Butik Mewah Ke-3 AIGNER Kini Di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).

Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship

berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.

Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.

Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.

Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.

Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.

IKLAN
Share