Berita baik buat anda yang sedang merancang destinasi perecutian untuk hujung tahun ini! Jepun bakal menamatkan sekatan Covid-19 yang dikenakan ke atas pelancong asing dengan pembukaan semula sempadan bermula 11 Oktober ini.
.Menurut Perdana Menteri Fumio Kishida, pelawat individu mula dibenarkan masuk dan Jepun akan mengembalikan pengecualian visa.
Ketika berucap dalam sidang akhbar di New York baru-baru ini, dia mengumumkan bahawa had ketibaan harian di Jepun juga akan berakhir.
Jepun mengumumkan langkah untuk membatalkan sekatan ke atas pelancong asing selepas gelombang wabak menakutkan itu semakin reda.
Dalam pada itu, nilai mata wang Yen turut merosot ke paras terendah berbanding dolar dalam tempoh hampir suku abad, menjadikan kepulauan itu sebagai destinasi yang murah dan menarik untuk pelawat dari luar negara.
Ads
Menurut Kishida lagi, pada masa yang sama diskaun untuk perjalanan domestik juga akan diperkenalkan. Sebelum penularan Covid-19, Jepun membenarkan pelawat dari 68 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, untuk tinggal selama 90 hari tanpa visa.
Ads
Bilangan pengunjung mencapai rekod hampir 32 juta pada 2019, merosot kepada kira-kira 246,000 tahun lalu.
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan perubahan kepada undang-undang yang membolehkan hotel menolak tetamu yang enggan mematuhi langkah kawalan jangkitan.
Ads
Berbeza dengan kebanyakan negara, topeng muka kekal digunakan secara universal di Jepun walaupun pada masa ini tiada kewajipan undang-undang untuk menggunakannya.
Sumber: https://www.jnto.go.jp/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 47, berkongsi cerita penghijrahannya yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah. Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, pemergian ibu, Puteh Jantan tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini, sangat memberikan keinsafan buat dirinya.
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua. Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” kata DJ Lin lagi.
DJ lin turut berkata pemergian dua anggota keluarga terdekat itu membuatkan dia terduduk dan sedar sebagai manusia kita perlu kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” katanya.
Mengulas mengenai penampilan dirinya yang sudah bertudung, Lin berkata, dia memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sebaik saja kembali dari Makkah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah hendak jumpa lelaki kacak dan setia macam bintang filem James Bond ini! Ternyata kualiti yang ada dalam diri Pierce Brosnan memang satu antara berjuta. Dia bukan hanya pernah digelar Sexiest Man Alive kerana populariti, wajah tampan dan tubuh sasa yang dimiliki. Lebih istimewa, kesetiaan dan sikap aktor ini menghargai wanita terutama isteri tercinta cukup menyentuh hati ramai pihak.
Di sebalik populariti Pierce Brosnan dan nama besarnya dalam industri Hollywood, pelakon berusia 72 tahun ini sebenarnya lebih selesa menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak. Selain berlakon, dia juga berbakat dalam seni lukisan sama seperti anak lelaki kesayangan, Paris Brosnan.
Kesetiaan Pierce terhadap isteri tercinta, Keely Shaye Smith bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat pelakon keturunan Ireland ini. Sejak pertama kali bertemu pada tahun 1994 hingga sekarang, hatinya masih tertawan dengan kejelitaan dan peribadi Keely.
Buktinya, 4 Ogos lalu pasangan romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-24. Isterinya iaitu Keely merupakan bekas personaliti televisyen dan wartawan.
Beza usia 10 tahun di antara mereka bagaimana pun bukan halangan untuk bahagia dan berkasih sayang. Keely yang kini berusia 62 tahun misalnya masih memiliki kecantikan semula jadi yang mampu membuatkan Pierce terus ‘jatuh hati’.
Memetik laporan portal Parade, mereka mula berkenalan di Cabo San Lucas, Mexico pada tahun 1994. Waktu itu Keely ditugaskan menemu bual pelakon Ted Danson. Bagaimana pun Ted tidak dapat meneruskan sesi berkenaan dan dia kemudian bertemu Pierce.
Kata Pierce kepada media PEOPLE, perhatiannya terhadap Keely tidak pernah berubah sejak dia melihat wanita itu pada tahun 1994.
