Ungku Attufayl Adl, unik dan cukup bermakna nama cahaya mata terbaharu Jihan Muse. Selamat melahirkan anak ketiga baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular berkenaan dilaporkan selamat bersalin seorang bayi lelaki. Nampaknya dah tiga orang ‘hero’ Jihan sekarang!
Ungku Attufayl Adl Permata Hati Jihan Muse
Menerusi perkongsian di media sosial, Jihan dan suami iaitu Ungku Hariz Faizal mengumumkan khabar gembira mengenai kehadiran anak ketiga mereka. Dalam foto terbaharu itu, kelihatan Ungku Hariz menatap wajah permata hatinya dengan wajah syukur dan menahan sebak.
Sambil berkongsi doa memohon pelindungan Allah untuk anak, Ungku Hariz mendedahkan, “Alhamdulillah my wife safely gave birth to our 3rd baby BOY named Ungku Attufayl Adl bin Ungku Hariz Faizal.”
Sementara itu, Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa menerusi ruangan komen turut berkesempatan menerangkan maksud di sebalik nama anak yang dipilih tersebut.
“At-Tufayl (salah seorang sahabat Baginda Rasulullah SAW). Adl (salah satu nama Allah dari Asmaul Husna). Tiga orang anak lelaki kami, Ungku Arsalan Haq, Ungku Altamis Barr dan Ungku Attufayl Adl.”
Ads
Penglibatan Jihan dalam industri seni bermula sebagai pelawak pada tahun 2009 dan kini makin mendapat perhatian peminat sebagai pengacara. Celoteh dan gaya bersahaja ibu kepada tiga anak ini membuatkan dia mampu bertahan dalam industri sampai ke hari ini.
Sinonim sebagai pengacara program hiburan Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad, bakat pengacaraan personaliti berusia 41 tahun ini terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama sebelas musim berturut-turut.
Ads
Namun Jihan terpaksa melepaskan tanggungjawab selaku pengacara Gegar Vaganza pada minggu kelima kepada Sherry Alhadad kerana keadaannya yang semakin sarat mengandung.
Jihan Muse mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Semoga dengan kehadiran Ungku Attufayl Adl menambah seri dan pelengkap rumah tangga Jihan Muse dan Ungku Hariz Faizal. Juga, anak-anak pasangan selebriti ini membesar sihat dan menjadi anak soleh!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok melihat perkembangan terkini gadis kelahiran Selangor berusia 25 tahun ini. Nur Nabila Mohd Razali atau nama seninya, Nabila Razali kini semakin selesa membawa diri dalam industri seni tanah air. Namun di sebalik kejayaan pasti terselit detik-detik sukar. Bukan mudah untuk membina karier seni lebih-lebih lagi di zaman sosial media.
Netizen hanya bersenjatakan papan kekunci untuk menghentam sesiapa saja. Kadangkala kecaman itu melebihi pujian. Walaupun pernah dikritik hebat kerana memiliki vokal yang unik sehingga pernah digelar sebagai peserta bersuara ‘chipmunk’ ketika menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke-10 tetapi Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ini sentiasa positif.
Nabila menjadikan kecaman sebagai titik mula kepada kebangkitannya sehingga berjaya meraih populariti yang tak terduga gara-gara lagu ‘Pematah Hati’.
PERKEMBANGAN
“Saya mendapat kekuatan daripada peminat yang tanpa henti menykong karier saya dari dahulu sampailah sekarang. Sokongan peminat mencetuskan semangat luar biasa dalam diri saya untuk terus bertahan dalam industri.
Kecaman dan kritikan yang mengatakan saya tak boleh menyanyi menjadikan saya lebih kuat. Ilmu dari kelas vokal yang saya sertai dulu dipraktikkan sekarang. Alhamdulillah rezeki saya dalam industri seni masih ada. Untuk sukses perlu cekal menghadapi cabaran kerana itulah yang mematangkan diri saya untuk menempuh hari-hari mendatang,” ungkap Nabila.
PINJAM SEMANGAT DATUK SERI SITI NURHALIZA & DAYANG NURFAIZAH
“Saya sangat kagum dengan DS Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Bukan hanya dari segi kehebatan vokal bahkan aura personaliti yang dimiliki oleh kedua-dua figura tersohor itu.
Pastinya mereka lebih tabah mengharungi liku-liku dalam perjalanan seni. Saya benar-benar menginspirasikan semangat mereka yang layak digelar ikon ,” kongsi Nabila yang berpegang kepada prinsip, sentiasa meletakkan niat yang betul dalam apa jua perkara di samping fokus dan konsisten.
MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
“Semoga saya dapat mengembangkan lagi bakat ke peringkat lebih jauh seterusnya membahagiakan ibu dan bapa yang selama ini menjadi tulang belakang dalam karier seni saya.Tanpa sokongan mereka tak mungkin saya dapat menjadi seperti hari ini. Tak mungkin juga saya dapat berdiri sekuat hari ini.
Nasihat saya buat generasi muda, jangan mudah melatah dan menghukum kesilapan orang lain. Luaskan lagi minda anda agar kehidupan menjadi lebih baik dan bermanfaat buat semua,” akhiri Nabila.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman dilaporkan telah bertunang hari ini dengan gadis pilihan, Nikola Mulyadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya pada Sabtu.
Beliau dalam perkongsiannya turut berharap Ashman tetap tabah meskipun majlis yang dilangsungkan di Pavilion itu tidak dapat dihadiri oleh bapanya.
“Memang tidak lengkap pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berlangsung tanpa kehadiran Bossku (Najib). Tetapi tetap meriah dan tenang.
“…Semoga Allah memelihara Bossku. Dia akan kembali dalam perjuangan rakyat. Insya-Allah,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu. Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan penambahan kepada dana yang telah dikumpulkan pihak masjid itu.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.
“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan van jenazah yang sedia digunakan di masjid tersebut di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yeoh yang anggun menyarung baju kurung berbunga dan bertudung juga berharap wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.
“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya.
Hanna Yeoh dilantik menjadi Menteri Belia & Sukan yang baru menggantikan mantan YB Faizal Azumu selepas Pakatan Harapan yang dipimpin Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan perpaduan menerusi PRU15 yang berlangsung pada 19 November lepas.
Sumber: ASTRO Awani | Gambar: @bernama
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal mencecah usia 29 tahun, kejelitaan anakanda puteri Sultan Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin makin menyerlah.