Amboi, manisnya gaya lebaran… Siti Nurhaliza nampak cantik menawan, terhias elegan rantai dan gelang tangan. Makin berseri-seri ibu Aafiyah dan Afwa dengan Swarovski!
Setelah sebulan menikmati kemanisan bulan ibadah Ramadan Al-Mubarak, tiba masanya meraikan kemenangan pada bulan Syawal. Berbeza daripada dua tahun sebelum, Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih bermakna.
Dapat bertemu semula dan bermaafan, berkumpul sambil menjamu hidangan, ketawa serta melepaskan rindu, tentu meriah! Diserikan lagi dengan helaian baju tradisi, penampilan anda dengan kerlipan aksesori Swarovski pasti tambah dipuji.
Tahun ini juga, Swarovski melengkapi gaya raya anda dengan himpunan aksesori secantik gaya penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza tampil lebih memukau dengan Swarovski
Berusia 43 tahun, gaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kempen eksklusif ini menyerlahkan pesonanya sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan terkenal.
“Hari Raya adalah hari bersama orang tersayang. Ia juga hari terbaik untuk kita bermaafan dan memulakan semula sejarah baru yang lebih baik.
Inilah ‘kekuatan’ yang saya temukan dalam setiap aksesori Swarovski. Ia membias harapan, keriangan dan keyakinan saya kala berhari raya.” Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Tak puas mata memandang, ayuh semak inspirasi gaya beliau dalam aksesori Swarovski.
Ads
Ads
Dengan rekaan menakjubkan dalam nuansa kehijauan serta titipan rona putih, kuning dan rose metalik, seleksi Hari Raya Swarovski menampilkan aksesori gelang tangan, rantai dan cincin yang mencipta statement fashion.
Tak ketinggalan, koleksi jam tangan dari keluarga Attract menyempurnakan daya penarikmu. Penuh sofistikated, ia direka dengan cukup teliti dan menyerlahkan kilauan bintang Stella yang tiada taranya!
Ads
Bukan itu saja, nikmati juga promosi eksklusif Swarovski sempena Hari Raya ini. Khas untuk ahli, hulurkan duit raya dalam bekas sampul istimewa daripada Swarovski dengan setiap pembelian minimum RM550 bermula 13 April hingga 3 Mei 2022 (sementara stok masih ada*).
Tambah bergaya dengan beg tote dUCk x Swarovski yang eksklusif, dapatkan set edisi terhad termasuk sampul hijau Swarovski dengan pembelian minimum RM1,500 ke atas juga bermula 13 April hingga 3 Mei 2022. Promosi ini sah untuk pembelian di butik mahupun online.
Sampul raya eksklusif Swarovski
Beg tote dUCk x Swarovski edisi terhad + sampul raya Swarovski
Swarovski yang merupakan jenama warisan Austria jelas memahami jiwa setiap wanita sempena perayaan Hari Raya ini. Mengambil inspirasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, anda juga mampu tampil cantik dan berkarisma dengan himpunan koleksi Swarovski yang serba menawan.
Mudahnya, semua di hujung jari! Kini boleh pesan koleksi Hari Raya Swarovski dari rumah dengan melayari website Swarovski (kliksini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perniagaan yang telus, dibina berasaskan Al-Quran dan hadis telah terbukti membawa kejayaan. Antara syarikat berkonsepkan MLM yang pertama yang menepati piawaian SIRIM dengan lengkap dan pematuhan syariah secara menyeluruh di Malaysia ialah TDC Holdings Sdn Bhd.
Diasaskan oleh Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah atau Hafiz Hiew, penerima Nona Outstanding Business Award ini optimis untuk memaksimakan keuntungan jualan di dunia sambil menggandakan pahala saham di akhirat.
“Saya yakin bahawa apa pun yang kita lakukan di dunia akan memberi kesan dan impak kepada diri kita di akhirat. Begitu juga dengan perniagaan yang begitu banyak dikisahkan dalam Al-Quran dan hadis.
Maka bagi saya, modul dan formulasi perniagaan terbaik di dunia adalah berlandaskan dua perkara ini. Tiada apa pun kelas, buku, seminar, mentor atau guru perniagaan yang boleh menjangkaui ilmu Al-Quran dan hadis.” Hafiz Hiew
Selari dengan tujuan ini, Hafiz sendiri selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd memastikan agar syarikat beliau mematuhi piawaian syariah, selain SIRIM dan sebagainya.
“Saya hanya seorang saudara baru berbangsa Cina yang sedang belajar keindahan Islam. Maka saya perlu merujuk kepada yang pakar.
Daripada Panel Syariah Koperasi ANGKASA Malaysia Berhad, kemudian Lariba Consulting dan seterusnya SIRIM International Berhad, TDC melalui satu demi satu audit, penambahbaikan serta pengubahan untuk pematuhan syariah keseluruhannya.
Malah TDC juga ada Pegawai Eksekutif Pematuhan Syariah sendiri.
Saya sentiasa percaya, pematuhan syariah bermula dalam diri kita sendiri sebagai usahawan dan pemimpin, jadi secara peribadinya saya sentiasa berusaha mendalami ilmu muamalat dan pengajian Islam secara intensif.” Hafiz Hiew
PRODUK TERBAIK
Sebagai sebuah perniagaan maju dengan rekod jualan produk melebihi 4 juta unit di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura TDC amat dikenali dengan produk-produk minuman kesihatan seperti C2Joy, BerryMix dan Colever.
“Bestsellers kami ialah C2Joy iaitu produk minuman berasaskan susu kolostrum dan susu skim, kemudian produk minuman berasaskan buah delima, anggur hitam dan biji brokoli yang diberi nama BerryMix. Kami juga melancarkan Colever iaitu produk minuman susu kolostrum yang diperkaya dengan beta-glucan dan yis.
Sepanjang PKP sememangnya saya sudah membuat persiapan bahawa jualan TDC akan menurun daripada RM33 juta pada tahun 2019 kepada minima separuh pada tahun 2020.
Walaupun sudah menjangka jualan akan menurun, tapi melihatkan keadaan tenat golongan B40 dan masyarakat yang terkesan akibat pandemik, saya memutuskan untuk mengosongkan akaun bank syarikat dengan bersedekah lebih RM3 juta.
Kami mewakafkan mesin bantuan pernafasan untuk pesakit COVID-19, ambulans, van jenazah, bantuan makanan dan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Mungkin atas kepercayaan kepada surah Al-Fathir, ayat 29:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan.
Serta keyakinan bahawa janji dan firman Allah ini adalah benar, tindakan infak TDC ini betul-betul memberikan pulangan yang lumayan.” Hafiz Hiew
Terbaharu, dengan sokongan padu dan kerjasama erat daripada Selangor FC, TDC Holdings Sdn Bhd mengumumkan pelancaran produk Alithera menerusi kempen Let’s Cope with A Neon Hope bersempena Hari Kanser Sedunia, yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Sunway Medical dan Sunway Pyramid.
Pelancaran ini telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 4 Februari 2022, bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap tahun secara rasmi di lebih 60 negara di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serta mendorong pencegahan, pengesanan, dan rawatan penyakit tersebut.
“Saya amat gembira dapat bekerjasama dengan Selangor FC untuk kempen kesedaran kanser melalui pelancaran ‘Away’ Kit 2022 kerana ia selari dengan nilai TDC Holdings yang sentiasa menitik beratkan usaha-usaha yang dapat memberi impak positif kepada komuniti.
Selain itu, TDC Holdings juga berbesar hati untuk meneruskan penajaan dengan Selangor FC yang bernilai RM3.5 juta bagi tahun 2022.
Kerjasama yang berterusan ini diharapkan dapat memberi kesinambungan terhadap inisiatif-inisiatif yang sedang dirancangkan di antara TDC Holdings dan Selangor FC untuk tahun ini dan pada masa akan datang.
Produk Alithera yang turut dilancarkan merupakan antara jenama utama bagi jersi ‘Away’ Selangor FC dan produk minuman kesihatan terbaharu keluaran TDC Holdings yang mematuhi undang-undang Malaysia, kepatuhan terhadap SIRIM dan pematuhan syariah.
Alithera merupakan minuman botani cendawan susu harimau, kurma merah dan tongkat ali yang berfungsi untuk mempertingkatkan sistem pernafasan, imunisasi badan serta sistem penghadaman badan manusia secara optimum.” Hafiz Hiew
Selain itu, pengenalan strategi yang diterapkan kepada para pengedar adalah seperti latihan atas talian, pemantapan sistem pengedaran atas talian dan pengurusan atas talian yang bertambah baik sejak tahun 2016 yang kini hampir 90%.
Produk-produk TDC yang selama ini fokus kepada peningkatan imunisasi juga memberikan satu lonjakan jualan kepada TDC secara mendadak.
“Sepanjang tahun 2020, jualan TDC meningkat hampir 3 kali ganda daripada RM33 juta kepada RM100 juta. Malah pada tahun 2021, kita juga telah mencapai jualan RM100 juta pada tahun kedua berturut-turut seawal November lagi dengan keseluruhan sedekah, infak, wakaf, dan zakat TDC melebihi RM 10 juta tunai dalam masa dua tahun ini,” Hafiz Hiew
Lelaki tinggi lampai berusia 34 tahun ini merupakan seorang mualaf yang berkelulusan Master in Business Administration (Finance) dari Universiti Malaysia Kelantan dan Ijazah Agri-Techno Entrepreneurship, juga dari universiti yang sama.
Terdahulu sebelum itu, beliau pernah menggenggam Diploma Pengajian Islam dari Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT). Menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai idola bisnesnya, Hafiz tekad memimpin pasukan TDC agar menjadikan bisnes ini sebagai pasport mereka ke syurga.
Kata Hafiz, TDC mengagihkan sebahagian pendapatan kepada jalan kebajikan serta menerapkan budaya ‘TDC For You’ dan #TDCHeart fokus untuk membantu keperluan harian golongan susah termasuk mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Tidak ketinggalan, lebih RM500,000 zakat telah disalurkan tidak termasuk infak, wakaf, sedekah dan sumbangan kepada masyarakat melebihi RM12 juta.
Kini, TDC dalam proses akhir mendapatkan permit eksport ke pasaran jiran seperti Indonesia dan Singapura. Rancangan ini tertunda akibat PKP dan akan diteruskan semula sebaik sempadan negara dibuka.
TDC juga dalam proses penstrukturan dan pemantapan organisasi ke arah pengurusan yang lebih berkualiti selepas mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memecah dominasi patriarki dalam bidang sains kimia dan nanoteknologi, pencapaian Academician Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan ini jelas amat membanggakan.
Eksklusif sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, Nona mengatur bicara dengan Saintis Akademik berusia 65 tahun itu demi meresap aspirasi dan semangat berbaktinya.
Lembut dan bersahaja. Begitulah personaliti Prof Halimaton, anak Johor dan ibu kepada dua cahaya mata ini. Siapa sangka di sebalik senyuman manis yang terukir di bibirnya, beliau memegang pelbagai portfolio penting di Malaysia.
Jika mahu disenaraikan segala anugerah, pencapaian, pengiktirafan, penulisan mahupun penyelidikan akademik Prof Halimaton di peringkat nasional dan antarabangsa, barangkali terlalu panjang untuk ditulis.
Selain bergelar Profesor Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Halimaton juga merupakan Pengerusi Malaysia Institute for Innovative Nanotechnology (NanoMITe), Pengerusi Lembaga Pentadbiran International Science, Technology and Innovation Center (ISTIC) di bawah UNESCO, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin serta Senior Fellow Akademi Sains Malaysia.
Tengoklah senarai tu, bukan calang-calang wanita mampu menggalas jawatan sehebat Prof Halimaton!
HARI WANITA
Tanggal 8 Mac setiap tahun diangkat sebagai hari istimewa untuk meraikan wanita di seluruh dunia. Bagi Prof Halimaton, beliau berbangga dengan pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains.
“Sebenarnya jika dibandingkan dengan negara membangun dan maju sekali pun, pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains hari ini sangat baik.
Wanita Malaysia bebas memilih bidang pengajian semenjak Malaysia merdeka dan telah menerima gaji dan sokongan yang sama.
Jadi melalui pengalaman dan pemerhatian saya, wanita dalam bidang sains di Malaysia telah membuktikan kebolehan mereka dalam penyelidikan, pembelajaran dan industri yang mereka ceburi.”
Bersandarkan falsafah hidup, ‘Tanya diri sendiri dan buat apa yang termampu tanpa menyusahkan orang lain,’ Prof Halimaton menjadikan arwah ayahnya sebagai sumber inspirasi. “Arwah seorang yang tegas, berintegriti dan mengutamakan pendidikan dalam kehidupan.”
Sedekad kebelakangan ini, nama Prof Halimaton cukup masyhur dengan gelaran ‘Prof Maerogel’ susulan penemuan beliau mencipta aerogel daripada sekam padi. Bagaimana agaknya perkembangan penemuan tersebut setakat ini?
“Aerogel daripada sekam padi (Maerogel) yang ditemui telah menerima paten Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Penghasilan Maerogel telah dibangunkan di peringkat pasca-makmal dan pra-komersial.
Melalui kajian lanjutan yang telah dijalankan, berasaskan permintaan industri, teknologi penghasilan aerogel silika telah dipertingkatkan, yang mampu menyelesaikan masalah keselamatan dan penggunaan tenaga yang tinggi.
Penghasilan aerogel silika menggunakan teknologi Renewable Silica (RenSil-A) ini telah diuji untuk penggunaan oleh industri penebat haba (insulation blanket), sarung tangan, kabel elektrik dan paip gas dan minyak.
Dengan kerjasama daripada industri, projek penghasilan RenSil-A yang pertama akan dibangunkan dalam masa terdekat,” cerita Prof Halimaton panjang lebar.
Terkini, saintis akademik hebat ini sedang dalam fasa akhir projek penyelidikan NanoMITe (2015-2020). Mereka sibuk membangunkan sistem pirolisis pasca penyelidikan bagi penghasilan bahan api jet (jet biofuel) daripada biojisim kelapa sawit.
“Kami juga dalam proses komersial produk dan teknologi penyelidikan, merancang hala tuju strategik dan pengurusan ISTIC, memperbaiki perlaksanaan pembelajaran atas talian pasca COVID-19 di UTM, melaksanakan program pemerkasaan ilmu STEM kepada guru bersama ISTIC dan Pusat STEM serta merancang hala tuju strategik penyelidikan nanoteknologi (NanoMITe).”
Sebagai ahli akademik, Prof Halimaton tidak menafikan turut bimbang dengan masa depan pendidikan sains pasca COVID-19.
“Pendidikan sains sangat terjejas oleh pandemik. Seperti yang kita maklum, pendidikan sains di Malaysia sedang dalam proses pemerkasaan dengan menerapkan pendekatan belajar memahami dengan melakukan eksperimen.
Pandemik COVID-19 telah memaksa pembelajaran atas talian dijalankan secara tiba-tiba yang merencatkan pembelajaran sains khususnya. Justeru, kita menghadapi cabaran yang sangat besar untuk memastikan pembelajaran sains yang telah tertinggal di semua peringkat dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Pelajar perlu mampu mengubah ilmu sains alam maya ke alam nyata sebaik sahaja mereka bersekolah semula,” luahnya sambil menyatakan alangkah baik jika rakyat Malaysia telah dibekalkan dengan ilmu sains yang menyeluruh sebelum ini.
Generasi zaman ini lebih cenderung belajar secara visual, kurang kemahiran motor, jauh sekali minat terhadap sains. Komen Prof?
“Kecenderungan ini bukan atas dasar keperluan tapi kemudahan. Sekiranya pembuat polisi memahami keperluan asas pembelajaran sains adalah melalui pendekatan membuat dan mengalaminya secara nyata dan diberikan keutamaan, minat terhadap sains pasti dapat dikekalkan.
Sebagai contoh, dengan melihat video orang memasak sesuatu resipi tidak menghasilkan makanan yang sedap jika kita tidak memasak sendiri dan memahami ilmu yang terlibat.”
YAYASAN MYPRIHATIN
Selain bidang pendidikan, Prof Halimaton juga aktif dalam bidang amal kebajikan. Antaranya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin.
