Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.
Menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan dalam talian yang pertama di pasaran Malaysia. AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
AXA eMedic menawarkan Kad Perubatan dalam talian yang pantas, mudah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun serendah RM37*/sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun.
Ads
Ads
AXA AFFIN turut menjalinkan kerjasama dengan BookDoc dan Naluri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pelanggannya. Yantrik (yan3k.com) menyokong AXA AFFIN sebagai konsultan pelaksanaan.
Ads
Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.
Bagi pelanggan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau berusia lebih daripada 39 tahun, AXA AFFIN turut menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk-produk sedia ada dan mereka akan dilayan oleh agen-agen profesional. Agen-agen berkenaan juga akan memberi khidmat kepada pelanggan eMedic sekiranya mereka menginginkan perlindungan yang lebih tinggi atau produk khusus yang memerlukan khidmat nasihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Foto seorang wanita warga emas yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial kelmarin, sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.
Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.
Perkara itu bukan saja mengejutkan netizen, malah pihak berwajib. Antaranya Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang menulis di Twitter beliau…
It’s people like her that increase our nation’s risk to 2nd wave. Shame on you Ms and shame on yr friends/family & cafe who allowed her in & didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there. @KKMPutrajaya@MKNJPMpic.twitter.com/9H5YPgnGLV
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) July 20, 2020
It’s people like her that increase our nation’s risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there.
(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)
Kes ini segera mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan siasatan diambil serta-merta untuk mencari wanita tersebut. Namun lebih mengejutkan, wanita warga emas berumur 72 tahun itu dikenal pasti positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital bersama anak lelakinya.
Tidak ketinggalan, semakin banyak perkongsian foto yang melibatkan pemakai tag pink ini di tempat awam. Satu persatu individu dikenal pasti melanggar perintah kuarantin COVID-19, sehingga menimbulkan tanda tanya, adakah persekitaran kita sudah selamat dari jangkitan wabak tersebut?
FUNGSI TAG PINK
Nona tertarik untuk berkongsi tentang fungsi tag atau wristband berwarna pink ini seperti yang ditulis oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran.
“Ada yang ingat tag ni adalah untuk pesakit di hospital dan tak tahu pun yang pakai tag ni adalah orang yang sedang menjalani kuarantin COVID-19.
Jadi, saya rasa penting untuk ramai orang tahu tentang tag ni.
Sebenarnya, tag berkenaan diberikan kepada mereka yang balik dari luar negara.
Semua yang dari luar negara, setelah tiba di Malaysia, mereka kena buat saringan COVID-19.
Jika saringan awal positif, mereka akan terus ditahan dan dimasukkan ke dalam wad. Sebaliknya jika saringan awal negatif, mereka dibenarkan pulang dan diberi arahan untuk menjalankan kuarantin di rumah
Mereka akan dipakaikan tag berkenaan sama sekali tidak boleh cabut sepanjang proses kuarantin.
Kenapa?
Ia supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui orang dan tidak boleh disembunyikan.”
Mereka sama sekali tidak boleh cabut tag pink ni, walaupun doktor atau mana-mana staf kesihatan sekalipun.
Tag itu hanya boleh dicabut oleh staf dari pejabat kesihatan daerah selepas mereka menjalani ujian Covid-19 kali kedua dan keputusan sah sebagai negatif (maknanya walaupun negatif, tak boleh cabut sendiri di rumah.. Itu adalah satu kesalahan dan boleh didenda.
INDIKASI WARNA TAG
Dr Safiya turut berpesan supaya orang ramai segera bertindak jika ternampak individu bergelang pink ini di mana-mana.
“Sesiapa yang ada nampak orang pakai tag hospital ni baik warna pink, biru atau putih mesti segera beritahu Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Nak beritahu polis pun boleh kalau tak tahu nombor pejabat kesihatan… sebab polis pun ada terlibat untuk buat pemantauan pematuhan kuarantin ni,” ujarnya tegas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam, penuh di media sosial dengan ucapan Selamat Hari Bapa. Seperti biasa, setiap Ahad minggu ketiga bulan Jun… anak-anak akan ambil peluang untuk menghargai jasa dan pengorbanan bapa tersayang sama ada menerusi ucapan mahupun hadiah. Tidak kira ketika sambutan Hari Bapa atau tidak, hendak mengenang bakti insan yang membesarkan sebenarnya pada bila-bila masa pun boleh. Bukan pada hari tertentu saja.
Tidak ketinggalan memberi ucapan bermakna sempena hari meraikan ‘hero’ tersayang semalam ialah aktres berbakat besar, Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil. Rata-rata peminat dan netizen yang membaca curahan perasaan Abil melahirkan rasa sebak dengan realiti hidup yang sedang ditempuh ibu kepada seorang anak itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan anak dan bapa ini kembali terjalin erat seperti sebelum ini. Berikut coretan Abil yang dikongsikan di IG.
================
Dear papa, tak kira berapa jauh, berapa tahun kita tak berjumpa, apa jua pun keadaan yang kita lalui, Abil just nak papa tau, you’re always on my mind. Every single minute and second I will always miss you. I miss everything about you.
Your laugh, your jokes, the way you talk, your cooking, the way you explain to me the same thing repeatedly every year. Walaupun waktu yang kita bersama tu kurang, bila ingat all the memories, Abil akan senyum sendiri… You know we never had a chance to spend our time together since I was young. Kita tak pernah ada peluang like two of us travel and buat benda macam anak dan bapak orang lain.
Every time I went to my friend’s house, Abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad. Abil nak peluk papa, hold your hands, dating berdua. I never had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain.
I always adore you! You’re my idol… You’re the coolest dad that I ever had! No one can replace you. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me. Anak derhaka la, lupa bapak la, itu inilah. I think you know me better, you know what I’m doing. It doesn’t matter how hard orang cuba nak jauhkan kita dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.
If you hate me pun, I still love you so much. Because I love you so much, Abil korbankan our relationship. Just to make you and other people happy. Maybe we don’t belongs to each other cause banyak sangat rintangan nak kena lalui. I’ll pray for your happiness papa.
Papa dah ada your own family. You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you. Abil reda mungkin inilah jalan yang sudah tertulis untuk hidup kita berdua. Abil sentiasa maafkan papa whatever yang papa buat Abil terasa atau Abil sedih. Abil doakan papa sentiasa diberi kesihatan yang baik. Abil sayang papa dan Abil rindu papa sangat. Happy father’s day Suhaimi bin Abdul Rahman.”
Bak kata pepatah, ‘Air dicencang takkan putus.’ Moga kedua-duanya dapat menemui kata sepakat dan kembali berbaik seperti sedia kala.
Abil yang merupakan anak perempuan Amy Search dan bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar pada 2015. Abil juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Keisha Laila hasil perkahwinan pertamanya.
Kredit: Instagram Nabila Huda
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh dikatakan emosi semua penonton siaran langsung konsert Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 4, malam tadi, masih lagi terganggu dengan ucapan Elyana yang tersingkir.
“Saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan saya masih boleh lagi berdiri di sini…” ucapnya dalam nada tertahan.
Pengakuan Elyana ketika memberi ucapan terakhir itu mendedahkan keadaan dirinya yang kini sedang menghidap kanser di tahap 4.
Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 30, melalui akaun Instagramnya pada dua hari lepas memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang misteri tentang motif sebenar perkongsian tersebut.
Misteri akhirnya terlerai apabila Elyana sendiri membuat pengakuan mengejutkan ini, sekaligus membayangkan bagaimana dia reda dan ‘bersedia’ menerima ujian-Nya.
Penyakit kanser limfoma juga mengingatkan Nona kepada penceramah bebas, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek yang turut disahkan menghidap penyakit yang sama. Beliau telah pun menjalani pembedahan membuang sel kanser itu pada bulan Februari 2017.
Awal tahun lalu, Nona sendiri menemu bual beliau sambil berkongsi dua tip yang boleh memberi kekuatan kepada pesakit-pesakit yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Cara ini yang beliau praktikkan untuk diri sendiri dan kesannya Ustaz tak merasakan kanser sebagai satu beban. Sebaliknya satu nikmat yang indah daripada Allah.
Semoga Elyana boleh menyerap semangat Ustaz Hanafiah ini agar terus bersemangat dan berjuang meneruskan kehidupan!
(1) Syukur
Sepuluh tahun lalu, saya cuma sakit, demam panas dan kerap muntah atau buang air besar berdarah. Bila disahkan kanser pada 31 Januari, saya tak rasa apa. Ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti ada sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur.
Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah merupakan Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.
Suatu malam ketika saya operation buang kanser, saya koma selama 4 hari. Tapi setiap kali orang azan, saya akan tersedar dan mendirikan solat. Kemudian, saya pengsan balik. Ketika koma, saya hanya rasa yang saya berada dalam keadaan tawaf. Saya nampak Kaabah.
Sepanjang itulah saya berasa manisnya berada dalam keadaan tawaf. Inilah yang saya kata, hadiah daripada Allah. Hadiah yang sangat indah. Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah sembuhkan penyakit saya.
(2) Jangan Stres
Barangsiapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih. Ia bukan saja azab di Padang Mahsyar atau dalam kubur. Azab kanser yang Allah beri ini boleh mengundang stres. Terseksa jiwa rasa bagai dalam penjara yang penuh dengan penyeksaan.
Kalau tak nak stres, bersyukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatinya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasnya. Orang yang bersyukur pula ‘they make Allah happy’.
Dia akan gembirakan Allah dengan sifat syukurnya itu. Sebab itu Nabi pernah kata, berapa ramai umat aku boleh bersabar bila ditimpa musibah tetapi terlalu sedikit yang bersyukur bila diberi nikmat.
Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor. Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Persembahan Elyana turut mendapat pujian apabila dia kelihatan sangat menjiwai lagu Sepi (Yuni Shara) hingga menitiskan air mata. Semoga ibu kepada Cinta Sumayyah, 6, dan isteri kepada Khairul Anuar Husin ini kembali sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!