Tahniah Dr Fasiha dan Dr Hazheem yang selamat melangsungkan pernikahan pada 19 September lepas. Terpersona tengok kecantikan adik kepada pelakon Fathia Latiff ini. Cantik orangnya dan sejuk mata memandang!
Mengikat tali pertunangan sejak Januari lalu, Dr Fasiha dan pasangan yang sebelum ini merancang untuk mengakhiri zaman bujang pada Jun lepas terpaksa akur menunda majlis mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan wabak Covid-19.
Reda dengan takdir tersebut, pasangan ini akhirnya menerima tarikh untuk disatukan daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling. Ujar Dr Fasiha, “Sepatutnya kami kahwin pada 6 Jun tapi sebab MCO kena postpone.
Jadi saya hantar borang nikah dekat PAID Petaling. Mereka yang beri tarikh untuk nikah 19 September 2021. Alhamdulillah.
Syukur semuanya berjalan lancar. Baju kahwin pun dah siap sebab initially majlis nak buat dalam bulan Jun. Jadi tak kelam-kabut sangat untuk persiapan kahwin ni. Cuma 19 hari bulan nak nikah tapi saya kena kerja sampai 17 September. 18 hari bulan tu baru cuti.”
Pasrah bernikah ketika musim pandemik dan dalam situasi norma baharu, tiada ucapan lain yang mampu diungkapkan selain rasa syukur kerana niat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya dipermudahkan.
Meskipun tidak dapat mengundang tetamu untuk meraikan majlis bersama-sama namun ijab kabul pasangan ini tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga.
Ads
“Dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri Hazheem pada 19 September lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Saya menerima mas kahwin RM300 dan lima berbalas tujuh dulang hantaran.
Kami bernikah dalam dewan akad nikah dan hanya ayah serta pengantin sahaja dibenarkan masuk. Tok kadi dan saksi, pihak masjid yang sediakan. Tak ada majlis besar-besaran, kami buat pelamin di rumah dan dihadiri keluarga saya serta keluarga suami saja yang datang ke rumah. Itu pun tak ramai dalam 12 hingga 15 orang.”
Menerusi gambar-gambar majlis pernikahan yang dikongsikan, Dr Fasiha tampil anggun dalam persalinan kurung rona putih bersih ilham Teh Firdaus. Sentuhan magis jurusolek Warnabilla juga berjaya menaikkan seri pengantin anak bongsu kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan ini.
Ketika dihubungi Nona pagi tadi, Dr Fasiha memberitahu dia sedang menunggu penerbangan ke Bintulu, Sarawak untuk penempatan di sana. Sambil cuba pujuk hati, wanita cantik ini akur berjauhan dengan suami tercinta demi tuntutan tugas.
Ads
“Tak sampai 2 minggu kahwin, saya ditugaskan ke Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Bintulu. Mujur sempat ke Langkawi sekejap pergi honeymoon.
Cadang nak buat majlis resepsi Disember nanti tapi dah kena pergi Sarawak pula. Ada dalam 60 orang dari HKL, JKWP, JKN Selangor yang dapat arahan bertugas di sana. Daripada jumlah tu, ada yang ke Mukah, Limbang, Betong, Saratok, Miri, Bintulu dan Kuching. Saya bersama tiga orang lagi ditugaskan ke Bintulu.”
Ditanya penerimaan suami sebaik mendapat perkhabaran tersebut, Dr Fasiha berkata, “Suami sedih juga tapi alhamdulillah dia faham sebab dia pun doktor juga. Nanti bila keadaan dah ok sikit, dia datanglah melawat isteri dekat sini.”
Ads
Dr Fasiha Latiff yang kini berusia 28 tahun dan merupakan graduan perubatan dari Trinity College Dublin bukan hanya sukses sebagai doktor. Malah dia juga memiliki perniagaan sendiri iaitu tudung jenama Mulan Scarf dan pakaian perubatan ‘scrubs’ Three O.
Difahamkan dia mula berniaga tudung sejak zaman belajar lagi dan melancarkan jenama Three O pada September tahun lalu yang diusahakan bersama suami tercinta.
Semoga perkahwinan Dr Fasiha dan Dr Hazheem kekal bahagia hingga Jannah. Juga, kejayaan mereka sebagai usahawan pada usia muda menjadi pembakar semangat dan inspirasi untuk terus berjaya!
Kredit foto: Instagram Dr Fasiha Latiff
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Makan hati’ tengok pinggang ramping anak perempuan Rohana Jalil. Sebelum ini cuma tengok gambar Kilafairy di media sosial je. Tapi bila berpeluang bertentang mata ketika pelancaran produk minuman kesihatan miliknya, KilaFit baru-baru ini… memang kagum dengan body curve Kila!