“MyPrihatin telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemuda untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan sihat.
Badan amal ini berhasrat melaksanakan program tertentu, menggunakan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat untuk dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan.
Pengalaman saya dalam akademik dan bidang sains mendorong saya untuk membantu Yayasan menyumbang ke arah tersebut. Kita mahu membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan ilmu yang sesuai untuk membantu kehidupan masa hadapan.
Banyak pengalaman berharga yang ditimba sepanjang bergelar Pengerusi Yayasan MyPrihatin. Namun salah satu yang paling bermakna bagi saya adalah sewaktu kami bekerjasama dengan Yayasan IJN.
Ketika itu MyPrihatin telah membantu melalui proses logistik yang membolehkan ramai pesakit kanak-kanak untuk menjalani pembedahan di IJN. Ramai pesakit kanak-kanak daripada golongan keluarga B40 dapat dibantu untuk mendapatkan rawatan di IJN.
Pengalaman itu cukup-cukup berharga bagi saya,” akhirinya.
Syabas Prof Halimaton! Nona mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021 buat seluruh wanita yang sentiasa berbakti, berkorban masa dan keringat demi masa depan anak pertiwi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengenakan losyen wajah umpamanya Hada Labo Hydrating Lotion yang kini dipermajui, merupakan langkah pertama dalam seni penjagaan muka. Losyen ini dirumus khas untuk melembap semula serta menyediakan kulit bagi langkah penjagaan seterusnya.
Hakikatnya tidak kira semahal mana pun produk yang digunakan, pasti sia-sia andai kata kulit kita gagal menyerap nutrien di dalamnya.
Oleh itu pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas regimen membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion kini diperhebatkan dengan formulasi terbaharu iaituFermented Hyaluronic Acid (HA).
Rumusan ini mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit yang sangat penting untuk perlindungan dari ancaman luar. HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit.
Hada Labo Hydrating Lotion telah dinaik taraf dari 4 asid hyaluronik kepada 5 asid hyaluronik (HA). Dengan kandungan Fermented HA yang dipatenkan dapat membantu memulihkan rintangan kulit anda dengan lebih baik.
TINDAKAN BIJAK
Disebabkan cuaca panas di Malaysia, kulit cenderung berminyak dan sensitif. Mungkin itu yang membuat ramai wanita mengabaikan proses melembap kulit dengan betul. Tak sedar lama-kelamaan, muncul bintik gelap dan kedutan halus!
Itulah sebabnya asas penjagaan wajah dengan asid hyaluronik sangat penting. Memulakan regimen pertama selepas membersih, tuang Hada Labo Hydrating Lotion ke tapak tangan dan pupuk ke serata wajah hingga meresap sepenuhnya. Begitu mudah!
Produk-produk lain di pasaran biasanya dirumus dengan molekul HA yang besar. Sebaliknya Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul untuk penyerapan paling sempurna, sekaligus memperbaiki rintangan kulit dengan sempurna.
Setiap botol losyen pelembap mengandungi Fermented HA, serta:
Inspirasi penyelidikan dan pembangunan Hada Labo terhadap HA berawal dari kajian berusia 600 tahun di Nara, Jepun. Melalui proses membancuh wain Bodhi secara tradisional, saintis menemukan rahsia HA yang terbaik di dunia serta menjadikan kulit lebih sihat dan cerah.
Didatangkan dalam dua varian iaitu RICH untuk kulit normal/kering dan LIGHT untuk kulit normal/kombinasi/berminyak, kedua-duanya tidak mendatangkan iritasi, bebas paraben, alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral.
Patutlah losyen pelembap ini kekal sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 15 tahun berturut-turut, malah terjual lebih 100 juta botol* di seluruh dunia!
Tunggu apa lagi, dapatkan set Hada Labo anda sekarang (klik di sini). Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Tumpang bahagia melihat kehidupan bahagia Fatin Afeefa sekeluarga. Sejak kembali bergelar isteri dan mendedahkan berita mengenai kelahiran anak lelaki pada tahun 2024, aktres ini jarang tampil di kaca televisyen. Bahkan Fatin kini lebih selesa menguruskan anak-anak dan suami tercinta.