Ads
Home Berita ‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

Ads

Soalan: Bagaimana seorang wanita Muslimah boleh mengelakkan pembaziran ketika membeli keperluan hari raya? Apatah lagi kini terlalu banyak barangan online dijual di sosial media seperti baju, kasut, beg tangan, dan sebagainya. Apakah tip-tip yang boleh diamalkan agar kita sentiasa beringat dan menjadi seorang Muslimah yang tidak boros, suka bersaing dan menunjuk-nunjuk. Mohon Ustazah berikan pencerahan.

Ads

Jawapan: Pembaziran diambil dari kalimah bahasa Arab iaitu “Bazzara, Yubazziru, Tabzira” bermaksud membazir atau boros. Dari sudut syarak bermaksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’:27)

‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

Tidak dinafikan, zaman kini segala belian hanya dihujung jari. Saya sarankan agar kita menggunakan konsep “BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK”. Biarlah kita menjadi umat sederhana yang tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam semua hal.

Dalam masyarakat Islam, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Sebagaimana kelazimannya apabila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka ramailah yang sibuk membuat persiapan seperti menyediakan keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman serta bermacam lagi.

Walau macam mana sibuk pun, janganlah kita lupa kewajipan terhadap Allah SWT khususnya di akhir Ramadan iaitu membayar zakat fitrah. Ia kewajipan dan pelengkap ibadat puasa serta penutup kecacatan yang berlaku ke atas ibadat puasa yang dilakukan.

‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

Ads

‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

Sentiasalah bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan membazir contohnya dalam menyambut Hari Raya. Jangan terlalu ikut hati sehingga berbelanja lebih dari kemampuan dan menyusahkan diri. Jangan jadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran.

Ads

5 tip berikut dapat membantu anda agar tidak boros dalam persiapan hari raya:

  1. FAHAMI TUJUAN SEBENAR HARI RAYA – Bagi meraikan kejayaan hamba-hamba Allah SWT yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Maka, sambutan itu biarlah atas landasan agama dan menjadi ibadah.
  2. ELAKKAN PERSIAPAN SAAT AKHIR – Sehingga larut malam menyebabkan ada yang tidak sempat menunaikan solat Subuh dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri kerana tidak terjaga dan keletihan.Persiapan saat akhir menyebabkan kita rambang mata sehingga membeli barang-barang yang tidak perlu.
  3. HIDUPKAN MALAM MENJELANG RAYA DENGAN DOA, ZIKIR & LAUNGAN TAKBIR – Pada malam raya pertama disunatkan untuk melaungkan takbir seterusnya membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
  4. FOKUS PADA PAGI RAYA PERTAMA – Disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri, bukannya mandi seperti hari-hari biasa. Disunatkan juga memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menyarungkan pakaian paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias dan kemas. Sebelum ke masjid disunatkan memakan kurma dengan bilangan ganjil yang merupakan amalan Rasulullah SAW.
  5. AMALKAN ZIARAH – Boleh bertukar juadah bagi menyatukan tali persaudaraan setelah lama tidak berjumpa. Sudah tentu amalan menziarahi kaum keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk bermaafan dan mengeratkan silaturahim.
  6. MENJAGA BATASAN DALAM PERHUBUNGAN – Elakkan daripada dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan hukum syara’ dan berdosa seperti bersalaman dengan bukan mahram, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Ia tidak mendatangkan berkat seterusnya menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima Allah SWT dan mendapat rahmat, keberkatan serta keampunan dari Yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal’alamin.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI