Makan

Cara Simpan Biskut Raya Kekal Rangup, Tahan Lama Dengan 5 Tip Ini

Nak pastikan biskut raya kekal rangup dan tahan lama? Boleh ikut 5 tip cara simpan biskut kegemaran ini, save siap-siap supaya biskut tak lemau atau masuk angin menjelang Hari Raya nanti.

Hidangan biskut raya sememangnya menjadi kemestian di meja makan. Sesuai disantap sebelum juadah utama seperti ketupat, lemang dan rendang, biskut raya juga digemari oleh semua peringkat umur tak kira tua ataupun muda.

Namun selepas bekasnya dibuka, keenakan biskut raya lazimnya tak tahan lama. Jadi lemau dan masuk angin jika tidak disimpan dengan betul. Agar biskut anda tetap sedap dan rangup seperti baru dibeli, ikut 5 tip di bawah ini.

Terima kasih Shangri-La Kuala Lumpur

 

(1) Bekas Kedap Udara

Bekas simpanan kedap udara sama ada balang kaca atau plastik adalah pilihan terbaik untuk menyimpan biskut raya. Pastikan bekas ini benar-benar kering sebelum digunakan. Elakkan bekas dari material kotak atau kertas.

(2) Tempat Simpanan

Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Kelembapan atau suhu tinggi akan membuatkan biskut raya lembap dan rosak. Sebaiknya simpan di dalam rak dapur atau almari yang sejuk dan kering.

 

Terima kasih Cinta G4z4 Malaysia

 

Terima kasih FJ Benjamin (M) Sdn Bhd

 

(3) Asingkan Jenis Kuih

Biskut dari jenis yang berbeza sebaiknya disimpan dalam bekas yang berbeza. Ini dapat mencegah biskut yang bertekstur rapuh menjadi hancur kerana tertekan dengan biskut yang lebih keras.

(4) Dinginkan Biskut Sebelum Disimpan

Sebelum disimpan, pastikan biskut yang baru dibakar benar-benar dingin. Menyimpan biskut yang masih hangat ke dalam bekas akan membuatkan wap air terperangkap dan merosakkan rasanya.

(5) Masukkan Silica Gel

Selain menggunakan bekas kedap udara, anda juga boleh memasukkan silica gel ke dalamnya. Ia mampu menyerap kelembapan di dalam bekas. Pilih silica gel yang khusus untuk makanan (food grade) agar selamat untuk penyerapan.

Silica Gel

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/dari-jual-dessert-kecil-kecilan-di-rumah-siti-hajar-kini-tauke-coklat-di-suka-dessert-cetus-inspirasi/

 

Sumber: CNBC

IKLAN
Share