Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.

Nama Ashikin Amran, suri rumah dan bekas jurutera minyak dan gas yang kini dikenali sebagai home & lifestyle influencer, mencuri perhatian ramai.

Eksklusif dalam Bling Bling Raya, beliau berkongsi transformasi hebat rumah teres intermediate miliknya.

Seisi team Nona macam tak percaya bila tengok rumah asal Ashikin yang usang, kini berubah menjadi sebuah ruang moden kontemporari yang penuh cita rasa, sesuai dengan suasana Aidilfitri.

Kalau nak tahu, macam inilah keadaan rumah asal Ashikin sewaktu baru dibeli dulu. Tapi meskipun kawasan perumahan ni lama, namun harganya berpatutan dengan lokasi yang strategik serta mengambil masa yang singkat untuk ke tempat kerja beliau di Kuala Lumpur.

“Kami beli rumah subsale yang mampu milik dan berdekatan dengan tempat kerja. Awalnya waswas juga sebelum beli tapi ibu bapa dan suami saya yakinkan kami boleh buat sesuatu untuk cantikkan rumah ni.

Proses renovasi dilakukan secara bertahap. Tapi saya paling suka ruangan dapur kami yang berwarna putih. Mungkin sebab suka memasak dan kumpul pinggan mangkuk, selain hobi kitchen organization membuatkan saya leka berjam-jam di sini,” cerita Ashikin.

Ads
Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran
Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran
Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran
Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran

 

Memang tak puas jelajah seluruh rumah, kecil-kecil cili padi. Jom tonton video penuh ni…

Seronok berbual sambil meninjau suasana kediaman Ashikin, lengkap dengan dekorasi yang memikat dan vibe raya yang cukup terasa.

Ads

Apa yang lebih menarik, beliau mengekalkan pendekatan praktikal dan tidak berlebihan dalam menguruskan dekorasi tahunannya.

Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran
Dari Rumah Teres Usang Ke Sentuhan Moden Elegan, Ashikin Amran Bijak Mix & Match Hiasan!
IG @ashikinamran

SOFA IKONIK
Tumpuan utama di ruang tamu Ashikin sudah tentu jatuh kepada sebuah sofa pleated ikonik dari koleksi Alta hasil kolaborasi Alia Bastamam bersama Furniture And Choice Malaysia.

Walaupun membawa imej jenama antarabangsa, sofa ini sebenarnya buatan tempatan, sesuatu yang membanggakan dalam dunia rekaan dalaman.

Ashikin mengakui jatuh cinta pada pandangan pertama dengan rekaan pleated dan warna lembut yang sesuai dengan tema rayanya.

Ads

Selain itu, bekas penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu juga dikenali sebagai peminat koleksi pinggan mangkuk MacKenzie-Childs, menambahkan elemen eksklusif pada hiasan rumahnya. Namun begitu, beliau bukan seorang yang boros.

Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.

“Tahun ni saya cuma upgrade sikit je. Tak perlu tukar semua,” katanya, menekankan pentingnya gabungan elemen lama dan baru dalam dekorasi. Bagi Ashikin, peluang bercuti ke luar negara selalu dimanfaatkan untuk mencari inspirasi. Beliau juga senang menulis jurnal setiap kali melancong.

Sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada seorang anak, Ashikin tidak pernah mengetepikan nilai tradisi dan kemesraan dalam kediamannya. Dengan pendekatan yang bijak, sentuhan estetik yang halus, dan penggunaan perabot berkualiti tinggi, Ashikin Amran menjadi contoh bagaimana seseorang boleh mengubah rumah biasa menjadi ruang yang luar biasa tanpa perlu berbelanja besar.

Rumah Ashikin bukan sahaja cantik di mata, tetapi juga menjadi inspirasi untuk ramai yang ingin mengubah kediaman mereka menjadi lebih bermakna dan selesa, terutamanya ketika musim perayaan. Satu transformasi yang penuh gaya dan nilai.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/mewah-berjiwa-tinjau-kediaman-konsep-chinoiserie-chic-maria-tunku-sabri/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI