Rasanya semua sudah sedia maklum, selepas hampir 19 tahun menjalinkan hubungan dan seterusnya bertunang, pelakon kebangaan Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Jean Todt.

IKLAN

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Walaupun tiada acara resepsi besar-besaran namun pelakon kelahiran Ipoh perak itu tetap menganjurkan majlis temu mesra kecil-kecilan bersama dengan sahabat dan teman rapat di Geneva.

Dan kali ini, busana yang disarung Tan Sri Michelle Yeoh pula mencuri tumpuan. Tan Sri Michelle dilihat anggun menyarung gaun pengantin berkorset dan berlabuh berona ivori.

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Namun yang menyerlahkan keseluruhan gaya Michelle adalah korset yang dipakainya yang lengkap dengan “wajah” seperti sepasang mata, bibir dan tindikan septum. Gaun perkahwinan surealis itu direka oleh rumah fesyen Perancis, Schiaparelli.

Rata-rata yang melihat perincian busana tersebut ‘terkejut’ namun memuji gaya keseluruhan Tan Sri Michelle Yeoh yang berani berfesyen namun masih mengekalkan keanggunan dan sisi elegan dirinya.

IKLAN

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Busana Kahwin ‘Berwajah’ TAN SRI MICHELLE YEOH Ciptaan Rumah Fesyen Perancis Schiaparelli Curi Tumpuan!

Untuk rekod, , Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis lepas.

IKLAN

Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI