Nama Dato’ Dr Azlina Aziz menjadi bualan warga maya kebelakangan ini sejak kisah perkahwinan bekas suami, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak pada 17 November lepas bertebaran di media sosial. Disifatkan seorang yang bijak dan jelita dalam kelas tersendiri, ibu kepada dua cahaya mata ini nyata bukan calang-calang wanita.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Abdul Aziz Taha iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1986.
Meskipun berasal dari keluarga ternama namun jelitawan ini low profile dan berdikari.
Dato’ Dr Azlina Aziz mendirikan rumah tangga dengan adik kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 10 Januari 1992 selepas bertemu di Bristol University.
Ads
Namun perkahwinan yang dibina lebih 30 tahun itu tidak berkekalan dan mereka dilaporkan berpisah pada tahun 2023.
Menelusuri latar belakang wanita berjiwa cekal tersebut, Dato’ Dr Azlina ketika masih bergelar isteri dan ibu menjadi kebanggaan kaum wanita kerana kemampuannya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Oxford.
Ads
Walau sibuk urus anak-anak dan keluarga, beliau bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu.
Ads
Berdasarkan perkongsian di media sosial miliknya, Dato’ Dr Azlina ada memuat naik gambar dirinya yang lengkap berjubah konvokesyen selepas tamat pengajian Oxford DPhil (English) sekitar November 2019.
Sepanjang 31 tahun berkahwin, Dato’ Dr Azlina Aziz dan Tan Sri Nazir Razak dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Marissa dan Arman yang kini berusia 24 tahun. Menerusi perkongsian Tan Sri Nazir Razak sebelum ini, Arman ialah graduan di University College London (UCL). Sementara Marissa pula lulusan London School of Economics (LSE).
Sudah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia hidup berpasangan-pasangan. Memeterai ikatan dengan hubungan yang sah berlafazkan akad adalah ketentuan-Nya. Siapa kita untuk menentukan dengan siapa bakal berkahwin dan sejauh mana hubungan suami isteri itu dapat dikekalkan sehingga ke hujung nyawa. Tidak ada seorang wanita pun mahu menggalas status sebagai janda ataupun ibu tunggal. Begitu juga Nor Azura Usman yang diceraikan pada usia 26 tahun ini.
Berbagai-bagai versi yang bertebaran di media sosial tentang berita perceraian di antara suami Instafamous King Coco iaitu Kapten Azrin dan isteri pertamanya, Nor Azura. Mengadakan pertemuan eksklusif bersama Nor Azura atau lebih mesra disapa Zura telah merungkaikan persoalan yang sedang berlegar di alam maya.
Melihat susuk tubuh wanita yang mudah tersenyum ini bagai tidak percaya dugaan yang telah diharunginya. Walaupun dalam hatinya menyimpan 1001 macam kisah tetapi tutur katanya tetap dijaga dengan sopan. Sedikit pun tidak menghamburkan kata nista mahupun kisah negatif tentang kisah lalunya. Kagum dengan sikap ibu kepada tiga orang anak ini membawa diri. Benar lah kata orang usia bukan kayu pengukur kematangan seseorang wanita.
Apabila disentuh tentang isu perceraiannya, lama Zura terdiam mungkin sedang mengatur ayat atau mengimbau kisah hitam yang ditempuhnya, lalu menjawab, “Tipu lah kalau saya tidak sedih. Saya juga mempunyai silap begitu juga pihak bekas suami. Orang kata hanya kita yang kenal siapa diri kita dan kemampuan kita.
Emosi kita sebagai perempuan, biasa lah ada kala naik dan juga turun. Saya mengambil langkah untuk bercerai kerana tahu tahap dan kemampuan saya sampai kat mana. Bukan tidak berusaha tetapi saya tidak boleh meneruskan perkahwinan ini. Saya anggap mungkin jodoh tak panjang di antara kami berdua,” terang Zura.
Apabila diajukan pertanyaan mengapa minta dilepaskan, jawabnya, “Bagi saya hubungan kami sudah pun berakhir. Tidak perlu saya menguar-uarkan punca penceraian kami. Saya pun sudah habis edah dan sudah tiba masa untuk saya move on. Saya tidak mahu memandang ke belakang lagi. Saya mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak yang tiga orang ini.
Bagi saya tidak mahu mengingati perkara yang lalu dan mula merencana masa hadapan bersama anak-anak tersayang. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman kerja tetapi saya percaya dalam setiap dugaan itu pasti ada hikmah yang menanti. Saya sentiasa percaya Allah SWT bersama-sama orang yang sabar.
Sebenarnya terduduk juga sebab saya tak pernah bekerja, apabila jadi macam ini saya kena lebih kuat. Saya dah tak boleh buat sambil lewa dan perlu merancang dan fikir lepas ini kena buat apa. Sekarang saya ada tanggungjawab yang besar jadi, kena usaha lebih kuat demi kelangsungan hidup. Kalau bekerja di pejabat dan seumpamanya memang saya belum terfikir lagi. Ini kerana anak-anak yang masih kecil mungkin tidak berbaloi untuk saya hantar ke nursery.
Saya akan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dari rumah. Segala-galanya masih dalam perancangan, dan doakan agar impian saya ini tercapai,” tutur Zura yang sudah mula mendapat perhatian pemilik produk untuk membuat product review.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Langkah kaki wanita anggun ini bagaikan satu aura indah mewarnai ruang hidup siapa sahaja disampingnya. Seiring dengan usia yang meningkat matang, Datin Raha Dato’ Abu sentiasa tampil jelita dengan solekan nipis dan gaya penampilan boho chic. Pada waktu zaman mudanya, sekitar lewat 80-an jelitawan VIP ini pernah menyandang gelaran Miss Pahang dan finalist of Miss Malaysia 1989 ketika berusia, 18 tahun. Datin Raha mengakui pertandingan ratu ini telah memperkenalkan kerjayanya dalam dunia modelling pada era 90-an, wajahnya terus laris di meja editorial dan pentas catwalk.
Di usia muda 19 tahun, Datin Raha telah mempunyai sebuah butik pakaian Matahari di City Square dan perjalanan hidupnya terus sampai kemuncak dengan membawa gelaran Datin di usia 20an. Kehadirannya di setiap pesta keramaian sentiasa dinantikan dengan penampilan versatile dan elegan yang sentiasa mencuri perhatia lensa kamera. Kini dunia sosialnya tidak serancak dulu, langkahnya lebih terhad kerana fokus sekarang hanya pada keluarga tersayang dan perniagaan.
“Saya menerima gelaran Datin di usia 28 tahun dalam usia yang muda dan gelaran ini telah membuatkan saya lebih matang dengan cepat. Status itu tidak mengubah sikap atau sifat diri saya tetapi ia membawa saya kepada satu lapisan kehidupan yang lebih matang untuk membawa gelaran itu sebaiknya. Ini membuatkan saya mengimbas kembali keadaan bila saya masih kecil melihat ibu saya yang telah membawa status tersebut dengan baik. Jika dahulu saya menerima pelbagai undangan majlis dan menghabiskan waktu bersama teman, tetapi sekarang langkah saya mula dibatasi dengan kesibukan urusan rumah tangga dan perniagaan. Saya sudah melalui semua kehidupan glamor itu pada masa muda, sudah cukup rasanya,” jelas Datin Raha yang kini memberi tumpuan utama kepada anak kecilnya Julia, Omar dan Anwar.
Cinta Abaya semakin mendapat perhatian dan berjaya mencuri hati ramai kerabat dan golongan VIP. “Ini minat saya dari dahulu dan sekarang, bezanya dahulu saya punya butik sendiri tetapi sekarang hanya fokus pada jualan secara online menerusi laman sosial media. Alhamdulillah setelah lima tahun Cinta Abaya di pasaran alam maya, busana abaya semakin mendapat perhatian secara menyeluruh. Saya sendiri akan membuat rekaan setiap helaian busana itu bersama rakan kongsi saya yang juga kakak saya, Zaharah Wouters yang menetap di Kuwait. Segala proses pembuatan abaya ini dijalankan di sana dan kerana itulah busana ini sangat eksklusif dan tersendiri. Biasanya setiap rekaan saya lebih pada gaya klasik agar boleh dipakai sepanjang zaman dan tentunya diperindah dengan sulaman yang halus dan cantik.
