Happy birthday! Menikmati percutian seisi keluarga di Bali, Indonesia baru-baru ini, usahawan yang juga anak Bonda Rozita Ibrahim serta kakak Datuk Seri Aliff Syukri tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 di destinasi percutian terkenal berkenaan.
Gemar melancong bersama keluarga tersayang, percutian Noor Hayati Kamarzaman ke Bali kali ini disertai dua anak perempuan dan ibu mertua.
Menginap di salah sebuah villa mewah di sana, pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini tidak menyangka menerima kejutan hari lahir daripada insan kesayangan.
Dedah Yatie, “Thank you Mohamad Zaidi Aziz (suami) walaupun dia tahu Kak Yatie jenis tak sambut birthday, dia tetap nak buat sebab sebagai tanda ingat katanya.
Akan jadi memori sebab masa tak boleh dibeli. Tapi kenangan boleh dicipta. Dan selebihnya belanja family.
Ads
Tahun ni terakhir sambut birthday angka 3 di depan. Meraikan angka 4 tahun hadapan insyaAllah. Alhamdulillah merasa pelbagai kenangan bersama.”
Lebih istimewa, kejutan birthday Kak Yatie diadakan di restoran eksklusif yang berlatar belakangkan keindahan hidupan coral. Memang indah sangat!
Selain gaya hidupnya yang sering menjadi perhatian, kisah kejayaan dan kediaman mewah Yatie juga menjadi bualan followers.
Apa tidaknya, mahligai indah Noor Hayati Kamarzaman ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.
Ads
Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar niaga tetapi juga kerana cita rasa wanita ini dalam menghias kediaman.
Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers teruja setiap kali dia memuat naik foto mahupun video kediaman.
Daripada rekaan ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik wardrobe sehinggalah bilik air, semuanya cukup mengagumkan. Malah, Yatie juga menata hias kediaman dengan rona putih bersih yang berkonsepkan klasik kontemporari.
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes, Marimar dan Rosalinda sekitar tahun 90an ini? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico tersebut nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri berkenaan hingga ke hari ini.
Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda meniti usia 50 tahun pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Jelitawan ini juga sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun. Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat! Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.
Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube! Terbaharu, klip videonya berjudul Tick Tock pula mencatat lebih 12 juta tontonan meskipun baru 2 bulan dimuat naik. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Kredit foto: Instagram Thalia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di antara aktiviti menyeronokkan kalau balik ke kampung adalah membelek album gambar. Bagi yang dah beranak-pinak, masa inilah nak tunjukkan pada anak-anak gelagat kita masa kecil-kecil dulu. Tak terlepas, usahawan dan jurusolek yang juga pempengaruh media sosial, MUABELLAZ berkongsi gambarnya yang penuh kenangan.
“Balik rumah Tok terjumpa gambaq kami masa 4 beradik.
Mahal gambar ni sebab Bellaz banyak gambar kecik-kecik ni gambar kedua ketiga Bellaz rasa.
Masa saya kecik, mulut merah tak lepas naa.
Macam Yusuf ada sikit, Aidil ada sikit, Eica pon ada…” MUABELLAZ
Tambahnya, gambar ini turut disertai arwah abangnya yang meninggal kerana demam panas. Bella sempat memohon peminat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah yang amat disayanginya.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian, ramai yang menyedari bakat Bella dalam solekan sebenarnya sudah tersemai sejak kecil.
Siap bergincu merah, kecomelan Bella dikatakan seiras anak-anaknya sekarang!
Nur Nabila Zulyadaini atau MUABELLAZ merupakan ibu kepada empat cahaya mata iaitu Iris Alisya, Aidil Mikhail, Ean Yusof dan Nur Aisywara Nealofa.
Sempena Hari Raya ini, Bella tak keberatan memenuhi hajat kami yang teringin memotretkan wajahnya dengan si comel sebagai penghias sampul digital Nona Mei 2023.
Terkenal dengan mata kelabu dan raut wajahnya yang comel, kecomelan Lofa yang baru menginjak usia 9 bulan jadi perhatian. Berkulit putih bersih dengan rambut ikal kecoklatan, anak bongsu Bella rupanya membesar dengan sihat kerana menyusu badan. Geram sungguh tengok telatah Lofa!
Tidak sukar membayangkan mengapa Pengasas Bellaz Beauty yang juga pempengaruh media sosial ini enggan berpindah ke bandar raya. Kampung ini ada jiwa di dalamnya, jauh daripada hiruk-pikuk kota, bunyi ekzos letup-letup, drama dunia… Bella lebih puas membesarkan anak-anak di sini.
“Saya seronok duduk kampung. Pahit manis, pengalaman hidup saya di sini. Bila dekat dengan famili saya rasa lebih selesa. Malah anak-anak pun saya ‘lepaskan’ mereka bermain, pergilah main selut, sauk ikan, lari-lari atas batas… biar mereka nikmati alam kanak-kanak macam saya ‘berlemuih’ dulu.” Bella
AIDILFITRI
Persiapan raya Bella, meriah tak? Tanya penulis sambil meninjau ke seluruh ruang bilik mekapnya.
“Jujurnya biasa-biasa saja, pakai apa yang ada. Beli tapi tak berlebihan.”
Tambah Bella, dia hanya membeli dua pasang baju raya saja untuk dipakai Syawal pertama dan kedua. Tapi yang penting menu juadah raya memang meriah, antara masakannya Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Kuih raya Cornflakes Madu buatan tangannya pun ada!
Berlatarkan Gunung Keriang, angin sepoi-sepoi dan lambaian dedaun nyiur, cerita hidup Bella seterusnya menjadi topik bicara kami.
“Saya ni tengok jer macam ni (gelak-gelak) tapi sebenarnya saya garang. Garang dan tegas yang bertempat. Sebelum anak nak keluar main, pastikan dulu kerja rumah dah siap kalau tak mahu dicubit.
Anak-anak boleh dapat apa yang mereka nak, tapi tidaklah selalu kerana saya ajar mereka erti kesusahan untuk mendapatkan sesuatu. Saya tak ajar mereka bermewah-mewah malah selalu kongsi kesusahan hidup saya dulu.
Dulu saya selalu ponteng sekolah. Kesusahan hidup masa tu sampai ke tahap terpaksa menjaga adik-adik seramai tiga orang bila Mak bersalin. Sayalah yang jaga adik, memasak. Saya tak mampu. Cikgu sampai faham, mereka pernah datang tengok situasi saya di rumah bila saya selalu tak ke sekolah.
Cikgu-cikgu berpakat nak tolong saya, sara biaya persekolahan saya. Memang sedih kalau diingatkan, banyak sangat pahit manisnya. Mereka bagi saya belanja duit makan dan tambang bas sekolah. Hari-hari mesti pergi pejabat guru dan ambil duit. Sehari RM3 sampai saya Tingkatan 5. Dan paling saya ingat Ustaz Muslan, dialah cikgu yang paling banyak ambil berat.” Bella
Perkara yang membuat Bella menangis?
“Adalah momen-momen yang saya teringat. Orang yang suka gelak-gelak ni banyak memendam. Sebab tu saya suka alam, supaya saya ingat siapa diri saya. Kadang-kadang bila saya tidur dalam aircond sejuk, teringat nikmat-nikmat yang Allah bagi, dulu susah tapi sekarang alhamdulillah.
Saya tanya diri saya, nikmat apa lagi saya nak? Semua dapat. Sampai menitik air mata sendiri. Ingat lagi pernah dihina, dikecam. Paling saya ingat sampai mati, kata-kata orang yang saya mekap macam n***s. Itu paling menusuk hati. Orang fitnah macam-macam, cancel booking makeup disebabkan fitnah tu. Mekap macam n****s, mekap tak cantik.
Masa tu saya bajet bila pelanggan bayar nanti, dapatlah saya pergi makan di Secret Recipe. Teringin nak merasa tapi tiba-tiba semua cancel. Allahu, sedih kalau diingatkan semula.” Bella
Merancang supaya legasi bisnesnya dapat diwariskan kepada anak-anak, Bella sejak awal lagi sudah merancang strategi kewangannya sebaik mungkin. Untuk perniagaan, dia mahu sentiasa diingati sebagai usahawan berjaya.
“Kita menangis kena menangis. Menangislah sepuas-puasnya tapi jangan lama-lama. Hidup hanya sekali, jadikan ia sebaik mungkin untuk diri kita dan orang sekeliling.” Bella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun ini masuk tahun ke-10 jelitawan Marion Rose Caunter Abdullah menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim dan isteri kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin. Mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak yang juga pewaris Naza Group pada 16 Disember 2010, Marion yang dahulunya merupakan pengacara, DJ dan model kini berstatus ibu kepada tiga orang anak.
Meskipun sudah beranak tiga namun pesona dan kecantikan Marion tetap memukau. Pendek kata, penampilan dan susuk tubuh wanita berusia 39 tahun ini kekal menawan.
Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak dan sempurna.
Lebih-lebih lagi saat mengenakan busana tradisi seperti baju kurung dan kebaya. Terserlah keanggunan anak jati Pulau Pinang ini.
Mengintai potret indah pada 1 Syawal lalu, penampilan Marion sekali lagi menjadi perhatian. Bukan hanya di kalangan warga net bahkan rakan-rakan artis turut mengagumi
kecantikan Marion yang terkenal dengan cita rasa fesyen mewah dan eksklusif.
Pagi 1 Syawal Marion sekeluarga memilih rona indah mint green. Sama seperti tahun lalu, Marion memilih rekaan busana dari label fesyen ternama, Fizi Woo. Tidak sahaja untuk
dirinya, bahkan Marion turut menempah kebaya dengan rona sedondon buat dua anak perempuan. Bagaikan peragawati di pentas peragaan, Marion berjaya menyerlahkan sisi anggun dalam persalinan yang dipakai.
Difahamkan silhouette kebaya Marion tahun ini diinspirasikan daripada 50s Vintage Collection Monsieur Christian Dior. Patutlah nampak mewah!
Memasuki 2 Syawal pula, Marion tetap memilih tema sedondon. Masih mengekalkan eleman busana tradisi kebaya, gaya hari raya kedua Marion tampil dengan corak berwarna-warni dan yang paling penting selesa. Kebaya mengikut susuk tubuh dengan ikatan kain ala pario ilham pereka fesyen Khoon Hooi nyata memukau pandangan.
Dengan bentuk tubuh ramping, penampilan Marion tampak sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Biarpun tanpa memakai aksesori rantai leher dan gelang tangan. Simple, yet elegant!
Kredit: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!