Sebut sahaja nama, Nur Ameera Khan atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) pasti ramai terbayangkan kejelitaan gadis pan asia kacukkan Pakistan-Arab yang juga merupakan adik kepada usahawanita dan juga selebriti terkemuka Neelofa!
Selain terpikat dengan kemulusan kulit yang dimiliki oleh LMK ini, pasti ramai wanita di luar sana yang ‘cemburu’ dengan kelangsingan dan kemontokkan tubuh badan yang dimilikinya. Mana tidaknya seksi betul, pinggang ramping macam kerengga!
Ameera Khan Dedah Dua Amalan Dapatkan ‘Pinggang Kerengga’ Miliknya!
Dalam temu bual bersama Nona, Ameera pernah mendedahkan amalan dan pemakanan sihat yang dipraktikkan demi mengekalkan kesihatan kulit dan badan ramping.
Selain mengenakan korset secara konsisten, dia juga rajin pergi ke gym. Patutlah dia nampak fit.
“I pergi gym dalam 5 ke 6 kali seminggu. Memang I addicted to gym dan ia macam my stress free zone.
Ads
Jenis dan rutin senaman semuanya bergantung kepada trainer. Di rumah, I akan buat senaman yang I tahu atau call trainer dan tanya dia apa yang patut I buat. Kebiasaannya, I akan buat senaman yang lebih tertumpu dekat pinggang dan punggung.”
Bukan Setakat Jaga Badan, Wanita Juga Perlu Titikberatkan Penjagaan Wajah..
Wanita mana yang tak suka dengan kecantikan. Seperti wanita lain, Ameera mengakui betapa pentingnya menjaga kecantikan diri termasuk penjagaan kulit wajah. Menariknya, tip penjagaan wajah Ameera cukup mudah dan tidak memerlukan belanja yang mahal.
Ads
Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya dia lakukan. “Mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum ataupun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask.
Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Ia bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.
Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari. Boleh dikatakan dalam 5 ke 6 liter.
Ads
Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I suka makan buah delima dan mangga.”
Rupa-rupanya tak susah pun nak nampak fit, cantik dan langsing macam Ameera. Kunci utamanya ialah rajin! Kena rajin bersenam, rajin jaga pemakanan dan rajin minum air secukupnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Terkesima tengok penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin tatkala mengenakan hijab. Memang cantik! Terserlah kelembutan dan gaya anggun baginda. Mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk beramal ibadah dan bermesra dengan rakyat jelata, kelibat Tengku Permaisuri Selangor yang mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis-majlis rasmi sejak kedatangan Ramadan pada 17 Mei lalu nyata menceriakan jemputan yang hadir. Sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mendekati pasangan diraja ini.
Mengenakan baju kurung Kedah dan kerudung kepala berwarna senada kelabu, Tengku Permaisuri Selangor mengiringi Sultan Selangor berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat dan menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 18 Mei lalu. Turut berangkat sama ke majlis tersebut, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada asnaf fakir, golongan miskin dan asnaf mualaf yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ketibaan Tengku Permaisuri Selangor di Tanjung Karang, Kuala Selangor ke Majlis Ihya’ Ramadan dan penyampaian sumbangan Hari Raya di Masjid Kampung Sungai Terap pada hari ketujuh Ramadan sekali lagi mencuri perhatian rakyat. Kali ini baginda mengenakan persalinan kurung moden bercorak batik yang digandingkan bersama hijab rona cream. Cukup minimalis!
Memasuki Ramadan kelapan, DYMM Sultan Selangor sambil diiringi Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam. Pada majlis ini, Duli Yang Maha Mulia turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM27,200 kepada 57 pelajar UiTM yang kurang bernasib baik. Kehadiran Tengku Norashikin berbusana tradisi dan bertudung litup pastel menonjolkan sisi kelembutan yang dimiliki baginda.
Tiga hari lalu, buat julung kalinya DYMM Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sambil diiringi Tengku Permaisuri Selangor. Tampil berbeza daripada kunjungan rasmi yang lalu, Tengku Permaisuri Norashikin yang sentiasa ditemani isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Shamshida kelihatan menawan dalam persalinan jubah berwarna merah jambu dan hijab rona kelabu. Dengan lilitan tudung yang ringkas dan tidak lekang mengukir senyuman, baginda tetap menyerlah dalam kelas tersendiri.
Sumber: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan saja cantik tapi langsing dan stamina kekal macam orang muda. Cemburu tengok tubuh ideal Jennifer Lopez! Siap ada ‘six-pack’. Kalau baru berusia 30an dan memiliki tubuh macam ini memang tiada apa yang menghairankan pun.
Maklumlah, masih muda dan bertenaga. Tapi bila umur sudah mencecah usia lebih separuh abad dan dikurniakan tubuh ramping seperti ini, masuk kategori luar biasa dah tu!
24 Julai lalu, genap 53 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh dan wajah awet muda malah stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya.
Kredit Instagram @jloKredit Instagram @jloKredit Instagram @jloKredit Instagram @jlo
Dalam usia lebih daripada separuh abad ini kecergasan JLo di atas pentas amat mengagumkan. Tidak keterlaluan kalau ramai yang berkata staminanya mampu mengalahkan penyanyi muda. Sangat lincah mengikut rentak muzik dan tarian yang rancak!
Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan susuk tubuh yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan badan.
Jadi, demi memastikan bentuk tubuh kekal menawan JLo memilih snek berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar. Fuh, jiwa kena kental tu!
Kredit Instagram @jloKredit Instagram @jloKredit Instagram @jloKredit Instagram @jlo
Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.”
Bukan itu saja, JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad.
“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.”
Kredit Instagram @jloKredit Instagram @jloKredit Instagram @jlo
22 Februari lepas, anak kembar kesayangan JLo yang popular dengan nama panggilan mereka ‘Coconut’ kini mencecah usia remaja, 14 tahun. Emma Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz dilahirkan pada 22 Februari 2008 di Long Island ketika JLo merupakan isteri kepada penyanyi Marc Anthony.
Bagaimana pun pasangan ini dilaporkan berpisah selepas tiga tahun menimang cahaya mata.
Meskipun anak-anak makin meningkat usia namun figura popular ini ‘maintain’ awet muda dan menawan. Malah kerjaya seninya juga masih berada di puncak dan drama lakonannya, Marry Me baru saja disiarkan Januari lalu. JLo juga kini bergelar isteri Ben Affleck.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular di media sosial dengan imej memakai selendang ala turban selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, imej pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha nyata mencuri tumpuan ramai walaupun dirinya menafikan sudah berhijab sepenuhnya.
Jelas Daiyan atau nama penuhnyaDaiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memaklumkan imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah.
Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti.
Enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa, Daiyan Trisha akui setiap individu mengharungi ujian yang berbeza untuk ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, Daiyan menetapkan matlamat baru dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
“Saya mohon orang ramai doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi,” jelas pelakon siri tv High Council itu.
Menyentuh hal perniagaan yang diusahakan oleh pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia memaklumkan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif untuk dirinya istiqamah. Malah Daiyan juga memaklumkan akan cuba untuk tidak mengambil peragaan jenama antarabangsa yang terlalu seksi.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.