Gaya Hidup

Bukan Sekadar Perencah Makanan, 5 Bahan Asas Dalam Masakan Ini Juga Ada KHASIAT Tersendiri!

Setiap masakan pasti tidak enak jika tidak disediakan bersama bahan-bahan asas hidangan. Tidak hanya berfungsi sebagai ‘penyedap’ makanan, tetapi setiap satu daripadanya mempunyai  manfaat untuk kesihatan tubuh. Ayuh kita lihat kebaikan yang ada.

Halia

  • Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B & C.
  • Membantu mengurangkan angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, muntah, cirit-birit  dan asthma.
  • Ia juga dapat membantu jika anda mengalami mabuk kenderaan.

Cili Kering

  • Kaya dengan vitamin A, B, B kompleks, C, protein, karbohidrat dan karotin.
  • Ia juga membantu melancarkan perjalanan darah, mengatasi masalah sakit kerongkong dan boleh mencegah berlakunya penyakit darah beku.

Kunyit

  • Kunyit mengandungi kalori, protein, karbohidrat, lemak, kalsium, fosfor dan zat besi.
  • Kunyit bersifat antiseptik dan antibakteria. Kedua-dua sifat ini menjadikan kunyit sangat bermanfaat membantu mengubati luka biasa mahupun luka terbakar.
  • Membantu mencegah penyakit Alzheimer.

Bawang Putih

  • Bawang putih mengandungi kalori, karbohidrat, gula serat, lemak,protein, beta karotin, folat,vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium,fosforus, kalium, natrium dan zink,
  • Berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk menglakkan serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.

Bawang Merah

  • Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia  juga mengandungi kalsium, zat besi, dan protein yang tinggi.
  • Flavonoid yang terkandung  di dalamnya dipercayai membantu mengurangkan risiko penyakit kronik kerana ia mempunyai unsur-unsur anti kanser, anti bakteria, anti viral dan antilergenik.
  • Membantu hati membuang toksin daripada badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

 

 

IKLAN
Share