MasyaAllah, comelnya anakanda Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson! Putera sulung pasangan diraja ini kelihatan membesar sihat dan makin comel.
Ibunda kepada Tengku Muhammad Johan, Che Puan Sofie Louise Johansson menerusi perkongsian di media sosial miliknya memuat naik wajah terkini anakanda tersayang kepada umum.
Ujarnya, “December 2023 – Baby Johan is already 5 months old.”
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Tak dinafikan, rata-rata followers setianya termasuk dalam kalangan selebriti dan figura popular terpikat dengan wajah Tengku Muhammad Johan Petra.
Bahkan mereka turut memuji kecomelan bayi ini yang disifatkan seorang kanak-kanak yang ceria. Semakin menginjak usia, Tengku Muhammad Johan semakin mirip wajah bapanya Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra.
Ads
Pasangan diraja Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 17 Julai 2023.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anak saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Ads
Terdahulu, Che Puan Sofie Louise Johansson turut berkongsi foto memaparkan Sultan Kelantan mendukung bayi comel berkenaan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Pada 30 Julai tahun lalu, Che Puan Sofie memuat naik suasana kemeriahan majis akikah putera kesayangan.
Ads
Diadakan penuh adat di Istana Kota Lama, YTM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona biru lembut.
Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggiat media terkemuka Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mengenai pelantikan itu, hari ini.
“Sekalung tahniah buat sdr Suhaimi bin Sulaiman atas lantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak, BERNAMA, Astro Awani dan Media Prima.
InshaAllah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia.” katanya.
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI. Beliau juga pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak, Bernama dan Media Prima.
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Sumber: ASTRO AWANI | Kredit foto: Berita MCOBA
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Segalanya mesti berkeju, sos dituang meleleh, air manis campuran aiskrim dan aneka topping pelbagai warna, aduh… krisis kesihatan semakin membelenggu pemakanan masyarakat dewasa ni.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 melaporkan bahawa sebanyak 54.4 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, dengan lebih 2 juta terjejas dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.
Menurut Pendaftaran Dialisis dan Transplan Malaysia 2023, kes dialisis baharu di Malaysia berpunca daripada penyakit:
Prof Dr Wong Hin Seng, Pakar Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Pemindahan Buah Pinggang di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) memberi amaran bahawa obesiti bukan sahaja boleh mengundang diabetes atau tekanan darah tinggi, malah ia juga berisiko merosakkan buah pinggang seseorang walaupun tanpa kedua-dua penyakit tersebut.
“Buah pinggang umpama penapis semula jadi badan yang dapat membuang sisa dan cecair berlebihan, mengawal tekanan darah, dan mengimbangi elektrolit untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, organ yang banyak bekerja keras ini boleh terjejas akibat berat badan berlebihan,” jelasnya.
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Risiko obesiti bukan sekadar diabetes dan hipertensi. Ia mampu merosakkan buah pinggang dengan senyap, dan memberi kesan yang teruk. Prof Dr Wong menjelaskan bahawa obesiti boleh membebankan buah pinggang akibat keradangan kronik, tekanan oksidatif, peningkatan tekanan darah, dan penolakan insulin. Kesan ini boleh menyebabkan kebocoran protein dalam air kencing yang menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.
“Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan mempercepatkanproses kegagalan fungsinya. Apabila buah pinggang menerima tekanan yang berterusan, risiko berlaku kegagalan adalah lebih cepat,” tegas Prof Dr Wong.
Bagi mereka yang bergelut dengan obesiti, penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat dikesan di peringkat awal. “Apabila gejala ini muncul, misalnya bengkak atau keletihan, biasanya sudah terlambat untuk memperbaiki kerosakan,” jelas Prof Dr Wong.
Semakin ramai golongan muda di Malaysia mengalami kerosakan buah pinggang yang berkait dengan obesiti. Kajian NHMS 2023 juga menunjukkan bahawa 84 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes.
“Jika anda gemuk sejak zaman kanak-kanak atau semasa usia remaja, kesan negatif obesiti kepada buah pinggang boleh bermula sejak itu dan anda mungkin akan mengalami penyakit buah pinggang kronik apabila
berumur lingkungan 30-an hingga 40-an,” kata Prof Dr. Wong. Penyakit buah pinggang yang bermula sejak awal ini berisiko menjejaskan tahun-tahun paling produktif dalam kehidupan dan memberi tekanan yang ketara kepada keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan negara. Namun, dua daripada lima orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terdahulu,
Peningkatan kadar obesiti yang membimbangkan di Malaysia boleh dilihat pada perubahan besar dalam tabiat pemakanan dan pilihan gaya hidup hari ini. Diet tradisional yang kaya dengan serat dan bahan-bahan berkhasiat telah digantikan dengan makanan yang diproses dan minuman manis.
CEGAH OBESITI
“Obesiti bukan hanya mengenai berat badan, malahan ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ anda, terutamanya buah pinggang. Buah pinggang anda berfungsi selama 24 jam setiap hari, dan sudah tiba masanya untuk kita memberi penjagaan dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka,” simpulnya.