Paling penting setiap helaian itu perlu mencapai kualiti jahitan yang kemas dan terbaik. InsyaAllah saya berharap Cinta Abaya akan terus berkembang dan mendapat perhatian seluruh pelosok dunia satu hari nanti. Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya kini, sebuah keluarga bahagia dan sebuah perniagaan yang semakin berkembang.”
Dalam melalui ranjau kehidupan pastinya Datin Raha mempunyai seorang wanita inspirasi… “Ibu saya Datin Ramlah adalah inspirasi saya tiada insan lain. Dalam usianya 73, beliau seorang yang sangat kuat dan stabil daripada segi pemikiran dan emosi, masih aktif dalam usianya, setiap perkara yang berlaku beliau berjaya menemui jalan penyelesaian terbaik dan tentu sahaja saya memperoleh banyak khidmat nasihat dalam apa jua sahaja perkara sehingga sekarang. Dia selalu menekankan tentang penjagaan kecantikan dalaman terutama daripada segi pengambilan suplemen dahulu dan sekarang.
Rahsia Datin Raha, kekal cantik di usia 45 tahun, “Petua kecantikan saya sangat ringkas, tidur mesti cukup dan amalkan pemakanan seimbang. Paling penting saya mesti minum jus setiap hari. Sayur-sayuran atau daun ulam dan buah-buahan saya masukkan semuanya dijadikan jus, amalan ini saya lakukan sejak daripada dahulu lagi. Sesekali kelapangan saya menghabiskan masa di gym.”
Kata terakhir, “Manusia sekarang terlalu mengejar kehidupan sendiri dan selalu lepas tangan dalam banyak perkara. Perkara utama yang selalu kita perlu ingat, sejauh mana kehidupan yang kita kejar, di akhirnya kita perlu kembali kepada Nya yang Satu. Kadang-kadang kita perlu bertanya pada diri sendiri, apa yang kita mahukan dalam hidup ini? Dan bagi saya cukuplah dengan kehadiran keluarga tersayang itu, sudah membuatkan saya wanita yang paling bahagia.
Saya juga percaya dalam senario perkembangan teknologi yang semakin maju, wanita hari ini mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi untuk mencorakkan kehidupan dunia lebih baik dan sempurna. Saya bangga dengan wanita alaf baru ini, ” ujar Datin Raha mengakhiri bicara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua beradik dalam satu tubuh. Begitulah perumpamaan hidup kembar siam Lupita dan Carmen Andrade, 22 tahun yang berkongsi satu pinggul serta saling berkongsi sistem reproduksi, hati dan salur darah. Meskipun dianggap unik dan menjadi perhatian masyarakat, dua gadis ini tetap cekal belajar, malah kedua-duanya bercita-cita ingin menjadi doktor haiwan.
Memetik laporan Today, dua saudara kembar siam kelahiran Mexico itu kini membesar di Connecticut, Amerika Syarikat.
Carmen dan Lupita mempunyai dua tangan dan masing-masing memiliki satu kaki. Carmen mengawal kaki kanan, sementara Lupita kaki kiri.
Di sebalik pandangan masyarakat terhadap golongan berbeza upaya di sana, Carmen dan Lupita sebenarnya memiliki kehidupan yang hebat. Seperti gadis muda yang lain, mereka juga keluar bersosial, menonton wayang, konsert dan melancong.
Malah meskipun ‘bercantum’ secara fizikal, Carmen mempunyai teman lelaki istimewa iaitu Daniel sejak tahun 2020!
Menurut Lupita, dia memahami naluri kembarnya dan selesa membiarkan Carmen bersama Daniel walaupun terpaksa mengikut mereka ke mana sahaja. Malah ketika keluar berjumpa, Lupita ibarat sahabat yang sangat dekat!
Dua beradik ini menjalani hidup yang bahagia dengan cara tersendiri. Keduanya gigih belajar dan menggenggam cita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan satu hari nanti.
Tidak terfikir untuk ‘berpisah’, mereka mengakui enggan menjalani pembedahan memisahkan tubuh kerana yakin kesan buruk terhadap nyawa salah satu atau kedua-duanya.
“Kami mendapat banyak pertanyaan tentang seks, bagaimana cara pergi ke kamar mandi dan hal-hal seperti itu. Tetapi ramai terlupa bahawa kami bukan hanya kembar siam, tapi manusia,” akhiri Carmen saat menjawab pertanyaan dari sesi wawancara bersama Today.
******************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.