Perniagaan yang baik menjanjikan masa depan yang stabil dan potensi berkembang yang besar. Di sebalik kehebatan sesuatu produk, sebenarnya ada selaut reputasi dan segunung program pemasaran yang luar biasa di belakangnya. Kembangkan sayap dan terbang tinggilah… ini masanya membina empayar bisnesmu.
Percaya bahawa pemasaran yang baik adalah ‘kunci’ kejayaan bisnes, kini Astro mengajak semua usahawan SME untuk menyertai ‘POWER UP – Exclusive Astro Studio Tour’ bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022 ini.
Buat julung kalinya, semua usahawan SME berpeluang untuk meninjau studio-studio di All Asia Broadcast Centre (ASTRO) yang dibuka secara eksklusif kepada anda. Program selama seminggu ini bertemakan ‘POWER UP! Berdiri Di Tempat Betul Untuk Berkembang’.
PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021
Antara edisi Nona terbitan TV yang menarik di ASTRO
Ads
Selain melihat sendiri suasana di pusat penyiaran ini, pakar-pakar media juga bakal berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuklah jenis pengiklanan paling efektif atau addressable di Asia Tenggara bagi melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Dengan menyasarkan profail pengguna yang tepat di kalangan pelanggan ASTRO di seluruh Malaysia, perniagaan anda pasti lebih mudah mencapai sasarannya dalam ekosistem pasaran negara.
Bukan itu saja, anda juga dapat menyaksikan rancangan siaran langsung di studio dalam sesi interaktif ini. Inilah peluangnya untuk bertemu selebriti kesayangan dan menikmati diskaun eksklusif dalam pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan.
Ads
DAPAT TV PINTAR & RM100,000!
Tidak pulang dengan tangan kosong, bawa pulang juga hadiah-hadiah lumayan mencecah RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah dengan tiap satunya mengandungi sebuah TV pintar Samsung 65″ AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara hebat selama empat hari ini akan dibahagikan kepada tiga slot sehari. Usahawan SME yang berminat boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Ads
Apa tunggu lagi, tempahlah slot anda sekarang sebelum kehabisan. Setiap slot terhad kepada 40 orang, jadi secure tempat anda hari ini di quake.com.my. Lebih mudah, tekan saja link di sini.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengIslaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.
Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Baginda berkenan menemani pembantu rumah Baginda, saudari Mariam binti Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah, yang dipimpin oleh YAD Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Haji Opir, sambil disaksikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, YBhg. Ustaz Muhammad Farhan Wijaya.
Majlis berlangsung seusai Solat Jumaat dan turut disaksikan para jemaah yang hadir.
Turut mencuri tumpuan adalah keanggunan Permaisuri Selangor yang anggun menyarung persalinan kurung berona kelabu serta tudung biru putih menyerlahkan personaliti dan keayuan baginda.
Malah sikap baginda yang memeluk erat pembantu baginda menunjukkan betapa bagina cukup ikhlas menyayangi gadis tersebut.
Inilah yang dikatakah berkah bulan Ramadan penuh mulia. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusannya.
Sumber: Sinar Harian | Foto: Selangor Royal Office
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Harry merupakan anak kedua Raja Charles III (ketika itu Prince of Wales) dengan Diana, Princess of Wales. Beliau dengan Meghan, seorang pelakon A.S. yang terkenal menerusi siri drama TV “Suits,” mula menjalin cinta pada pertengahan 2016.
Harry melamar Meghan di taman Istana Kensington, London & kemudian bertunang pada 2017. Pada November tahun itu, Clarence House mengumumkan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada musim bunga 2018.
Upacara perkahwinan gilang-gemilang penuh istiadat berlangsung pada Sabtu, 19 Mei 2018 di Gereja St. George’s, Istana Windsor. Beberapa jam sebelum upacara bermula, Harry dikurniakan gelaran Duke of Sussex oleh nendanya, Ratu Elizabeth II.
Tengah hari itu, Meghan berjalan masuk bersama pengiring sebelum disambut Charles mengiringinya menuju ke altar. Disaksikan kira-kira 600 ahli keluarga & tetamu jemputan, Harry, di usia 33 tahun & Meghan, 36 tahun, bertukar janji & sah sebagai suami isteri.
Untuk upacara tersebut, Meghan memilih gaun rekaan Claire Waight Keller oleh Givenchy, sementara Harry mengenakan pakaian seragam Blues & Royals, mengikut tradisi diraja & sebagai penghormatan kepada perkhidmatannya bersama rejimen itu.
Meghan menjadi warga A.S. ke-2 & orang berdarah campuran pertama yang mengahwini kerabat Diraja British. Sekali gus, perkahwinan ini menandakan episod baharu dalam monarki British apabila menonjolkan penerimaannya terhadap kepelbagaian budaya.
Antara kelainan yang turut dibawa dalam perkahwinan ini adalah Harry & Meghan meminta supaya segala sumbangan disalurkan kepada badan-badan kebajikan pilihan mereka, sebagai ganti kepada tradisi pemberian hadiah perkahwinan.
Perkahwinan Harry & Meghan dianggar menelan kos sekitar £32 juta. Pada masa sama, ia juga menjana pendapatan sebanyak £1 bilion kepada ekonomi British, dibawa oleh para pelancong & penjualan cenderahati.
Bangga melihat inisiatif anak tempatan membuka banyak peluang pekerjaan merentasi sempadan negara. Kalau dulu bisnes sekadar jaguh di tempat sendiri, mengapa tidak kini dikembangkan ke negara jiran? Inilah yang diusahakan tiga wanita hebat iaitu Fauziah Husain, Sitinur Mokhtar dan Ais Rashid.
Bulan Mac 2023 membuka lembaran baru buat tiga wanita hebat dari JNJ Management Consultants Sdn Bhd atau JNJ Group ini apabila menjalin kerjasama dengan OK OCE yang berpangkalan di Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Fauziah Husain; Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Sitinur Mokhtar; dan Timbalan Presiden, Ais Rashid tiba di Jakarta untuk sesi menandatangani memorandum kerjasama disaksikan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Salahuddin Uno.
Ketua Pegawai Eksekutif JNJ Group, Fauziah Husain
Kerjasama ini bagi membentuk platform komuniti digital keusahawanan yang dikenali sebagai Digital Serumpun, yakni platform yang menyediakan kepakaran dan infrastruktur untuk membantu membangunkan usahawan Malaysia dan Indonesia dalam merintis bisnes masing-masing.
Ditubuhkan pada 2017, OK OCE ialah gerakan sosial yang mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan mikro, dengan menyasarkan belia Indonesia.
“Kami menyesuaikan dan melengkapkan struktur yang dilaksanakan oleh OK OCE, yang mana mereka memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dikuti oleh komuniti sebelum membangunkan perniagaan.
Manakala di pihak Malaysia, kami akan membawakan perniagaan yang berpotensi untuk bekerjasama dengan komuniti sebelum menjana gerakan sosial.” Fauziah Husain
Sementara itu, Sandiaga optimis perjanjian tersebut akan meningkatkan kapasiti usahawan khususnya dalam industri kreatif dan pelancongan.
“Perkongsian ini akan member manfaat kepada kedua-dua pihak kerana kami menvediakan sokongan untuk lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Kami juga mengharapkan pemulihan ekonomi yang lebih pantas.”
JNJ Group ialah syarikat perunding swasta dengan pengalaman industri selama 15 tahun dalam membimbing usahawan tempatan di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!