Walaupun semakin ramai wanita kini peka tentang kanser payudara tahap awal, masih ramai yang tidak tahu bahawa perjalanan sebagai survivor tidak berakhir selepas rawatan selesai.

Ramai pejuang yang telah melalui pembedahan, kemoterapi atau radioterapi meneruskan hidup tanpa panduan jelas, seolah-olah kisah mereka tamat di situ. Hakikatnya, untuk sesetengah pesakit, risiko kanser datang semula masih ada — senyap tetapi nyata.

Risiko Kanser Payudara Tahap Awal Berulang

Kajian menunjukkan pesakit kanser payudara tahap awal, khususnya tahap satu dan dua, masih berisiko menghadapi kemungkinan penyakit berulang dalam tempoh tiga tahun selepas rawatan utama. Malangnya, ramai tidak tahu perkara ini kerana isu kanser berulang jarang dibincangkan secara terbuka, sama ada antara pesakit, keluarga mahupun doktor.

Menurut satu Tinjauan Persepsi oleh Novartis, 69 peratus pesakit kanser payudara mengaku mereka bimbang atau sangat bimbang tentang risiko penyakit itu datang semula. Namun hampir separuh daripada mereka, iaitu 45 peratus, jarang memikirkannya kerana topik ini jarang disentuh semasa sesi rawatan susulan. Malah, 78 peratus pesakit serta 60 peratus orang awam sendiri mengakui kesedaran tentang risiko ini masih terlalu rendah di Malaysia.

Inisiatif Kesedaran Untuk Survivor Kanser Payudara

Melihat jurang besar ini, Project Girls 4 Girls Malaysia, OncoCare Cancer Centre di Thomson Hospital Kota Damansara dan Novartis Malaysia bergabung tenaga melalui satu inisiatif khas untuk menghidupkan semula perbincangan tentang risiko berulangnya kanser payudara tahap awal.

Cara Atasi Kanser Payudara Tahap Awal Daripada Berulang, Ini Panduan Penting Untuk Survivor!
Wakil daripada Novartis Malaysia dan G4G Malaysia bersama Dr Ben Yap Beng Khiong serta Dr Tan Gie Hooi

Presiden Serantau Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Membangun Asia, Sanjeev Balachandran berkata, sangat membimbangkan apabila kira-kira seorang daripada enam wanita dengan kanser payudara tahap dua dan tiga (HR positif HER2 negatif) berisiko mengalami penyakit berulang dalam tempoh tiga tahun. Beliau menegaskan bahawa kita mesti dan mampu lakukan lebih baik untuk para survivor dan keluarga mereka.

Ads

Soalan Penting Untuk Ditanya Kepada Doktor

Pakar Onkologi Klinikal, Dr Ben Yap dari OncoCare turut menekankan pentingnya pesakit bertanya tiga soalan utama setiap kali temujanji susulan dengan doktor, iaitu:

  1. Adakah saya berisiko untuk kanser ini berulang semula?
  2. Apa yang boleh saya lakukan untuk kurangkan risiko itu?
  3. Ujian apa yang saya perlukan dan seberapa kerap ia perlu dibuat?

Menurut beliau, walau hanya satu sel kanser tertinggal selepas rawatan, ia sudah cukup untuk mencetuskan risiko baru. Banyak faktor boleh mempengaruhi hal ini, daripada gaya hidup, tahap hormon hingga tindak balas badan terhadap rawatan terdahulu. Oleh itu, penting bagi pesakit untuk berbincang dengan doktor tentang pelan pemantauan yang sesuai serta melakukan pemeriksaan susulan secara konsisten.

==========================

Ads

Makanan sihat seperti kekacang antara snek diet terbaik untuk pesakit kanser payudara. Mula amalkan kekacang-kekacang yang kaya nutrien begini setiap kali lapar, pilihan Nona pastinya campuran kacang badam, kacang gajus, kacang tanah, kacang kuda dan kismis.

Pesan di sini: https://shopee.com.my/Mixed-Fresh-Nuts-types-500g-1KG-of-Walnut-almond-Gaju-black-raisins-golden-raisins-high-quality.-i.99346181.18681897647?sp_atk=96b3af75-7c9a-40df-aa08-a77b601a34c9&xptdk=96b3af75-7c9a-40df-aa08-a77b601a34c9

==========================

Ads

Pentingnya Penjagaan Susulan Dan Gaya Hidup Sihat

Lebih penting lagi, para survivor perlu tahu bahawa rawatan mungkin sudah selesai tetapi penjagaan diri dan pemantauan masih perlu diteruskan. Dengan sokongan komuniti, rakan seperjuangan dan keluarga yang memahami, perjalanan selepas kanser tidak perlu dilalui sendirian.

Melalui acara kesedaran yang dianjurkan oleh G4G dan Novartis ini, ramai peserta mendapat ilmu baru — bukan sekadar memahami risiko, tetapi juga bagaimana untuk kekal sihat dan proaktif dalam menjaga diri selepas rawatan kanser payudara tahap awal.

Langkah Proaktif Untuk Elak Kanser Berulang

  • Jaga pemakanan seimbang dan kawal berat badan.
  • Amalkan senaman ringan secara berkala.
  • Elakkan tekanan berlebihan dan dapatkan sokongan emosi.
  • Hadiri setiap sesi susulan dengan doktor secara konsisten.

Jika anda atau orang tersayang pernah melalui rawatan kanser payudara tahap awal, berbincanglah dengan doktor tentang risiko berulang. Untuk panduan lanjut, anda juga boleh muat turun aplikasi iCanCare di Apple App Store atau Google Play Store kerana perjalanan bebas kanser bukan sekadar tentang sembuh, tetapi tentang hidup dengan ilmu, tenang dan berjaga-jaga.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/yoona-girls-generation-bon-appetit-your-majesty/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads