DATIN HARVEEN KAUR

“Saya percaya setiap wanita tidak kira isteri atau ibu patut keluar bekerja. Tak boleh bergantung kepada suami 100%. Kalau apa-apa jadi, macam mana?”

IKLAN

Meniti usia 41 tahun, Datin Harveen Kaur merupakan seorang jururawat di Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur. Walau mempunyai kerjaya sendiri dan suaminya bertugas sebagai pakar bius, namun jelitawan ini tetap mahu bekerja dan berdikari atas kaki sendiri. Sikap yang memang patut dicontohi ramai wanita dan isteri!

Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%! Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%! Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%!

Terang ibu kepada tiga orang anak tersebut, meskipun pendapatan suami mampu menampung keperluan seisi keluarga namun kepuasan mencari sumber pendapatan sendiri mengatasi segala-galanya. Lagipun, kalau dapat kebenaran suami dan tidak menjejaskan urusan rumah tangga.. apa salahnya.

Menjelas lanjut tentang pendirian tersebut, bekas Ratu Cantik Mrs Malaysia World 2017 ini berkata, “Sekurang-kurangnya kita ada persediaan dari segi kewangan. Daripada berada di rumah 24 jam, ada baiknya luangkan masa 4 ke 6 jam di luar rumah dan bergaul dengan masyarakat. Pada pandangan saya, golongan isteri perlu bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Tak boleh harapkan suami saja sebab ekonomi sekarang pun makin tinggi.”

Sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai sepasang anak kembar lelaki berusia 17 tahun dan anak perempuan berumur 14 tahun, Datin Harveen selesai
menjayakan Mrs Malaysia World 2018. Sebagai Pengarah pertandingan ratu cantik tersebut, jelitawan ini mengambil cuti selama 6 bulan untuk membantu para peserta di samping terlibat dengan aktiviti kebajikan.

Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%!
Di samping suami tercinta

Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%! Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%!

IKLAN

Sejujurnya, saat bertentang mata dengan Datin Harveen rasa macam bertemu selebriti Bollywood. Bersandarkan tubuh tinggi lampai dan langsing, kulit wajah gebu dan mulus serta kepetahannya berbicara.. sesiapa pun pasti tertawan dengan aura yang dimiliki.

Tatkala berkongsi bagaimana dia mengekalkan tubuh badan yang sihat dan kecantikan wajah, ini rahsianya! “Selain ambil tablet vitamin C 1000mg setiap hari, saya juga amalkan 3 liter air putih sehari. Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan jus ubi bit merah yang dihasilkan sendiri.

IKLAN

Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%! Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%! Walau Suami Pakar Bius, RATU CANTIK Ini Tetap Mahu Bekerja & Enggan Bergantung Dengan Suami 100%!

Jus ini saya buat dengan campuran epal hijau, epal merah dan tanpa air.. minum seminggu tiga kali. Tak lupa juga lakukan senaman dua kali seminggu. Sebenarnya jus ubi bit mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ia dapat mengurangkan kadar kolestrol, menaikkan seri muka dan dalam masa sama mampu menaikkan kadar hemoglobin dalam darah. Ini adalah inisiatif saya sendiri untuk menjaga kesihatan memandangkan usia yang semakin meningkat.”

Bagusnya Datin Harveen. Bukan saja seorang wanita yang berdikari dan cantik.. tetapi juga cukup mementingkan penampilan dan kesihatan diri. Barulah seimbang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI