Rata-rata wanita tidak yakin untuk menggayakan baju sleeveless jika mempunyai lengan yang besar. Sebolehnya mereka ingin menutupi bahagian tersebut khuatir ia akan menjejakan penampilan mereka. Namun jangan khuatir kerana ada tip mudah untuk menutupi lengan yang besar. Jom Nona kongsikan 4 tip yang bakal membuatkan keyakinan anda bertambah dan kelihatan anggun!
IKLAN
1. BAJU LENGAN ¾
Wanita biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu mereka lebih mengambil berat dengan keadaan lengan bahagian atas yang terlihat lebih besar daripada pergelangan tangan. Baju dengan lengan 3/4 adalah penyelamat yang mampu menutupi bahagian atas tersebut, tetapi tetap menonjolkan keadaan lengan bawah yang lebih kecil.
2. BAJU LENGAN PANJANG FABRIK SHEER
Lengan panjang adalah pilihan fesyen yang cukup sesuai untuk menutupi lengan besar anda. Namun Malaysia dengan iklim tropika membataskan anda untuk mengenakan pakaian berlengan panjang stiap hari. Panas! Untuk tampil lebih selesa, pilih baju lengan panjang dengan fabrik sheer yang menutupi lengan tetapi tidak membuatkan anda kepanasan.
IKLAN
3. KARDIGAN DAN BLAZER
IKLAN
Memakai cardigan dan blazer juga menjadi pilihan terbaik untuk menutupi lengan besar Anda. Pilih cardigan dari fabrik nipis yang tidak akan membuat anda kepanasan di siang hari yang terik. Untuk tampil yang lebih profesional, kenakan fitted blazer agar tubuh anda kelihatan lebih langsing.
4. OFF THE SHOULDER TOP
Memakai baju lengan panjang yang sama setiap kali tentu sahaja membosankan. Anda boleh bermain dengan fesyen iaitu dengan mengenakan pakaian atas seperti off the shoulder, half the shoulder dan shoulder cut. Pakaian seperti ini akan membuatkan anda kelihatan seimbang kerana ia mengalih fokus pada bahu dan bukannya lengan anda.
Apa lagi yang hendak diperkatakan tentang kejayaan Noor Neelofa Mohd Noor. Saban tahun, ada sahaja pencapaian yang dibawakan anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini. Selepas mencuri perhatian pereka fesyen ternama, Tommy Hilfiger di New York Fashion Week… kali ini Neelofa sekali lagi menambat pandangan peminat fesyen antarabangsa dengan penampilan berbeza daripada kebiasaan di Milan Fashion Week.
Sebagai usahawan muslimah dan Pengasas Naelofar Hijab, Neelofa bukan hanya sering menjadi tumpuan khalayak bahkan wanita berjiwa besar ini mahu sentiasa menyuntik inspirasi kepada kaum wanita khususnya yang beragama Islam.
Justeru, apabila dia mengenakan hijab penuh ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara di Milan, Itali baru-baru ini… gaya tudung yang disarungkan itu mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikut di laman media sosial.
“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya.
Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya selalu tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara.
Namun ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya rasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.
Saya rasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa,” ujarnya.
Pada hari pertunjukan itu berlangsung, Neelofa tampil bergaya dengan persalinan serba putih yang turut dipadankan dengan hijab rona senada.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, banyak acara dan majlis perlu ditunda bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 terputus. Malah, majlis pernikahan dan juga perkahwinan terpaksa ditangguh gara-gara krisis yang sedang melanda ini walaupun segala persiapan telah dipersiapkan.
Namun, baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pasangan yang ingin bernikah dalam tempoh PKP dengan melakukannya melalui sidang video. Walaubagaimanapun, ia harus mendapat kelulusan khas daripada jabatan tersebut.
Hal ini pastinya menjadi khabar gembira buat pasangan yang ingin mengikat ikatan pernikahan dalam tempoh PKP ini. Secara tak langsung, ia juga memberi ruang untuk pereka fesyen tanah air untuk terus menghasilkan busana buat bakal mempelai yang ingin melangsungkan pernikahan dalam tempoh ini.
Menariknya, busana yang direka oleh salah seorang pereka fesyen tanah air, iaitu Zaimi zulkafli didatangkan dengan mask yang cukup menarik. Menurut Zaimi idea untuk menghasilkan high end mask ini hasil perbincangan di antara pihak pengantin dan juga pereka fesyen.
“ Pihak pengantin agak sedih bila majlis pernikahan terpaksa ditangguhkan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, apabila baru-baru ini Selangor membenarkan nikah kahwin melalui online, terus pengantin meminta saya untuk menghasilkan mask yang bersesuaian dengan busana nikah mereka.
Untuk rekaan mask ini, saya mengambil inspirasi daripada busana salah seorang pelanggan saya. Rekaan silhouettes mask ini direka bersesuaian dengan bentuk muka pengantin. Ukuran untuk menghasilkan mask ini juga dibuat melalui atas talian. Ia dilapisi dengan 5 material iaitu crepe silk, interfacing, filter woven , shantung silk dan French lace.
Untuk nampakkan lagi cantik untuk dipakai ketika majlis, Mask ini turut diperinci dengan jemaki, manik dan juga diamond. Ia direka hanya untuk hiasan dan boleh dicuci melalui basuhan tangan.
Tambah Zaimi lagi, sebaik nikah atas talian dibenarkan, pelanggan mula menanyakan pakej rekaan busana pernikahan dalam tempoh PKP.
“ Ramai juga pelanggan yang mula bertanyakan pakej busana pernikahan selepas nikah atas talian dibenarkan. Mungkin keadaan ini akan menjadi trend di Malaysia malah mungkin di seluruh dunia apabila majlis pernikahan yang boleh ditonton secara online.
Mungkin perkara ini membuatkan bakal pengantin ingin kelihatan cantik, classy dan kemas pada mereka yang menonton live pengantin ketika majlis pernikahan dijalankan. Selain itu, mungkin ketika proses PKP ini boleh memberikan memori yang tidak ternilai kerana jarang pasangan yang boleh merasai pernikahan atas talian yang boleh ditonton oleh satu Malaysia mahupun dunia.
Sebagai seorang pereka fesyen, Zaimi juga turut terkesan dengan keadaan semasa. Keadaan ini pasti memberikan impak yang mendalam buat bisnes yang diusahakan.
“ cabaran pereka fesyen sepanjang PKP amat mencabar dan memberi impak baru dalam industri fesyen terutamanya dari segi cara penyesuaian syarikat untuk menghadapi situasi ini. Banyak pekerja dalam industri fesyen ataupun tukang jahit kampung yang amat tekesan dari segi kewangan dan cara bekerja.
Tetapi cabaran ini memberikan kita untuk mencari solution bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, mengukur pelanggan melalui online iaitu mengajar pelanggan mengukur dengan tepat. selain itu masa inilah designer refresh dan ada masa untuk research dan berkarya semasa tempoh PKP.
Dalam tempoh PKP ini juga, para designer atau industri fesyen belajar untuk bersatu bagi membantu negara dari segi menjahit alat bantuan hospital iaitu baju PPE, tudung dan socks. walaupun bantuan kami tidaklah sevesar mana, sekurang-kurangnya ia dapat membantu pihak yang memerlukan, insyaallah.
Hidup ibarat roda yang berputar. Nasib bisa berubah dimana ia terhenti, sama ada di atas atau di bawah. Begitulah yang ditempuh usahawan cekal, Wawamyza Muhamad, tentang cabaran bisnes sepanjang pandemik ini.
Berusia 29 tahun, gadis jelita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu merupakan anak seorang pesara tentera. Ibunya pula seorang suri rumah.
“Saya merupakan anak bongsu dalam tujuh beradik. Kami datang dari keluarga yang sederhana tapi mengutamakan pendidikan,” tutur Wawamyza yang memiliki kelulusan Master dalam Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) dan MBA (Entrepreneurship).
Perjalanannya mengusahakan bisnes kain pario di bawah label Pario by Wawamyza antara yang menarik perhatian Majalah Nona. Tambah-tambah pula sejak ramai yang bekerja di rumah dan wanita kembali meminati batik.
“Ya. Apabila duduk di rumah kita suka pakaian yang loose dan senang untuk bergerak. Bila pakai pario, secara automatik terus nampak bergaya tanpa perlu bersusah payah nak bersiap.” Wawamyza
Menelusuri portfolio kerjaya Wawamyza sebelum bergelar usahawan, dia sebelum ini pernah menggalas jawatan Retail Developer di Petronas Lubricants, Felo Perdana kepada Ketua Setiausaha Negara dan Eksekutif Pembangunan Perniagaan di D’or Rue Sdn Bhd.
Minat terhadap pario bermula sejak Wawamyza memakainya secara suka-suka pada tahun 2019. Ini disusuli dengan himpunan kaftan satin di bawah label yang sama.
“Saya mahu mengetengahkan batik Malaysia dan menjadikan batik sebagai pakaian kebanggaan anak muda.
Selalunya orang pakai batik ketika hari-hari tertentu dan majlis tertentu sahaja. Tetapi dengan Pario by Wawamyza, pario batik kini boleh dipelbagaikan pemakaiannya.
Orang ingat pario ni sesuai ke pantai atau dipakai dengan kebaya saja. Tapi sebenarnya ia boleh disuai padan dengan pelbagai baju. Even ada yang jadikan Pario by Wawamyza sebagai evening dress!”
Wawamyza sebelum ini pernah menyertai kelas modelling, menjadi finalis dalam The Next Look Selangor Fashion Week dan finalis reality show Malaysia Style Expert.
TERJEJAS
Meskipun mempunyai potensi yang besar, namun bisnes Wawamyza turut terkesan dengan wabak COVID-19.
“Pandemik memang menjejaskan bisnes fesyen. Tetapi pemilik bisnes fesyen perlu kreatif untuk menyesuaikan bisnes dengan keadaan sekarang.
Walaupun musim pendemik, kebanyakan orang bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah masih memerlukan mereka untuk bersiap dan memakai pakaian kerja. Dan permintaan terhadap bisnes fesyen masih ada.
Pario by Wawamyza antara pilihan pelanggan kerana selesa untuk dipakai di rumah dan senang untuk dipakai,” cerita Wawamyza yang menjadikan Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai tokoh fesyen disegani.
BISNES SAMPINGAN
Enggan cepat mengalah, tuan empunya nama Nur Najwa Hamizah Muhamad ini tekad menceburi bisnes lain juga sebagai pendapatan sampingan.
“Dulu saya pernah ditertawakan apabila cerita impian yang saya nak masuk ke Istana Negara. Ada orang cakap mengarut sebab saya bukan siapa-siapa dan alhamdulillah KDYMM Tuanku berkenan menempah cenderamata dan saya berpeluang masuk ke Istana Negara.
Di samping mengusahakan perniagaan pario, saya menjadi Leader dan Trainer di platform Mamasab. Mamasab merupakan seorang multimillionaire yang telah bantu ubah kehidupan ramai orang dalam waktu yang singkat serta tanpa modal.
Di awal penglibatan saya dengan Mamasab Network, saya pernah diperlekehkan orang sekeliling kerana menjadi ejen produk orang tetapi saya percaya jika kita berada dalam kalangan orang yang dah capai apa yang kita nak, lagi senang untuk kita capai impian tersebut.
Setiap apa yang kita nak, boleh dicapai jika kita percaya dan usaha. Tidak perlu kisah dengan pandangan orang terhadap kita.”
Mengakhiri perbualan, Wawamyza menyuarakan hasratnya mahu menyambung pengajian di peringkat PhD, membuka pusat pelindungan kucing dan anjing jalanan, membawa batik ke seluruh dunia, menjadi trainer spiritual serta pakar motivasi bertaraf dunia untuk membantu orang lain mengubah kehidupan.