Ceburi Bidang F&B Pula, SHIHA ZIKIR Ligat Besarkan Bisnes Kini Pemilik Restoran Nasi Ayam

Siapa yang tak kenal dengan Shiha Zikir bukan? Selain dari menyanyi, Shiha juga berbakat dalam bidang lakonan, host dan komedi. Shiza juga memang dikenali seorang personaliti yang sangat merendah diri dan cukup komited dengan kerjayanya.

Malah Shiha juga merupakan seorang usahawan yang turut sama mempunyai rangkaian bisnesnya; yang terdiri daripada bisnes kanta sentuh dan kosmetik.

Dan kini Shiha Zikir melangkah lagi ke hadapan dengan menceburi bidang penyediaan makanan pula apabila baru-baru ini Shiha mengumumkan yang dirinya kini pemilik sebuah restoran nasi ayam yang diberinama Shiha Zikir Nasi Ayam.

Secara rasminya dilancarkan semalam, restoran yang dinamakan sebagai Shiha Zikir Nasi Ayam itu dibuka di sekitar The Lux by Infinitum, Kampung Baru KL, dan beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.

Menurut pelantun lagu Irama dan Aewo itu, restorannya itu bukan saja menampilkan hidangan nasi ayam tetapi berpuluh lagi menu untuk dipilih seperti sotong & udang KamHeong, udang Buttermilk dan macam-macam lagi.

Tahniah NONA ucapkan kepada Shiza, semoga rezeki Shiha semakin melimpah ruah selepas ini.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share