“Ke mana saja saya pergi, saya akan merinduinya dan hantar tiket kepadanya untuk datang supaya kami boleh bersama. Saya menemui seorang wanita yang hebat dalam diri Keely Shaye. Dia umpama satu dalam berjuta.”
Tarikan ‘James Bond’ Ini Di Mata Keely
Sementara itu, mengulas pertemuan pertama mereka Keely mendedahkan Pierce seorang lelaki yang menawan. “Dia memiliki semua yang membuatkan orang tertarik dengan personalitinya. Dia juga mempunyai sepasang mata yang memikat.
Jadi saya faham mengapa wanita melihatnya sebagai seorang lelaki yang seksi. Dia sangat menawan dan menghargai wanita.”
Ketika ditemu bual The Sun pula, bintang Mamma Mia! ini berkata tidak kira apa sekali pun Keely tetap menjadi wanita terbaik dalam hidupnya. Apatah lagi pengorbanan Keely menjaga 5 anak Pierce. “Saya mengagumi jiwa dan semangat isteri. Bila dia merenung ke arah saya, saya jadi ‘lemah’.”
Sampai macam tu sekali Pierce ‘cair’ dengan buah hati kesayangan, Keely! Walau sudah lebih 20 tahun hidup bersama tapi kedua-duanya seperti sepasang kekasih yang hangat bercinta.
Jelas Pierce, meluangkan masa berkualiti bersama pasangan merupakan kunci kepada hubungan yang baik di antara mereka.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2001 di sebuah biara berusia 785 tahun iaitu Ballintubber Abbey di County Mayo, Ireland. Majlis perkahwinan Pierce dan Keely dilaporkan bernilai USD1.5 juta dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Hasil perkongsian hidup, Pierce dan Keely dikurniakan dua orang anak iaitu Dylan Thomas Brosnan yang lahir pada 1997 sementara Paris Beckett Brosnan pula dilahirkan pada tahun 2001.
Perkahwinan Terdahulu ‘James Bond’
Ini merupakan perkahwinan kedua Pierce selepas isteri pertama, Cassandra Hariss meninggal dunia akibat kanser ovari pada tahun 1991.
Cassandra yang sebelum itu pernah berkahwin mempunyai dua orang anak iaitu Charlotte dan Christopher. Sepanjang perkahwinan bersama Pierce, Cassandra turut melahirkan anak mereka yang diberi nama Sean Brosnan.
Selepas kematian Cassandra, Pierce mengambil tanggungjawab sebagai bapa kepada Charlotte, Christopher dan Sean. Pada tahun 2013, Charlotte turut meninggal dunia selepas menghidap kanser ovari seperti ibunya.
Apa-apa pun kebaikan pelakon James Bond ini melayan mesra Keely dan anak-anak memang wajar dijadikan inspirasi. Biarpun kaya dan terkenal, dia enggan mengambil kesempatan mengabaikan keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut bila dapat tahu suami kepada Ziana Zain, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. Merujuk laporan Sinar Harian, penahanan Armin dibuat atas pertuduhan dengan sengaja menggunakan rotan terhadap anaknya hingga menyebabkan luka dan lebam di kediaman mereka pada 25 Februari lalu.
“Saya ajar anak solat dan mengaji, tetapi dia tak faham. Saya tak dera anak! Saya mohon jaminan rendah dibenarkan,” jelas Armin Zaharin Ahmad Zambri yang kelihatan agak tidak terurus ketika ditahan dengan memakai T-Shirt polos berwarna kelabu.
Sumber: Sinar Harian
Sementara itu, ketika Nona menghubungi Ziana Zain untuk mendapatkan reaksinya berhubung perkara tersebut, ini pesan beliau. “Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik.”
Pendakwaan ke atas Armin dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin bagaimana pun membenarkan jaminan RM5, 000 dengan seorang penjamin.
Dalam pada itu mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu pada 4 April depan.
Armin, 53 tahun ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana yang pernah popular dengan lagu Putus Terpaksa telah mendirikan rumah tangga bersama Armin sejak 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14 dan anak kembar, Muhammad Ariel serta Siti Nur Kaseh, 9 tahun.
Harapan kami agar segalanya dipermudahkan dan sama-samalah mendoakan yang terbaik buat Ziana serta keluarga. Sebagai orang luar yang tidak tahu pucuk pangkal tentang isu ini, hentikan menyebar persepsi negatif tentang Ziana mahupun Armin. Hanya mereka berdua saja tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.