Minuman kecantikan berperisa coklat pisang dengan kolagen dan ekstrak garcinia inilah yang dikatakan Kilafairy berjaya mengekalkan bentuk tubuh dan berat ideal dirinya. Selain selamat diminum dan berfungsi menjaga kesihatan dalaman, KilaFit turut berupaya menurunkan berat badan.
Menurut Kila, “Sebenarnya dah lama saya hendak keluarkan produk sendiri lebih-lebih lagi bila saya sendiri seorang yang suka makan tapi susah hendak turun berat badan. Sebelum ini saya pernah cuba produk lain juga tapi kesan sampingannya sangat menakutkan. Menggigil, berpeluh… sakit perut.
Saya tak nak orang lain termasuk lelaki yang ada masalah berat badan alami situasi negatif macam ini. Jadi saya terfikir untuk hasilkan satu produk yang boleh kurus tapi dalam masa sama kesihatan terjaga.
Nak buat produk macam tu kena pakai natural ingredients dan alhamdulillah, saya berjaya hasilkan. Setakat ini dah beribu-ribu unit terjual dan tiada yang mengadu alami negative side effects.
Kila sendiri ambil, tak ada rasa pening dan sebagainya. KilaFit bukan saja produk yang menjaga kesihatan tapi juga dapat mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang.”
Tegas Kila lagi, memandangkan dirinya jarang berkunjung ke gymnasium ketika ini akibat kekangan masa tapi berat badan masih terkawal sejak dia mengamalkan KilaFit. Namun untuk kesan lebih cepat… Kila menyarankan pengguna yang sering ke gim untuk turut mengambil minuman ini.
Jika kebanyakan wanita lebih selesa merahsiakan berat badan… Kila tampil berani menyatakan berat terkininya ketika diusik pertanyaan tersebut. “Badan Kila tak pernah lebih 49 kg. Tapi kalau dah sampai 50 kg lebih… memang saya dah ‘gabra’, tak ambil gambar dan duduk rumah je.
Sebab tu tak ada gambar yang nampak saya naik berat badan sebab tak ambil gambar. Cuma ada satu je saya ada post di IG dulu. Alhamdulillah, sekarang ni dah dapat ideal weight sekitar 46 ke 47 kg.”
Aktres yang cukup sinonim dengan pinggang bak kerengga ini juga tanpa berselindung menyatakan ukuran pinggang terkini. “Sekarang ukuran pinggang 23 inci. Rahsia? Tentulah KilaFit.” Melihat reaksi tetamu dan rakan media yang hadir pada pelancaran KilaFit tersebut tatkala dia menyatakan ukuran pinggang, sambil berseloroh Kila berkata, “Muda lagi… belum kahwin.”
Ditanya tentang tanggapan dan komen nakal netizen yang menganggap dirinya ‘edit’ gambar sebelum memuatnaik di media sosial agar nampak ramping dan kecil, ini jawapan padu Kila. “Janganlah fitnah. Fitnah tu dosa lebih teruk daripada membunuh!”
Kredit foto: Instagram Kilafairy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah! Tanpa khabar angin mengenai perhubungan cintanya, Vanidah Imran selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hari ini. Tampak berseri-seri di atas pelamin sambil ditemani dua anak tersayang, pelakon cantik tersebut sah bergelar isteri Arifabillah Idris dengan sekali lafaz.
Vanidah berusia 49 tahun menjadi milik Arifabillah iaitu seorang jurutera berusia 43 tahun. Malah, Arifabillah juga pernah meraih pingat perak Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) di Korea Selatan pada tahun 2016.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan kepada Nona, majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Berwalikan adik lelaki kandungnya iaitu Johan Imran, pasangan ini disatukan di sebuah premis di Titiwangsa, sekitar pukul 12.12 tengah hari. Majlis pernikahan mereka dihadiri 50 tetamu terdiri ahli keluarga dan teman rapat.
Vanidah dan suami bagaimana pun sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran demi memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai leher emas daripada suami selain berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis yang berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu, Vanidah mengenaikan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan solekan Syed Faizal. Majlis turut mendapat sentuhan perancang perkahwinan EZS Concept.
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, ia bukan sesuatu yang mudah namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah. Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 tersebut selesa ‘mengunci mulut’ tanpa menghebahkannya.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa sama tumpang gembira dengan keputusan dibuat.”
Ujarnya, dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan suami yang berkongsi banyak persamaan. Apatah lagi kedua-dua mereka berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama dan dikurniakan anak. Jadi, persefahaman lebih mudah dicapai.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah tular remaja berusia 13 tahun dari Sabah, Zara Qairina Mahathir yang maut akibat dibuli oleh beberapa pelajar senior di sekolahnya telah membuka mata...