Cendawan Kukur Dikomersilkan, 2 Beradik KERABAT PAHANG Imbau Nostalgia Kulinari Klasik

Cendawan kukur atau cendawan sisir sering tumbuh pada kayu reput terutama pokok kayu getah. Ia dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Cendawan kukur tumbuh meliar dan hidup selepas hujan. Maka tak hairanlah cendawan ini hanya boleh ditemui mengikut musim tertentu hingga ada ketikanya sukar diperolehi.

Dua beradik kerabat Pahang iaitu YM Tengku Roziah Binti Tengku Abdullah dan YM Tengku Datin Nazaziah Binti Tengku Abdullah menjadi antara pelopor produk makanan berasaskan cendawan kukur di Malaysia.

YM Tengku Roziah Binti Tengku Abdullah
YM Tengku Datin Nazaziah Binti Tengku Abdullah

Mereka turut dibantu oleh anak saudara iaitu Azera Abu Hussan. Asalnya, mereka memulakan bisnes ini dari rumah dalam skala kecil. Setelah melihat kepada sambutan yang sangat baik telah mendorong mereka untuk mengkomersilkan cendawan kukur di bawah jenama Royale Kukur.

Bersama team Royale Kukur yang komited.

Di samping itu juga, mereka ingin menjadi pengeluar utama di Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Kami telah berkecimpung dalam bidang pertanian hampir 10 tahun, sebelum memulakan langkah dalam penanaman cendawan kukur dan mengeluarkan produk jenama sendiri. Impian kami ingin menjadikan cendawan kukur produk makanan yang versatil, dan dalam masa yang sama, mendidik generasi baharu tentang makanan klasik yang kian dilupakan kini.

Kami berharap dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai kelebihan dan kebaikan cendawan kukur yang bukan sahaja sedap dijadikan hidangan, tetapi tinggi khasiat untuk kesihatan. Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti-oksidan serta menguatkan sistem imun.

Cabarannya untuk mendapatkan stok cendawan kukur yang mana kurangnya penanaman cendawan kukur berskala besar di Malaysia. Oleh itu, syarikat kami sedang mengusahakan ladang sendiri serta menawarkan kontrak farming dalam penanaman cendawan kukur. Cabaran lain ialah harga yang agak tinggi di pasaran,” kongsi Tengku Roziah. Royale Kukur dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera Impian Ramai F&B Sdn. Bhd.

Kelainan aromatiknya turut menjadikan cendawan kukur bahan yang unik untuk dijadikan produk makanan. Semua resepi lebih tertumpu kepada masakan Melayu seperti Dendeng, Masak Lemak dan Sambal Hijau mengikut selera rakyat Malaysia. Produk lain seperti Sup krim dan kari yang menepati selera sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara produk berasaskan cendawn kukur.

Perancangan syarikat untuk meluaskan lagi pasaran Royale Kukur ke seluruh dunia bagi memperkenalkan cendawan kukur sebagai cendawan Malaysia kerana ramai yang masih tidak mengenali keenakan dan kebaikannya. Pada masa yang sama, kami sedang merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan, minuman serta kesihatan dan kecantikan berasaskan cendawan kukur.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut layari Facebook dan Instagram Royale Kukur.

 

IKLAN
Share