Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac lalu, banyak kisah tragik dikongsi media tentang hidup sengsara wanita bergelar isteri.

Antara kes yang menggemparkan masyarakat ialah kisah tragik yang menimpa seorang wanita berusia 40 tahun yang teruk dibelasah suaminya.

IKLAN

Selepas laporan polis dibuat, suami wanita itu, seorang penganggur berjanji untuk berdamai dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Lelaki itu sebaliknya, apabila pulang ke rumah, bertindak menikam isteri serta bapa mangsa sebelum menggantung diri.

Tragedi Pukul Isteri Sepanjang Tabir PKP, Laporan Siasatan Mangsa Ini Cukup Mengejutkan!

WANITA KETAKUTAN

Berikut ulasan ringkas Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Bukit Aman, Superintendan Siti Kamsiah Hassan.

TEMPOH: 18 Mac – 30 April (44 Hari)

526 kertas siasatan telah DIBUKA

JENIS JENAYAH

  • Ugutan Jenayah (Seksyen 506 Kanun Keseksaan)
  • Mendatangkan Cedera Tanpa Senjata (Seksyen 323KK)
  • Kes-kes lain seperti mendatangkan cedera parah dan khianat

PUNCA BERKAITAN PKP

  1. Tiada akses line telefon.
  2. Tidak dapat keluar rumah.
  3. Tiada pengangkutan awam.
  4. Kurang pergaduhan kerana pasangan duduk di rumah.
  5. Tiada pergaduhan melibatkan isu cemburu di tempat kerja, isu isteri balik lewat sehingga tidak masak atau isu pihak ketiga seperti wanita lain dan ipar-duai.

PUNCA TIDAK BERKAITAN PKP

  1. Perselisihan faham isu kekeluargaan 45%
  2. Penyalahgunaan dadah 20%
  3. Masalah kewangan 10%
  4. Masalah lain (mabuk, cemburu, panas baran dan perebutan harta) 25%

Tragedi Pukul Isteri Sepanjang Tabir PKP, Laporan Siasatan Mangsa Ini Cukup Mengejutkan!

PENYELAMAT MANGSA KEGANASAN

IKLAN

Di sebalik jalur kisah menyayat hati menimpa suri rumah tangga ini, banyak pihak sedia menghulurkan bantuan bagi membawa mereka yang terperangkap dalam penderitaan seperti ini untuk keluar daripada cengkaman keganasan suami.

(1) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Di pihak KPWKM, khidmat panggilan telefon dan WhatsApp Talian Kasih menerima 353 pertanyaan dan aduan kes keganasan rumah tangga sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac 2020 hingga 25 April 2020.

(2) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JAKIM menerusi talian MyCareCov19 menerima 841 panggilan masuk dan 136 pesanan menerusi e-mail daripada mereka yang berdepan masalah keganasan rumah tangga sepanjang tempoh 13 April hingga 27 April.

IKLAN

Panggilan berkaitan urusan akad nikah, cerai dan rujuk mendominasi panggilan masuk.

“Terdapat kes di mana si suami melafazkan talak pada isteri ketika PKP dan mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya (rujuk semula), jadi kita beri panduan sewajarnya.

Selepas tamat PKP kes mereka boleh dirujuk di mahkamah syariah,” kata Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof.

(3) Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA)

Menerima 234 panggilan telefon dan mesej pada minggu ketiga April, iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding minggu-minggu sebelum pelaksanaan PKP.

Antara aduan keganasan rumah tangga yang diterima ialah kes seorang isteri dikurung, dipukul dan dicekik pasangan sepanjang PKP selain kes lain seperti penderaan seksual atau isteri ‘dirogol’ suami sendiri.

Sumber: BERNAMA & Sinar Harian

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI