Nama Sharifah Rose kini semakin menjadi sebutan ramai.
Gadis cantik berusia 24 tahun berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah menaikkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil.
Memetik kenyataan Sharifah Rose di akaun Instagramnya ketika memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela baru-baru ini: –
Ads
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.”
‘NATURAL BEAUTY’
Baru-baru ini juga, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ads
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ads
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Kredit Foto: Instagram Sharifaah Rose
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 26 Ogos lepas. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Lebih 2 dekad mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan hampir 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’.
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang sudah pun memasuki usia 51 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan.
Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi peminat pertandingan ratu cantik terutama sekali pentas Miss Universe, pastinya ramai yang ternanti-nanti siapakah wakil yang akan dihantar oleh salah sebuah negara yang banyak menggungguli pertandingan berprestij tersebut, tidak lain tidak bukan negara Filipina.
Baru dinobatkan baru-baru ini, memperkenalkan Michelle Dee dari Makati Town, Miss Universe Filipina.
Bakal membawa nama negara tersebut yang akan diadakan hujung tahun di El Savador, berikut adalah lima fakta menarik tentang Michelle Dee.
Beliau juga merupakan Miss World Philippines 2019
Selain menggondol gelaran Miss Universe Philippines 2023, Michelle juga merupakan bekas Miss World Philippines 2019. Pada Disember 2019, dia mewakili Filipina dalam Miss World 2019 di England, menamatkan saingan dalam Top 12.
Seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah
Michelle bukan sahaja seorang ratu cantik tetapi juga seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah. Sewaktu Anugerah Bintang PMPC ke-36 untuk kategori Filem pada 2021, Michelle memenangi Pelakon Filem Baharu Terbaik. Beliau baru-baru ini turut membintangi drama perdana GMA “Mga Lihim ni Urduja.”
Michelle adalah anak kepada bekas ratu cantik dan pelakon Melanie Marquez
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah ratu cantik pastinya mengalir dalam darah Michelle! Bagi yang tidak tahu, Michelle adalah anak kepada Miss International 1979 Melanie Marquez. Selain ibunya, sepupu Michelle juga tidak asing dalam dunia ratu cantik di mana sepupunya ialah Miss Reina Hispoamericana 2017, Winwyn Marquez.
Dia menjalani pembedahan beberapa minggu sebelum pertabalan MUP 2023
Beberapa minggu sebelum malam pertabalan Miss Universe Filipina 2023, Michelle menjalani pembedahan akibat pendarahan semasa ulang tahunnya yang ke-28. Walaupun begitu, ia tidak menghalang semangat Michelle yang kembali pulih selepas pembedahannya dan kembali bersaing.
Beliau mempunyai ijazah dalam Psikologi dan sijil dari Harvard!
Michelle merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Psikologi dari Universiti De La Salle. Beliau juga menamatkan kursus sijil dalam Entrepreneurial Essentials di Harvard Business School Online.
Tahniah Michelle! Adakah Michelle akan mengikut jejak langkah Pia dan Catriona? Sama-sama kita nantikan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah menjadi perhatian rakyat khususnya di negeri Kelantan.
Ternyata khalayak bukan hanya terpikat dengan kejelitaan suri hati KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ini bahkan tertawan dengan sisi peribadi Baginda yang makin ‘sebati’ dengan budaya Melayu.
Sentiasa tampil anggun dalam persalinan tradisi kurung dan berselendang, Sultanah Kelantan juga tidak kekok beramah mesra bertemu masyarakat.
Malah setiap kali bertemu rakyat terutamanya di Kelantan, Baginda sentiasa kelihatan ceria dan tak lekang dengan senyuman.
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah menyambut ulang tahun hari kelahiran pada 25 Februari lalu. Rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja melihat raut wajah cantik Sultanah Kelantan dan memuji peribadi Baginda.
Sememangnya Sultanah Nur Diana Petra memiliki aura tersendiri yang penuh kelembutan dan pakej lengkap seorang ratu!
Pada 1 Oktober lepas, Sultanah Kelantan ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V Yang Ke-54 di Kompleks Kota Darul Naim.
Berangkat sama Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid dan YAM Tengku Bendahara Kelantan.
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.