Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah gambaran yang boleh dikatakan pada Siti Jamumall yang seakan-akan mendapat rezeki terpijak. “Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian perasaan pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall yang mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, semalam.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya. Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
Ads
Ads
Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
Ads
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya. Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Melayu di pawagam rata-ratanya dikategorikan filem yang ditonton ‘secara tak sengaja’. Dah takde cerita lain. Dapat tiket percuma. Bukan tak ingin menyokong, tapi muak sebenarnya melihat jalan cerita yang suka digarap secara tidak bijak. Isinya hambar, kosong, langsung tak menguji fikiran!
Tapi Tombiruo lain dari yang lain. Kisahnya bukan stereotaip dan bikin penonton saspens dari awal sampai akhir. Pendek kata, ramai yang keluar pawagam dengan senyuman puas hati!
Mungkin kerana faktor inilah, filem tersebut berjaya mencuri hati penonton yang dahagakan genre aksi yang berkualiti. Bangkit tepat pada masanya, Tombiruo: Penunggu Rimba terus menghangatkan pawagam dengan kejayaan kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 12 Oktober lalu.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Firdaus Hussamuddin berkata, beliau terkejut dengan penerimaan peminat filem Melayu terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.
“Sebenarnya saya terkejut dengan penerimaan masyarakat kerana filem genre begini biasanya susah diterima. Bagi mereka yang masih belum menonton Tombiruo, tak rugi menonton filem yang rare ini,” katanya.
Dalam laporan sebelum ini, karya yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul sama tulisan Ramlee Awang Murshid itu berjaya mencatat kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.
Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.
Filem aksi itu dibarisi pelakon mantap terdiri daripada Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.
Tombiruo diarahkan oleh Seth Larney bersama pengarah bersekutu, Nasir Jani dan menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Norzalina Mohd Alias
Pejam celik, usia perkahwinan pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sudah pun menjangkau 14 tahun. Lebih sedekad bergelar suami isteri, kedua-duanya semakin bahagia dan matang melayari alam rumah tangga. Meskipun Zahiril dan Shera cukup dikenali dalam industri seni namun pasangan romantis ini selesa menjalani hidup ‘low profile’.
Sepanjang perkahwinan, jarang dengar cerita kurang enak mengenai mereka. Cukup bijak menjaga privasi keluarga, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob akui tumpuannya kini lebih terarah kepada suami dan anak tunggal.
Apatah lagi sejak berkahwin, wanita berusia 38 tahun tersebut mengambil keputusan untuk memperlahan aktiviti seni demi keluarga tersayang. Sebelum berkahwin, Shera juga seorang pelakon dan pengacara televisyen.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-14 pada 20 November lalu, Zahiril tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. Sambil memuat naik momen indah di samping isteri tercinta sepanjang menjadi suami isteri.
“14 years through thick and thin. I won’t stop loving you. Thanks for choosing me every day, even on the days I wouldn’t choose myself. Happy anniversary, love Shera Aiyob.”
Shera sah bergelar suri hati Zahiril Adzim pada tanggal 20 November 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
Baru-baru ini Nona berkesempatan bertemu Zahiril dan Shera dalam majlis pelancaran butik terbaharu Siti Khadijah di Bangsar. Mengulas situasi semasa berkaitan pasangan selebriti yang berkongsi kemelut rumah tangga di media sosial, suami isteri ini memilih untuk enggan campur tangan.
“Saya dengan Shera ambil pendekatan yang kita tak campur kes siapa-siapa (selebriti). Satu, sebab kita ada rumah tangga yang kita nak kena jaga dan lebih baik kita jaga rumah tangga kita. Instead of kita sibuk pasal orang ni dan orang tu.
Kita ambil tahu isu tu tapi kita fikir, jangan cakap pasal orang, baik kita jaga diri sendiri.”
Sebagai isteri, Shera cuba untuk tidak memburukkan pasangan jika diuji. Katanya, “Dalam mana-mana rumah tangga sekalipun memang akan ada pasang dan surutnya. Cuma cabaran kita pada zaman kini ialah kita mempunyai sosial media.
Handphone tu ada dekat tangan kita jadi kita kadang-kadang bila terlalu emosi, kita susah nak kawal perbuatan kita.
Jadi sebab itu, saya kalau ada rasa tak puas hati ke apa, saya akan fikir banyak kali. Handphone tu memang ada dekat tangan kita tapi should I tulis benda ni?
Walaupun kadang-kadang sakit tu, kita kena tahan. Dekat dunia ni memang tempat manusia diuji. Tapi kalau kita dah tulis tu (di media sosial) apa kesudahannya? Kepuasan? Lepas tu? Ia tidak ada solution.”
Diaju reaksi apabila suami bergandingan dengan pelakon wanita, ini jawapan jujur Shera Aiyob.
“Dengan siapa sparing dia tu, mostly yang saya kenal dan memang saya dah biasa dan saya sangat menyokong apa yang suami saya buat.”
Bercerita sama ada dia mahu kembali aktif berlakon, suri hati Zahiril ini memberitahu buat masa ini keutamaannya adalah suami dan anak.
“Saya terikat dengan rutin saya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Jadi, saya yang uruskan hal rumah, hal anak. Saya ada buat je shooting untuk raya, cuma untuk episod yang panjang, tu yang akan saya fikir balik. Tapi suami takda tak bagi shooting ke apa. Boleh je cuma priority saya buat masa sekarang ni membesarkan anak.”
Mengimbas kembali pembabitan Shera dalam industri seni, dia mula aktif berlakon sekitar tahun 2007.
Antara karya yang pernah dibintangi Shera termasuklah filem Karak, Juvana, Perempuan Paling Bahagia dan Duri.
Selain aktif dengan kerjaya lakonan, Zahiril Adzim turut mengusahakan label pakaian miliknya iaitu Bobby San Supply.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak disenangi banyak pihak.
Pada Ahad petang, Nurul Izzah mengumumkan bahawa dia tidak lagi memegang jawatan itu selepas dilantik sendiri oleh bapanya pada bulan lalu.
“Saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” ujarnya menerusi satu kenyataan.
“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican mengundang saya menyertai sekretariatnya bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.
“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.
“Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan Marican beserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Anwar pada 29 Januari lalu mengesahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri bulan lalu. Menurut Anwar, beliau mempelawa anaknya itu untuk menjawat jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Walaupun begitu, beliau tidak membayar apa-apa elaun kepada Nurul Izzah untuk jawatan tersebut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.