Takhta Ratu Dunia seringkali menjadi milik wanita India yang terkenal dengan kecantikan eksotiknya. Bermata besar, berhidung mancung, berkulit ‘tanned’ dan berambut hitam lebat mengurai. Umpamanya Miss World India 2022, Sini Shetty yang cukup mempesona dari Negara Gajah Putih itu.
Dilahirkan di Mumbai, gadis berusia 22 tahun ini berasal dari Karnataka. Beliau merupakan seorang gadis yang meminati tarian dan mula berlatih seni tari pada usia empat tahun, sebelum menamatkan Arangetramnya dalam tarian Bharatnatyam ketika berusia 14 tahun.
Dalam acara final yang berlangsung Julai lalu, Sini Shetty berjaya menewaskan 30 peserta lain. Rubal Shekhawat dari Rajasthan telah dinobatkan sebagai naib juara. Manakala Shinata Chauhan dari Uttar Pradesh dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Bersempena perayaan Deepavali hujung minggu ini, Nona membariskan beberapa petua ringkas untuk mewujudkan kecantikan alami bak wanita India. Selamat mencuba!
(1) Gunakan Air Sejuk
Bagaimana mahu memastikan mekap tahan lama? Petuanya mudah saja. Selepas anda mengoles bedak asas cecair (liquid foundation) ke seluruh wajah, semburkan sedikit air sejuk hingga ke bahagian leher agar mekap tidak luntur. Selepas kering, barulah diikuti dengan langkah mekap seterusnya.
Tapi paling penting, penghidratan kulit selepas regim mencuci wajah harus menjadi fokus utama. Kulit sihat adalah asas kecantikan yang sebenar.
Ads
Pilihan Nona: Fenty Skin Fat Water Hydrating Milky Toner Essence
Gunakan Fenty Skin Fat Water Hydrating Milky Toner Essence selepas mencuci wajah untuk melembapkan semula kulit
(2) Koko sebagai krim malam
Koko mengandungi kafein yang berfungsi untuk merangsang kulit agar lebih produktif dan awet muda. Anda boleh menyapu krim malam yang terbuat dari koko seperti ini dengan mudah.
Resipi Krim Malam Koko
2 sudu besar minyak badam
2 sudu besar lanolin
1 sudu teh serbuk koko
2 sudu teh air mawar
Di atas api yang perlahan, campurkan minyak badam, lanolin dan serbuk koko hingga sebati. Pastikan anda mengacau dengan senduk kayu kerana senduk besi akan mengubah komposisi bahan tadi. Selepas sebati, tuangkan air mawar dan sejukkan di dalam bekas. Gunakan krim ini setiap malam untuk kulit yang sihat.
Ads
Pilihan Nona: Fenty Skin Cocoa Cleans’r Soothing All-Over Cleansing Bar
Bar pembersih wajah dan tubuh badan berasaskan koko daripada Fenty Skin
(3) Hilangkan kantung mata
Bawah mata anda gelap dan sembap kerana kurang tidur? Atasi dengan daun pudina. Tumbuk lima helai daun pudina dengan sedikit air, campur sedikit minyak badam dan setengah sudu teh madu. Kacau dan pupurkan ke bawah mata sebelum tidur.
Nak mudah lagi, samarkan eye bag atau under eye dark circles tu dengan krim bawah mata ni. Cari yang ringan dan melembap supaya bedak tak nampak bercapuk.
Ads
(4) Rambut bebas kelemumur
Jika rambut berkelemumur, amalkan petua wanita India dengan kuning telur ini. Campur 4 sudu besar minyak rosemary dengan sebiji kuning telur. Ratakan ke seluruh rambut dan picit dengan perlahan. Ramas rambut dan gunakan minyak zaitun hangat untuk hasil lebih sempurna.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin meningkat usia, makin cantik Krisdayanti! Mac depan, biduanita Indonesia ini bakal mencecah usia 47 tahun. Walau bakal menghampiri umur 50 tahun namun aura dan pesona isteri usahawan Raul Lemos tersebut tetap menyerlah.
Tidak dinafikan dalam usia lewat 40an, Krisdayanti kekal anggun, langsing dan sihat seperti anak dara. Semuanya bersandarkan gaya hidup sihat yang diamalkan. Selain rajin bersenam, Krisdayanti juga semakin aktif mempelajari seni mempertahankan diri, Wushu sejak pertengahan tahun lepas.
Terpegun melihat gerak-geri pantas Krisdayanti dalam menyempurnakan seni Wushu Taolu. Pandai Krisdayanti menjaga dan mengekalkan bentuk tubuh ideal.
“Wushu Taolu yang dipelajari oleh Krisdayanti merupakan salah satu ilmu fokus wushu moden. Bentuk Taolu terdiri daripada gerakan dasar (sikap, tendangan, pukulan, keseimbangan, lompatan, sapuan dan lemparan) berdasarkan kategori gaya seni bela diri tradisional Tiongkok.”
Yang pasti, kelincahan Krisdayanti mempelajari seni bela diri Wushu turut menarik perhatian Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Krisdayanti yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri muzik Indonesia tidak sekadar sukses dalam kerjaya seni. Malah, dia juga bergelar ahli politik selepas melibatkan diri secara serius pada tahun 2019.
Mewakili parti DPR RQ dari PDIP, pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan Krisdayanti termasuklah pembinaan Workshop Balai Latihan Kerja (BLK) Kejuruan Informatika yang menjadi tempat untuk memperkasakan wanita dalam perusahaan di Kabupaten Malang, Indonesia.
Bersandarkan kejayaannya dalam kerjaya, Krisdayanti turut meraih pencapaian daripada HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Bukan calang-calang wanita menerima pengiktirafan sedemikian. Antara yang tersenarai ialah pelakon Amanda Manopo, Miss Indonesia 2020/2021 Pricilia Carla, Pegawai Perubatan Jakarta’s Covid-19 Red Zone, Dr Debryna Dewi dan penyanyi muda Indonesia, Lyodra Ginting.
Jelas Krisdayanti, “Indonesia Beautiful Woman Award 2021 bukan sekadar tentang perempuan cantik. Namun wanita yang mahu memiliki kesedaran untuk melakukan transformasi kesetaraan darjat antara wanita dan lelaki seluas-luasnya dalam meningkatkan ilmu dan dapat bermanfaat bersama-sama.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam tak percaya Intan Sarafina yang juga bekas pramugari ini sudah mencecah usia 43 tahun. Kalau tengok raut wajah dan penampilan diri penyanyi bersuara lunak ini tidak menampakkan pun umur sebenar. Sebaliknya, Intan tampil awet muda seperti wanita usia 20an.
Genap mencecah usia 43 pada 2 Julai lalu, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Tak hairanlah, dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan muda remaja.
Bukan hanya ‘fit’, pelantun lagu Kembali ini juga jelita dalam kelas tersendiri.
Meninjau media sosial Intan Sarafina, bekas pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005 ini gemar berkongsi aktiviti harian.
Kebanyakan posting Intan berkisar mengenai rutinnya yang aktif berjoging, berbasikal dan mengikuti marathon!
Dalam satu perkongsian Intan, kelihatan dia dan suami serta tiga anak lelaki beriadah sambil berbasikal di kawasan indah di Finland. Sekitar Januari tahun lalu, selebriti ini menetap di sana ketika suaminya bertugas di negara berkenaan.
“Biking was incredibly fun! It was my first ride with my family, and I enjoyed every second of it!”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, jelitawan tersebut mendedahkan rejim kecantikan diri.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada 16 Oktober dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16 tidak lama lagi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun tengok kecantikan Dato’ Sri Maziah Musa. Meniti usia 58 tahun, pesona usahawan berjaya yang juga ibu selebriti berbakat besar, Ummi Nazeera ini nyata cukup menawan.
Setiap kali kelibatnya hadir ke majlis rasmi mahupun menemani anakanda tersayang, penampilan Dato’ Sri Maziah pasti meraih tumpuan khalayak.
Tidak keterlaluan kalau Nona katakan wanita berjiwa cekal ini kelihatan seperti adik-beradik apabila bergambar di samping anak-anak tersayang. Dato’ Sri Maziah turut dilihat menemani anak-anak tersayang ke Kuala Lumpur Fashion Week pada Ogos lepas.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Kemunculan Dato’ Sri Maziah yang tampil dengan gaya elegan ketika menghadiri pertunjukan fesyen pereka ternama Alia Bastamam mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat Ummi Nazeera.
Memiliki raut wajah lembut, Dato’ Sri Maziah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Sebelum ini, anak perempuannya yang juga aktres popular drama Rindu Kasih mendedahkan ibunya mempunyai perniagaan dalam bidang perkilangan, perabot dan fabrik.
Menjengah Instagram milik Dato’ Sri Maziah, kredibilitinya sebagai ahli perniagaan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Antaranya merangkul Woman Entrepreneur Excellence, Top 10 Most Enterprising Company dari SME & Entrepreneurship Business Award 2017.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Dato’ Sri Maziah turut pernah menerima Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2014 dan Usahawan Cemerlang Negeri Terengganu 2016.
Selain Ummi Nazeera, Dato’ Sri Maziah juga ibu kepada Nazreem Musa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!