Cara Mudah MANJA DIRI Hanya Dari Rumah, Walaupun Seharian Sibuk Di Pejabat! Jom Cuba

Kesibukan bekerja membuatkan kebanyakan wanita terpaksa melepaskan masa untuk memanjakan diri di pusat-pusat kecantikan. Momen menikmati urutan menenangkan, rawatan membersih dan menganjalkan kulit muka serta belaian rambut yang mengasyikkan kini hanya sekadar angan-angan dek kekangan masa yang ada.

Usah bersedih hati dan teruskan usaha menjaga kecantikan serta kesihatan tubuh badan dengan melakukan perkara yang biasa dilakukan di pusat kecantikan hanya dari rumah! Bahkan, boleh saja lakukan rawatan ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Berikut, kami kongsikan cara mudah yang boleh dipraktikkan di rumah untuk memanjakan diri anda.

Rawatan : Manicure

Apa yang diperlukan:

  • Satu mangkuk saiz sederhana
  • Kerusi dan meja
  • Bebola kapas
  • Cuticle stick dan krim
  • Pengetip kuku
  • Nail file
  • Tuala kertas
  • Sabun
  • Air suam

Info lain:

Ada juga yang suka menggunakan petrua tradisional untuk mendapatkan rias kuku yang cantik seperti merendam jari ke dalam campuran air dan limau nipis.

Rawatan: Pedicure

Apa yang diperlukan:

  • Satu mangkuk besar atau besen (lebih mudah jika terdapat tab mandi)
  • Tisu dan bebola kapas
  • Losyen pengelupasan
  • Losyen kaki
  • Pengetip kuku
  • Nail file
  • Sabun
  • Stoking
  • Tuala
  • Air suam

Info lain:

Hampas dari limau nipis boleh digunakan untuk menggosok tumit kaki yang merekah. Selepas digosok, gunakan losyen untuk melembutkan kulit kaki anda.

Rawatan : Wajah

Apa yang diperlukan:

  • Penanggal solekan
  • Pembersih wajah
  • Air panas
  • Mangkuk
  • Tuala
  • Bebola kapas
  • Penyegar wajah
  • Facial mask
  • Krim pelembap

Apa yang perlu dilakukan?

  • Langkah 1: Tanggalkan solekan
  • Langkah 2: gunakan pembersih wajah
  • Langkah 3: Masukkan air mendidih di dalam mangkuk dan wapkan wajah anda. Biarkan selama lima minit.
  • Langkah 4: Gunakan kapas dan penyegar untuk menanggalkan kotoran pada pori yang terbuka.
  • Langkah 6: Lekapkan facial mask
  • Langkah 7: Bersihkan wajah dengan sekata dan sapu krim pelembap.

Rawatan: Meditasi dan aromaterapi

Apa yang diperlukan:

  • Ruang di sudut
  • Cakera padat atau kaset yang mempunyai lagu-lagu ketenangan
  • Kusyen

Caranya:

Rehatkan minda dan tubuh untuk seketika. Biarkan anda dan teman menikmati saat yang seketika ini.

 

IKLAN
Share