Fair & Lovely, salah satu jenama kecantikan terkemuka di Malaysia sekali lagi menawarkan biasiswa bernilai RM200,000 menerusi Biasiswa Fair & Lovely. Matlamat program biasiswa tersebut adalah untuk menggalakkan golongan wanita merealisasikan impian mereka dan memiliki masa depan yang lebih cerah menerusi pendidikan.
Biasiswa Fair & Lovely ini telah membantu seramai 80 wanita muda sejak tahun 2016 dan untuk tahun ketiga ini, penerima biasiswa bukan sahaja mendapat biasiswa tetapi akan turut menikmati peluang lain yang disediakan oleh Unilever Malaysia.
Menurut Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Lin Meiyi, program Biasiswa Fair & Lovely telah berjaya mencipta sebuah platform bagi wanita muda Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapat asas penting yang diperlukan bagi membina masa depan yang lebih cerah.
Pada tahun ini, sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan bersama program biasiswa tersebut, Fair & Lovely akan membangunkan sebuah komuniti maya untuk semua pemegang biasiswanya. Mereka boleh berhubung antara satu sama lain di dalam komuniti ini dan mendapatkan perkembangan terkini tentang peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia seperti bengkel kemahiran temu duga, bengkel kerjaya dan perkongsian kepimpinan wanita yang disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.
Seramai 40 wanita muda berpeluang menerima Biasiswa Fair & Lovely. Biasiswa ini terbuka kepada wanita muda yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan. Pemohon hendaklah memperolehi minimum CGPA 3.0 dan aktif di dalam bidang ko-kurikulum. Pilihan berdasarkan undian tertinggi daripada tujuh buah universiti awam yang mengambil bahagian.
Ads
Tahun lalu, program Biasiswa Fair & Lovely mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar permohonan 50% lebih tinggi iaitu 12,044 permohonan daripada 23 buah universiti awam berbanding hanya 8,000 permohonan yang diterima pada tahun 2016.
Nur Qurratuaini Abdul Malek, salah seorang penerima biasiswa Fair & Lovely pada tahun 2017 dari UiTM Shah Alam berkata, “Saya berasal dari Pahang dan mempunyai 6 orang adik beradik. Sebelum menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM, saya pernah berkerja sambilan dan berdepan cabaran untuk membahagikan masa di antara kerja dan pelajaran. Walaubagaimanapun, selepas menerima Biasiswa Fair & Lovely, beban keluarga saya semakin ringan dan kini saya semakin hampir untuk merealisasikan impian saya.
Ads
Suatu ketika dulu, saya menganggap hasrat untuk mencapai cita-cita dan impian hanya sekadar angan-angan yang tidak mampu untuk dicapai tetapi dengan Biasiswa Fair & Lovely, angan-angan itu semakin menjadi realiti! Saya amat gembira dan bersyukur atas pemberian biasiswa ini.”
Langkah 1: Pemohon hendaklah menyerahkan permohonan mereka dan sebuah esei mengenai sumbangan mereka kepada komuniti daripada apa yang telah mereka pelajari di universiti. Serahan dalam bentuk video adalah pilihan tetapi digalakkan kerana ia meningkatkan lagi peluang dalam proses pemilihan penerima biasiswa.
Ads
Langkah 2: Pemohon perlu mengundi untuk universiti mereka. Seramai 40 pelajar akan dipilih dari 7 buah universiti yang mendapat undian tertinggi.
Langkah 3: Para pemohon boleh meminta untuk mendapatkan sampel percuma setelah membuat permohonan di portal mikro.
Fair & Lovely berazam untuk terus menyediakan asas kukuh yang memperkasakan golongan wanita untuk mencapai impian dan meningkatkan keyakinan diri mereka dari segi luaran dan dalaman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Nona ucapkan kepada pelakon Datin Elvina Mohamad dan suaminya Datuk Haniff Borhan kerana bakal menimang cahaya mata lelaki. Datin Elvina dijangka bakal melahirkan bayi sulung mereka penghujung tahun ini.
Rasa teruja pasangan ini untuk menimang cahaya mata dikongsikan bersama peminat di laman instagram dengan memuat naik beberapa foto maternity shoot. Mana tidaknya, mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Mesti berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu kelahiran kan?
Alahai, nampak sweet sangat semua gambar-gambar daripada mommy to be and daddy to be ni. Nampak tenang dan jelas terpancar kasih sayang antara pasangan suami isteri. Tak percaya, cuba tengok ni.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa peminat yang mendoakan agar Datin Elvina dan bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Sumber gambar: instagram Datin Elvina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kucing peliharaan Taylor Swift, Olivia Benson dinamakan haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia dengan anggaran nilai bersih AS$97 juta (RM427 juta). Olivia Benson, dari baka Scottish Fold, bukan sahaja terkenal di Instagram malah turut membintangi beberapa video muzik dan iklan bersama Swift.
Kredit foto: iheartradio.ca
Di tempat kedua ialah kucing selebriti bernama Nala, manakala anjing German Shephard bernama Gunther VI dari Itali di tempat pertama. Nala, baka kacukan Siam dan Tabby, mempunyai nilai bersih AS$100 juta (RM440 juta) manakala Gunther VI pula dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM2 bilion).
Anjing itu dimiliki oleh Gunther Corporation yang turut menguruskan harta dan kekayaan anjing itu. Gunther Corporation terbabit dalam pelaburan hartanah, menjadikan Gunther VI lima kali lebih kaya daripada Nala dan Olivia Benson.
Sementara itu, Olivia Benson mengumpul kekayaannya dengan menghasilkan pelbagai barangan cenderahati, di samping muncul dalam banyak iklan berbajet besar bersama Swift, termasuk Diet Coke pada 2014. Si comel itu juga muncul dalam beberapa video muzik Swift, termasuk untuk Blank Space dan Me!.
Sumber: ASTRO Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masihkah anda ingat dengan pelakon tampan, Stephen Rahman Hughes yang popular suatu ketika duhulu membawakan watak Hang Tuah menerusi pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) pada 2006 yang diterbitkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina dulu? Baru-baru ini berkongsi berita gembira di Instagram beliau yang dia kini seorang ayah kepada sepasang anak kembar.
Bukan ‘double the trouble, but double the joy’… Itu mungkin ungkapan paling sesuai buatnya dan isteri, Anjalina Mehra bagi memulakan Februari tahun ini. Manakan tidak, pasangan itu dikurniakan anak kembar lelaki – diberi nama Sonny Rain dan Remy Jude – selamat dilahirkan di United Kingdom pada minggu lepas.
“Hari ini hidup saya mengalami perubahan yang besar. Anak kembar! Isteri saya bersalin sekali lagi dengan melahirkan dua anak lelaki yang comel,” tulisnya di media sosial beliau.
Dalam status sama, Stephen Rahman yang pernah membintangi filem Hikayat Merong Mahawangsa itu turut mengimbas detik isterinya berdepan pengalaman sangat mencabar semasa melahirkan anak pertama, Aphra, kira-kira 18 bulan lalu.
“Kehidupan kami lebih bermakna dengan kehadiran tiga ‘malaikat’ kecil ini. Kami sentiasa berharap dan berusaha sejak sekian lama dengan penuh sabar menantikan kehadiran zuriat. Kami sangat bersyukur,” katanya yang juga merupakan teraju utama filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif PGL, Datin Seri Tiara Jacquelina turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. “Oh wow, saya sangat gembira untuk anda berdua. Saya menangis ketika membaca ini.
“Saya tidak sabar untuk bertemu anda berlima jika saya ke London satu masa nanti,” tulis beliau.
Stephen berkahwin dengan Anjali di Tuscany, Itali pada 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak pertama yang juga perempuan, Aphra pada 2021.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat baru-baru ini dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan...