Bukan Kudapan ‘Kosong’, KUACI Bekal Khasiat Yang Sangat Diperlukan Wanita! Check It Out

Lepas ini kalau rasa stres, cepat-cepat ambil dan nikmati kudapan kuaci. Selain membuatkan anda ‘khayal’ untuk membuka kulitnya… hakikat yang ramai tak sedar tentang kuaci adalah ia menyimpan pelbagai manfaat. Lebih mengujakan, kebanyakan khasiat yang terkandung dalam cemilan ini sangat baik untuk kaum wanita. Tak percaya? Ini rahsianya!

Kuaci atau ada yang menggelarnya biji labu kaya dengan vitamin E, tinggi serat, kalsium dan protein.

  • Zat besi – Badan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kuaci merupakan salah satu makanan yang baik untuk penyerapan zat besi dalam badan. Nutrisi ini diperlukan bagi menyokong fungsi enzim, meningkatkan sistem imunisasi dan melindungi fungsi reproduksi.
  • Lemak Baik – Hampir 90 peratus kandungan lemak di dalam kuaci ialah lemak baik yang berfungsi membantu mengawal kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular.
  • Vitamin E – Uniknya, kuaci mempunyai hampir semua bentuk Vitamin E yang dipercayai mudah diserap oleh badan. Melaluinya, ia mampu melindungi kesihatan kulit dan membuatkan anda tampak awet muda.
  • Protein – Kuaci mempunyai protein yang tinggi dan mudah dihadam untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Apabila kadar gula dalam darah menjadi stabil, berat badan juga akan terkawal.
  • Serat – Kandungannya yang tinggi serat bermakna akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk proses penghadaman. Apabila banyak tenaga digunakan, lagi cepat kalori terbakar. Ringkasnya, ia baik untuk dijadikan snek diet.
  • Magnesium – Menimbulkan rasa tenang dan menjauhkan anda daripada gejala stres, migrain dan sebagainya.

Kelebihan menikmati kuaci pula adalah seperti berikut.

  • Mencegah kanser dan penyakit berbahaya
  • Baik untuk kesihatan tulang dan menghindari penyakit osteoporosis
  • ‘Ubat penenang’ di kala stres kerana kandungan magnesium yang ada
  • Kulit lebih berseri dan sihat disebabkan agen anti oksidan yang dibekalkan di dalamnya
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Anti inflamasi semula jadi
  • Melindungi prostat dan saluran kencing
  • Baik untuk perkembangan janin
  • Mendapat tidur yang lena
IKLAN
Share