Wah, besarnya mahligai yang bakal siap dibina milik usahawan Yatie Kamarzaman! Terpaku tengok keluasan rumah impian anak Bonda Rozita Ibrahim yang terletak di Sg Plong tersebut. Tak ubah seperti membina sebuah resort.

IKLAN

Walau belum siap sepenuhnya tapi dapat bayangkan betapa indahnya kediaman kakak kepada Dato’ Sri Aliff Syukri berkenaan. Berkongsi progress terkini pembinaan rumah idaman, Yatie atau nama sebenarnya Noor Hayati Kamarzaman memuat naik video di sekitar tapak rumah miliknya.

“Selepas 20 tahun, akhirnya dream home Kak Yatie dengan Mohamad Zaidi Aziz terlaksana. Selebihnya kami plan kepada investment insyaAllah. Bagi yang ada planning nak buat di tanah sendiri follow simple step ni.

InsyaAllah korang tak susah hati if kontraktor lari bila kerja tak siap, construction tak ikut spec atau lari budget. Yang ni baru 10% sahaja. Ikut timeline siap Disember 2024.”

“Akhirnya ‘Dream Home’ Kak Yatie Terlaksana,” Mahligai Mewah Anak Bonda Rozita Ibrahim Siap 2024!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn

Dalam pada itu, ibu dua anak perempuan ini turut menasihati mereka yang bakal membina rumah di tanah sendiri melakukan prosedur sepatutnya agar tidak ditimpa kesusahan pada kemudian hari.

Antaranya mencari arkitek dan lantik Structural & Civil Engineer, Quantity Surveyor, Mechanical & Electrical Engineer dan ahli profesional bertauliah lain.

Pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini mengambil masa dua dekad untuk membina kediaman impian.

IKLAN
“Akhirnya ‘Dream Home’ Kak Yatie Terlaksana,” Mahligai Mewah Anak Bonda Rozita Ibrahim Siap 2024!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
“Akhirnya ‘Dream Home’ Kak Yatie Terlaksana,” Mahligai Mewah Anak Bonda Rozita Ibrahim Siap 2024!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
“Akhirnya ‘Dream Home’ Kak Yatie Terlaksana,” Mahligai Mewah Anak Bonda Rozita Ibrahim Siap 2024!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn
“Akhirnya ‘Dream Home’ Kak Yatie Terlaksana,” Mahligai Mewah Anak Bonda Rozita Ibrahim Siap 2024!
Kredit Instagram @yatie_kmrzmn

Walau ramai bertanyakan mengenai rumah yang didiami sekarang cukup cantik dan selesa, namun Yatie nekad membina kediaman baharu.

“Asal rumah tu nama mak saya. Hakikatnya memang kami tumpang duduk sebab tu awal kahwin lagi kami simpan duit. Beli tanah di Sg Plong, kumpul sedikit-sedikit sebab planning dah tua nak stay sana.

IKLAN

Selepas 15 tahun duduk rumah sekarang, baru tukar nama sebagai hadiah. Tapi keinginan nak ada own home tak pernah pudar sebab itu yang kami plan.

Melihat kemampuan Yatie Kamarzaman turut membuatkan warga maya terinspirasi dengan kehidupan usahawan ini. Malah, mereka menjadikan Yatie sebagai sumber kekuatan untuk terus mengejar impian.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/pernah-duduk-setinggan-rumah-bocor-jutawan-bonda-rozita-ibrahim-akui-jadi-kaya-pun-ujian/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI