Siapa yang tak kenal dengan Shiha Zikir bukan? Selain dari menyanyi, Shiha juga berbakat dalam bidang lakonan, host dan komedi. Shiza juga memang dikenali seorang personaliti yang sangat merendah diri dan cukup komited dengan kerjayanya.
Malah Shiha juga merupakan seorang usahawan yang turut sama mempunyai rangkaian bisnesnya; yang terdiri daripada bisnes kanta sentuh dan kosmetik.
Dan kini Shiha Zikir melangkah lagi ke hadapan dengan menceburi bidang penyediaan makanan pula apabila baru-baru ini Shiha mengumumkan yang dirinya kini pemilik sebuah restoran nasi ayam yang diberinama Shiha Zikir Nasi Ayam.
Secara rasminya dilancarkan semalam, restoran yang dinamakan sebagai Shiha Zikir Nasi Ayam itu dibuka di sekitar The Lux by Infinitum, Kampung Baru KL, dan beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.
Ads
Menurut pelantun lagu Irama dan Aewo itu, restorannya itu bukan saja menampilkan hidangan nasi ayam tetapi berpuluh lagi menu untuk dipilih seperti sotong & udang KamHeong, udang Buttermilk dan macam-macam lagi.
Tahniah NONA ucapkan kepada Shiza, semoga rezeki Shiha semakin melimpah ruah selepas ini.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis istiadat pertabalan Raja Charles III dan Ratu Camilla dijangkakan bakal berlangsung pada 6 Mei 2023 ini. Antara yang hangat diperkatakan adalah sebuah kereta kuda emas yang bakal dinaiki pemerintah Inggeris tersebut pada hari bersejarah mereka.
Menurut Reuters, terdapat dua buah kereta kuda yang bakal digunakan namun yang paling menjadi perhatian adalah kereta kuda bersalut emas bernama Gold State Coach.
Gold State Coach merupakan kereta kuda berusia 260 tahun. Menurut portal rasmi Kerajaan Inggeris, ia merupakan kereta kuda ketiga tertua di sana yang masih bertahan hingga sekarang.
Kereta kuda berwarna keemasan ini hakikatnya bukanlah diperbuat daripada emas tulen sepenuhnya.
Menurut Kurator Seni Dekoratif di Royal Collection Trust, Sally Goodsir, pihaknya banyak menerima pertanyaan tentang ketulenan kereta kuda emas itu.
“Kami seringkali menerima pertanyaan, adakah Gold State Coach benar-benar diperbuat daripada emas tulen. Sebenarnya tidak. Logam emas itu sifatnya sangat lembut dan berat, tak sesuai dijadikan kereta. Jadi Gold State Coach sebenarnya terbuat daripada kayu bersadur emas.”
Kereta kuda emas sepanjang 7 meter ini mempunyai keberatan sekitar 4 tan. Sebanyak 8 ekor kuda diperlukan untuk menarik kereta kuda itu bergerak.
Gold State Coach akan dinaiki oleh Raja Charles III dan Ratu Camilla dari Gereja Westminster Abbey menuju Istana Buckingham, usai istiadat pertabalan di Westminster Abbey.
UKIRAN MEWAH
Sebagai kenderaan antik yang sudah berusia dua abad, rekaan kereta kuda emas ini sememangnya mewah dan penuh makna.
Ia dihiasi patung triton besar di setiap roda sebagai simbol pemerintahan yang baik. Patung triton tersebut diperbuat daripada kayu kenari yang dilapisi emas.
Bahagian kereta kuda pula diperbuat daripada kayu berlapis emas yang diukir seperti pohon palma membingkai bahagian pintu dan jendela kereta. Lukisan dewa-dewi Roman menghiasi badan kereta sebagai simbol keupayaan manusia.
Pada bahagian atap kereta kuda, terdapat kayu berlapis emas berukir mahkota British Imperial Crown. Patung mahkota itu dipegang oleh tiga patung anak-anak yang menggambarkan kerajaan Inggeris, Scotland dan Ireland.
Gold State Coach hanya digunakan pada acara-acara rasmi Kerajaan Inggeris. Ia pernah digunakan pada 1762 oleh Raja George III sempena upacara Pembukaan Parlimen Inggeris.
Kereta kuda yang sama juga pernah digunakan untuk upacara pertabalan Raja William IV pada 1831. Ratu Elizabeth II juga pernah menaikinya pada upacara yang sama pada tahun 1953.
Nampak mewah tapi hakikatnya kurang selesa. Itulah yang diakui sendiri oleh Ratu Elizabeth II dalam sebuah filem dokumentari pada tahun 2018. Mendiang Ratu Elizabeth II mengatakan bahawa perjalanannya dari Istana Buckingham menuju Westminster Abbey terasa sungguh buruk kerana kereta kuda ini tidak selesa dinaiki.
*****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*****************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pizza Hut melancarkan inisiatif CSR: ‘Hut to Heart’. Fokus inisiatif jangka masa panjang untuk melawan punca ketiga kematian yang utama di Malaysia iaitu kanser.
Dengan keinginan untuk mencari cara yang bermakna untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, Pizza Hut mahu memberikan impak besar kepada komuniti. Ketika Pizza Hut meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun ini, inisiatif CSR ‘Hut to Heart’ dianjurkan.
Inisiatif ‘Hut to Heart’ bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjalani hidup yang lebih gembira, sihat dan bebas kanser bersama mereka yang tersayang serta masyarakat.
Justeru, Pizza Hut ingin membantu dalam mengurangkan kes kanser di kalangan rakyat Malaysia dengan melabur ke arah meningkatkan kesedaran terhadap ujian pengesanan dan akses kepada rawatan.
Di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’, ada dua projek yang telah dikenal pasti iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan kerjasama Hospital Sultan Aminah di Johor.
Pizza Hut juga akan memulakan usaha mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan pemeriksaan awal secara percuma kepada 1,000 orang wanita di kawasan pedalaman.
Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pelbagai jaringan seperti menu istimewa Pizza Hut, kotak derma di cawangan-cawangan Pizza Hut selain kerjasama dengan para pembekal dan vendor. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Latif Romly dan Datin Nabila kini bergelar ibu bapa! Tiga tahun melayari alam perkahwinan dan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata akhirnya impian pasangan romantis ini tertunai dengan kelahiran bayi perempuan pasangan berkenaan pada pertengahan Januari lalu.
Datin Nabila atau nama penuhnya Nurul Nabila Farhana Musaidi memberi ‘hint’ sedang berbadan dua sekitar Oktober 2025 apabila dia memuat naik gambar ketika bercuti bersama Datuk Latif di sebuah pantai peranginan yang jelas menampakkan baby bump!
Lebih menguatkan lagi khabar tersebut apabila dia turut menulis kapsyen ‘Mommy & Daddy’.
Terbaharu, Datuk Abdul Latif Romly berkongsi berita gembira mengenai isteri tercinta yang selamat melahirkan zuriat sulung mereka di media sosial miliknya.
Kongsi atlet paralimpik ini, “Syukur alhamdulillah my wife selamat melahirkan baby girl pada 16/1/2026 jam 11.45 pm di Hospital KPJ Perlis.”
Daripada foto yang dikongsikan tersebut, kelihatan Datin Nabila tersenyum sambil memangku bayi mereka ditemani Datuk Latif Romly di sisi.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Perlis berkenaan cukup teruja menggalas tanggungjawab seorang bapa dan tidak kekok melayan permata hati kesayangan.
Datuk Latif Romly dan Datin Nabila mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2022. Mereka dikatakan mula berkenalan sejak di bangku sekolah dan berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga Datuk Latif dan Datin Nabila.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.