Bunga Juga Penting Dalam Regimen Kecantikan Wanita. Mengapa?

Seronoknya melihat bunga di taman yang tumbuh segar. Ada sesetengah bunga-bungaan menjadi bahan favourite dalam produk kecantikan wanita.

Chamomile

Bunga chamomile sering digunakan dalam minuman teh untuk rasa lebih tenang. Sekiranya anda mempunyai masalah kantung mata, petiklah beberapa kuntum bunga ini dan tekupkan pada bahagian mata. Lakukan selalu ya!

Dandelion

Dalam dunia kecantikan, dandelion mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk kulit. Rebus bunga ini bersama daunnya dan gunakan sebagai pembersih wajah bagi anda yang mempunyai masalah ekzema atau kulit gatal. Rendaman selama seminggu bersama minyak zaitun berkualiti tinggi atau minyak kacang badam boleh di jadikan minyak untuk sapuan tubuh.

Melur

All time favourite! Anda boleh membuat semburan wajah dengan meramas bunga melur bersama air mineral. Masukkan ke dalam botol, sejukkan dan sembur pada wajah setiap malam.

Rendaman bunga melur bersama beberapa titis minyak kelapa pula boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Sapu campuran minyak pada wajah dan urut secara circular menggunakan tiga jari terakhir.

Pansy

Bunga pansy sangat popular di negara empat musim. Ambil satu cawan bunga pansy bersama daunnya dan rebus bersama satu liter air. Tapis dan gunakan sebagai sapuan pada badan dengan campuran losen kegemaran anda. Ia juga menjadi penawar pada jerawat yang menyakitkan!

Ros

Ramas kelopak bunga ros dan campurkan dengan madu sebagai pelembap bibir. Mungkin anda tidak percaya bunga ros ini mampu menjadikan bibir anda merah jambu dan lembut pabila disentuh. Selain itu, campuran satu sudu besar air ros bersama setengah sudu besar gliserin boleh bertindak sebagai penyegar wajah.

Bunga raya

Ia menjadi kunci utama dalam rawatan masyarakat Cina kerana kekayaan asid amino dan asid alpha hydroxyl untuk penghidratan, pengelupasan dan meremajakan serta mengembalikan kecantikan tona kulit wajah.

Teratai

Hello kulit kering, musuh utama anda sudah tiba! Bunga teratai memberi penghidratan pada kulit kering, menjadikan kulit wajah lebih segar dan lembap. Sifat antioksidan dan vitamin yang terkandung di dalam bunga teratai juga menjadikannya teman rapat wanita.

Lili

Menjadi simbol kebahagiaan, apatah lagi saat ia digubah menjadi bunga tangan dalam genggaman mempelai. Bunga lili boleh membantu menegangkan kulit serta menganjalkan wajah. Bagi anda yang berwajah gelap, bunga lili boleh membantu menaikkan lagi seri tona kulit.

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share