Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!
Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
Ads
******************************
Selain jaga diet dan pemakanan sihat, warga emas kena amalkan gaya hidup yang aktif serta selalu berpeluh. Tak payah susah nak keluar rumah, guna je treadmill hebat ni (klik sini) di balkoni sambil hirup angin nyaman. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah muda luaran dan dalaman!
******************************
Ads
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
Ads
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kopi bukan sahaja minuman wajib untuk sesetengah orang tetapi ia juga boleh menjadi bahan kecantikan paling murah dan berkesan untuk anda!
Kopi telah lama menjadi salah satu kandungan dalam produk regim penjagaan kulit wajah. Ia sangat efektif untuk membantu mengurangkan selulit. Kandungan pada biji kopi terdiri daripada kafein, trigonelline, protein dan asid amino, karbohidrat, mineral dan banyak lagi.
Kesegaran kulit
Kopi mengandungi anti-oksidan untuk pengelupasan kulit dan eksfoliasi yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini menjadikan kulit wajah lebih cerah.
Bagaimana?
Sediakan secawan kopi dan isi di dalam bekas ais untuk dibekukan. Setelah beku, pecahkan ketulan ais kopi dan sapu pada wajah seperti anda menyapu losen atau pelembap. Akhir sekali, bersihkan dengan air bersih. Anda boleh rasa kesegarannya!
Menghilangkan mata sembab
Kesibukan di tempat kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan pelbagai lagi urusan yang perlu diselesaikan sesungguhnya memberikan stres sehingga menyebabkan anda kurang tidur. Mulalah mata menjadi sembam dan lingkaran gelap bawah mata jelas kelihatan.
Setiap pagi, ambil sebuk kopi yang telah digunakan dan sapu pada bahagian bawah mata. Biarkan seketika selama 20 minit dan bilas.
Skrub wajah
Jangan bazirkan serbuk kopi yang telah digunakan. Campurkan serbuk kopi bersama minyak kelapa, buah pala, serbuk kayu manis dan gula. Jadikan campuran ini sebagai skrub untuk rutin harian baru anda.
Di samping itu, anda juga boleh mencuba satu sudu besar kopi di campur yogurt perisa asli. Sapukan pada wajah dan bilas dengan air suam. Skrub ini sangat sesuai untuk kulit berminyak.
Menyingkirkan noda hitam dan cela
Ambil beberapa titisan minyak bayi dan campurkan bersama serbuk kopi. Kacau sehingga adunan menjadi pes likat. Sapu pada permukaan wajah dan lakukan urutan lembut. Bairkan beberapa minit dan bilas. Anda boleh lakukan dua minggu sekali.
Tegangkan kulit wajah
Bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian, gosok dengan lembut permukaan wajah dengan serbuk kopi yang telah digunakan. Anda juga boleh menggunakan kapas yang dicelup air kopi. Cara ini membantu kulit menjadi tegang dan menjadi losyen untuk menyingkirkan kulit mati.
Topeng muka
Kopi juga boleh digunakan sebagai face mask. Tambahan bahan lain seperti coklat cair, susu dan madu boleh menanggalkan kulit mati dan menegangkan kulit yang kendur. Wajah anda juga akan kelihatan bersih kerana kopi mengandungi anti-microbial.
Jika anda berkulit kering, campurkan sedikit minyak zaitun dan serbuk kopi agar kulit mendapat kelembapan yang seimbang.
Eksfoliasi
Tidak dinafikan lagi kopi sangat sempurna sebagai agen pengelupasan terbaik. Biji kopi memgandungi asid caffeic yang boleh menggalakkan pengeluaran kolagen.
Meningkatkan peredaran darah
Ketulan kopi ais bukan sahaja menyejukkan malah ia juga memberi kesegaran baru saat di sapu pada wajah. ia meningkatkan peredaran darah untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah dan sihat.
Hanya sapuan satu kiub setiap hari pada keliling mata boleh membantu menghilangkan kesembapan mata.
Menyingkirkan bintik hitam
Minyak berlebihan pada bahagian hidung khusunya adalah punca timbulnya bintik hitam. Gunakan mask serbuk kopi selalu agar minyak berlebihan ini berkurangan dan meninggalkan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan selebriti cantik, Farahdhiya. Selain berbakat sebagai penyanyi dan berlakon, pelantun lagu Bertahta Di Hati ini memang pandai memasak. Ada saja masa terluang di rumah, pasti dia akan masuk ke dapur dan memasak.
Kecur tengok masakan wanita kacukan ini yang kebanyakannya lauk-pauk kampung!
Kalau intai media sosial penyanyi berusia 39 tahun ini, selain berkongsi rutin harian dan kerjaya Farahdhiya juga gemar memuat naik video masakan.
Tak dinafikan, video masakan Farahdhiya meraih ribuan tontonan dan rata-rata warga maya mengagumi bakat memasak jelitawan ini.
Bersempena ketibaan Ramadan, Farahdhiya memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tersayang.
Malah pada 1 Ramadan lalu dia berkongsi menu berbuka kepada followers tersayang.
“Salam Ramadan semua. Hari ni saya masak sayur peria udang kering dengan telur, sambal belacan udang, masak lemak cili api ayam kentang, ikan masin dan ulam. Selamat berbuka everyone.”
“Masak sendiri selagi boleh. Asam pedas ikan pari, sayur kubis, telur dadar, telur masin dan sambal belacan. Kuih memang jarang atas meja, selagi boleh elak memang akan elak, because itu semua punca-punca naik badan. Kita makan buah dan kurma je. Itu tip untuk badan maintain.”
Dia yang anggun berjubah ungu turut kelihatan memasak bubur lambuk bersama rakan artis seperti Dato’ A. Aida, Datuk Yusof Haslam, Dato’ Fizz Fairuz, Zulhuzaimy, Nadia Brian, Ummi Nazeera dan Serina Redzuawan.
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah pergolakkan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’, Virgoun yang musnah akibat kehadiran gangguan orang ketiga tular dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia.
Meskipun, Inara Rusli bukan figura yang dikenali di negara ini. Namun, kisah malang yang menimpa dia dan anak-anaknya apabila suami tercinta bertindak melakukan perbuatan khianat dibelakangnya, telah membuatkan ramai orang bersimpati terhadap kehidupan wanita cantik ini.
Wargamaya Tertanya Apakah Tip Kecantikan Yang Diamalkan Inara?
Justeru, selepas membuka purdah, kejelitaan semulajadi Inara berjaya membuatkan ramai wargamaya terpukau dengan kecantikan yang dimilikinya dan rata-rata bertanyakan apakah amalan atau rejim kecantikan yang dilakukan untuk memperoleh kecantikan yang dimiliki Inara.
“Apa tips Inara supaya tetap cantik? Cantiknya mempunyai aura tersendiri, malah, sebagai wanita saya juga merasakan Inara kelihatan sangat cantik.
“Jangan bilang air wudhu ya,” seloroh Marissya Icha ketika berkesempatan menemubual Inara menerusi saluran YouTube lapor Liputan 6.
Inara Amalkan Rutin Bangun Solat Malam
Menurut Inara, untuk memperoleh kecantikan dia tidak mempunyai atau mengamalkan sebarang rejim yang keterlaluan atau berlebihan.
Bagaimanapun, jelasnya mungkin kecantikan semulajadi yang dimilikinya dipelihara oleh Allah kerana sering mendirikan solat pada waktu malam.
“Mungkin kerana saya sangat menitikberatkan melakukan solat malam sebagai rutin harian saya.
“Justeru, secara tidak langsung mungkin sedikit sebanyak air wuduk juga mempengaruhi dalam memelihara kecantikkan saya,” ujar Inara.
Terdahulu Hijabista ada melaporkan tentang Inara yang tidak mahu terus berduka, lemah dan dipijak.
Beliau akhirnya bangkit bersama luka yang ditinggalkan Virgoun dan mengambil keputusan untuk membuka purdah demi mencari rezeki dan meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anaknya sebaik sahaja proses perceraian berlangsung di mahkamah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kemunculan Thalita di pentas eksklusif 'Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore' baru-baru ini cukup istimewa kerana ia mengimbau semula memori kita kepada Allahyarhamah...