Siapa yang tidak kenal dengan jenama Versace, sejak dari kemunculannya di dalam arena fesyen Versace selalu menjadi tumpuan kelompok yang suka bergaya. Terbaru, jenama unggul ini hadir dengan koleksi beg tangan yang diberi nama Diamante. Beg baru ini menterjemahkan dan memberi tenaga dalam konsep gaya urban. Dengan sentuhan feminin yang lebih menonjol, beg Diamante ini memenuhi kehendak wanita Versace yang klasik.

IKLAN
Cantiknya Beg ‘Diamante’ Versace
Pilihan Beg Diamante Yang Bercorak Mampu Menjadi Satu Statement Fesyen Menarik

Dengan bentuk empat segi tepat tiga gaya ‘gusset’, setiap beg memiliki perincian mewah yang diberi nama Guillioche. Boleh didapati dalam dua saiz yang berbeza, ia hadir dengan konsep corak penuh perincian sehinggalah rona monoton hitam klasik.

Cantiknya Beg ‘Diamante’ Versace

IKLAN
IKLAN

Bentuk empat segi tepat dan juga pilihan perincian yang menarik menjadikan beg ini sesuai digayakan bersama busana glamor mahupun kasual. Koleksi Diamante ini juga boleh didapati dalam tiga bahan berbeza iaitu kulit anak lembu, kulit ular sawa dan fabrik baru iaitu kulit ‘Treccina’ dalam kemasan perak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI