seiras dengan Aishwarya Rai sewaktu kecil.
Nah, buat anda yang ingin melihat wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Nona kumpulkan beberapa potret Aaradhya Bachchan yang diambil dari akaun Instagram peribadi Aishwarya Rai @aishwaryaraibachchan_arb.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan Thalita di pentas eksklusif 'Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore' baru-baru ini cukup istimewa kerana ia mengimbau semula memori kita kepada Allahyarhamah...