Terpegun melihat kecantikan ratu sinetron Indonesia, Meriam Bellina ketika percutian beliau di Pantai Katembe, Indonesia baru-baru ini. Pada usia mencecah 58 tahun, beliau masih tetap langsing dan awet muda, sama menawan seperti zaman kegemilangannya!
Tuntutan untuk kekal cantik sememangnya penting buat wanita yang berkecimpung dalam industri hiburan. Rupa paras menjadi aset dan punca rezeki agar terus relevan dalam pasaran yang diceburi.
Meriam Bellina terkenal cantik dari zaman 80-an
Wajah wanita Belanda-Sunda ini persis mendiang Lady Diana
Sejak dulu kerap menghiasi iklan dan cover majalah
Ads
BUAT RAWATAN
Membuat rawatan estetik antara alternatif terbaik pada zaman ini untuk mendapatkan hasil yang diingini. Seperti dalam perkongsian Meriam Bellina, beliau sendiri rajin berjumpa pakar kulit di Klinik Dermapro Jakarta bagi menegangkan muka.
Nampak menyakitkan tapi tidak, inilah hasil sebelum dan selepas rawatan ‘tarik benang’ yang dilakukannya. Banyak perbezaan ketara, bukan?
Hasil rawatan ‘tarik benang’ di Dermapro
SEPARUH ABAD
Ads
Sejak remaja, wanita berusia 57 tahun ini sudah bergiat aktif sebagai model dan membintangi pelbagai filem serta sinetron popular di Indonesia. Tidak hairanlah jika beliau merupakan salah seorang anak seni tercantik pada zamannya, mirip mendiang Lady Diana!
Sejak tahun 1981, Meriam Bellina sudah menceburi bidang seni dan masih aktif sampai sekarang. Menariknya, penampilan fizikal wanita separuh abad ini seakan tak berubah, malah kelihatan semakin awet muda dan bergaya.
Kalau melihat foto-foto beliau ni, macam tak sangka Meriam Bellina dah cecah usia emas. Kulitnya masih licin dengan riasan mekap sesuai usia serta fesyen terkini. Cantiknya!
Ads
Wanita Indonesia cukup terkenal dengan amalan tradisional seperti menjaga pemakanan, mengambil jamu serta mengekalkan gaya hidup cergas untuk kekal cantik. Tak hairanlah Meriam Bellina sentiasa nampak muda, malah dengan bantuan rawatan estetik menambah lagi pesona auranya sebagai bintang seni legenda.
Dilahirkan di Bandung, Indonesia pada 10 April 1965, Meriam Bellina bertuah dilahirkan dalam keluarga campuran Belanda-Sunda. Ibu anak dua ini juga pernah bertugas sebagai pramugari untuk Garuda Indonesia.
Paling penting, jadikan kegembiraan diri sendiri sebagai perkara paling utama dalam hidup ini. Berfikir positif dan ceria selalu!
Foto: Instagram @bellinamer
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini kita asyik dengar orang bercakap tentang Intermittent Fasting. Benarkan berpuasa dengan cara ini boleh buat kita kurus dengan cepat? Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air. Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.
7499031 – food pyramid turn into pie chart against white background
Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Namun, keistimewaan intermittent fastingini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;
The 16/8 Method
Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.
Eat-Stop-Eat
Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air. Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki. Kaedah ini menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut. Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta defisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.
The 5:2 Diet
Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa. Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.
Tip Berjaya Dalam Intermittent Fasting
Banyak minum air kosong untuk mencegah dehidrasi sepanjang masa Intermittent Fasting.
Dicadangkan untuk mula diet puasa ketika waktu malam yang memudahkan untuk berpuasa dalam waktu tidur.
Sentiasa berpesan berpuasa bukan bermakna menahan lapar tetapi memberi tubuh berehat daripada sebarang aktiviti pencernaan.
Digalakkan untuk mula diet puasa ketika anda sedang sibuk dengan tugasan agar dapat melupakan sebentar tentang pengambilan makanan.
Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum betul dengan isteri Akim Ahmad, Stacy! Mana tidaknya, sejak berkahwin bukan saja rajin masuk dapur malah bijak urus keluarga. Sepanjang lapan tahun melayari rumah tangga dengan suami tercinta nampak perubahan penyanyi kelahiran Sabah ini yang lebih kepada keibuan.
Tak dinafikan, sejak bergelar isteri dan ibu, makin terserlah skill memasak Stacy. Macam-macam juadah yang disediakan pelantun lagu Pelangi Senja ini untuk keluarga tersayang. Untung Akim!
Baru-baru ini nama Stacy kembali menjadi bualan selepas dia memenangi The Masked Singer Malaysia. Stacy yang menyanyi di sebalik kostum Bunga Matahari mendapat perhatian juri dan penonton dengan kelunakan suaranya.
Ibu kepada dua anak ini bersama sembilan peserta lain terdiri daripada penyanyi, pelawak dan pelakon terlibat dalam pertandingan itu. Antara yang turut terpilih menjadi finalis ialah Nabila Razali, Adinda, Naime dan Daniel Zaini.
Juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak sekadar ligat di pentas nyanyian. Bahkan dia juga sering berkongsi aktiviti khususnya video memasak bersama peminat.
Sekitar tahun 2020, anak seni ini menerusi bisnes Food by Mitet turut berniaga sajian Mi Ngiu Chap. Seterusnya mengeluarkan produk sambal sendiri iaitu Lado by Stacy.
Walau rutin harian tertumpu dengan urusan keluarga namun kerjaya seni tetap tak dilupakan. Stacy dan Akim muncul bergandingan dalam video muzik mereka Ritma dan Rima pada Januari lalu.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016.
Isteri Akim ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella Deluna Valentina dan seorang anak perempuan iaitu Eshaal serta anak lelaki Isa hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu ekonomi negara kembali menjadi perhatian sejak PKP 3.0 dilaksanakan. Namun saya paling tertarik melihat wajah Tehmina Kaoosji, pengacara program berbahasa Inggeris yang bukan saja cantik, tapi begitu memukau dan berpengetahuan tinggi.
Sejak mula mengenali wanita jelita kacukan Parsi-Cina ini, Nona sudah tertawan dengan ketinggian budi bahasanya.
Orangnya lembut, senang bertukar senyuman dan selalu cuba bercakap Bahasa Melayu meskipun kedengaran baku.
Tehmina Kaoosji atau Tehm, 37, adalah contoh personaliti media, pelakon dan ex-model iklan yang serba boleh.
Jika perasan, dulu wajahnya kerap menghiasi iklan-iklan komersial TV dan kini Tehm turut bergelar seorang pengacara berbahasa Inggeris di saluran Bernama dan TV3.
Rahsia kecantikan Tehm dikongsi secara eksklusif dalam video Bual Cantik ini. Banyak amalan dan tip yang boleh dipraktikkan ketika kita semua menghabiskan masa di rumah.
IMPIAN
Berasal dari Hyderabad, India, Tehm mempunyai kelulusan BA Mass Communication & Psychology dan IB English Literature.
Anak sulung daripada tiga beradik ini juga sangat meminati bidang seni persembahan.
“Ibu saya seorang rakyat Malaysia tetapi saya dibesarkan di Hyderabad, iaitu sebuah bandar Muslim di negeri yang penganut majoritinya adalah Hindu.
Saya berjinak-jinak dengan dunia modelling dan terpilih untuk menyertai Estee Lauder Model Search 2010 sewaktu bersiar-siar dengan adik di KLCC.
Itu membuka ruang yang lebih besar untuk diri saya. Saya dijemput menghadiri commercial casting, TVC dan iklan serta banyak peluang modelling.
Saya juga pernah menyertai Miss Universe Malaysia 2011 dan disenarai pendekkan sebagai TOP 20.” Tehmina Kaoosji
CARA PENJAGAAN DIRI
Menurut Tehm, semua perlu dirancang, diatur dan diuruskan dari awal. Kita mesti pandai meluangkan masa untuk kesihatan diri dan susun jadual sebaik-baiknya untuk memaksimumkan masa yang ada.
Saya suka bersenam, buat yoga yang ringkas untuk meregang dan menghilangkan stres serta menyediakan makanan sihat kerana saya selalu on the go.
Amalan multitasking sentiasa menjadi sebahagian diri ini. Saya akan menjawab e-mel, panggilan telefon dan mesej berkaitan kerja sewaktu dalam perjalanan berulang-alik ke mana-mana pun.
And in between everything, i try to get enough sleep! Hahaha…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan yang disegani ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia. Ketajaman fikiran dan kebijaksanaan figura ini mentadbir negara meraih perhatian pemimpin dunia. Tidak hairanlah Tun Mahathir diberi kepercayaan mentadbir Malaysia ...