Tanggal 16 Jun menjadi saksi MK daripada kumpulan k-Clique selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Syeikh Nordin Syeikh Ahmad.
Ads
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat. Syukur dah jadi suami.
“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujarnya sejurus selepas selamat bergelar suami.
Ads
Pada majlis akad nikah, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 bersama seutas gelang tangan manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak. Pasangan pengantin memilih persalinan rona putih sedondon untuk meraikan majlis akad nikah yang diadakan pada pagi jumaat yang tenang.
Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah yang sama dari pihak pengantin perempuan. Pasangan ini juga bakal diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor hujung minggu ini.
Berita mengenai MK bakal bergelar suami mula bertiup kencang apabila tular video dan foto dirinya menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Tetapi MK mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial dan membuatkan para peminat tertanya-tanya siapakah kekasih MK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cinta Bollywood dan Hollywood! Dua artis antarabangsa terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang dilaporkan mula hangat bercinta sekitar Julai lepas disahkan telah melangsungkan majlis pertunangan mereka di Mumbai, India.
Pasangan ‘hot’ ini berkongsi berita gembira bersama peminat dengan memuat naik gambar sekitar majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing.
Priyanka yang kini berusia 35 tahun dan Nick, 25 ternyata gembira dengan keputusan mereka untuk bertunang. Bahkan, perbezaan usia 10 tahun juga tidak menjadi penghalang untuk melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi.
Nampaknya, selepas ini Priyanka dan Nick kena lah belajar budaya masing-masing supaya nanti tak adalah awkward sangat bila nak beramah mesra dengan ahli keluarga. Tak sabar nak tunggu berita perkahwinan pasangan ni pula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena ulang tahun kelima, WonderLab dan WonderDewi memperbaharui siri penjagaan kulit dengan memperkenal dua produk wajah baharu dan rumusan diperhalusi. Dirumus khas untuk rakyat dan cuaca Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menawarkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang.
Manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baru dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.
Barisan produk yang diperbaharui ini diumumkan ketika pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, sebuah acara jualan sementara di The Starhill Bukit Bintang, di mana khalayak ramai dijemput untuk mendalami pengalaman penjagaan kulit bersama aktiviti interaktif dan promosi eksklusif bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2024 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Sewaktu pelancaran, En. Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, menyatakan semangat beliau terhadap pencapaian hebat ini, “Sempena sambutan ulang tahun ke-5 ini, kami teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui ini.
Kedua-dua barisan produk yang baru dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaru yang mustahil tanpa teknologi paling terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan & kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia.
Pelancaran ini juga menggariskan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan kita.
“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda.
Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif.
Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” tambah En. Hoe.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menyampaikan formulasi terkini pra-penuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan.
Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral.
Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu.
Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).
“Ciptaan siri ini menggariskan lagi komitmen kami untuk menyampaikan solusi penjagaan kulit yang efektif dan padan dengan keperluan tempatan,” kata Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi.
Bahan-bahan utama kami—kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam—adalah bersumberkan terus dari Pulau Jeju di Korea. Bahan-bahan ini terkenal dengan kebolehan untuk menegang, menganjal, dan mencerahkan kulit.
Dengan mengambil kira cabaran tertentu cuaca panas dan lembap di Malaysia, kami memastikan produk kami memberi hasil yang ketara dan memenuhi keperluan kulit rakyat Malaysia.”
Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit.
Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat.
Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini.
Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah.
Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.
“Siri ini adalah kit permulaan yang sangat sesuai untuk remaja dan pengguna yang baru memulakan langkah pertama dalam dunia penjagaan kulit yang sering dilihat seperti terlalu mahal atau terlalu merambangkan mata.
Diperkaya dengan kelebihan Tecamin-CTM untuk melegakan, mencerahkan, dan menghidrasikan kulit, siri ini memberikan rutin penjagaan kulit yang mudah, efektif, dan berpatutan untuk semua,” kata Queenie.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Juga diumumkan sewaktu pelancaran, WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan boleh didapati di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19.
Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun iaitu pada 1 November 2022.
Berkongsi di Instagramnya, Che Ta meluahkan perasaan sayunya apabia melihat keadaan Aaisyah yang terbaring lemah akibat wabak tersebut.
“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana tetapi kesian sayang Mummy kena Covid-19.”
Namun begitu, Che Ta telah berjanji kepada puteri kesayangannya itu untuk mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran apabila Aaisyah sihat kelak.
“Dah sihat nanti kita sambut all out ye sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau.”
Para pengikut serta rakan-rakan artis mendoakan kesembuhan serta menitipkan ucapan hari jadi buat Aaisyah.
Semoga Aaisyah Dhia Rana cepat sembuh dan kembali ceria. Tak sabar nak tunggu momen sambutan birthday besar-besaran tu nanti.
Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana & Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.