Cik B Tak Dapat Kereta Mustang Untuk Birthday, DATO’ SERI VIDA Belikan Mercedes!

Ok nak tanya. Masa ulang tahun anda yang ke-13 apa yang anda impikan sebagai hadiah? Mungkin seutas jam, sepasang kasut ataupun paling mewah handphone, bukan? Ibu bapa pun mesti sibuk memikirkan hadiah apa yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Tapi, tidak menjadi masalah bagi usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida untuk memilih hadiah untuk puteri kesayangannya.

Dato’ Seri Vida memberikan kejutan kepada anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B  dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-13. Kenderaan jenama Mercedes Benz CLA 180 yang diterima oleh Cik B itu dianggarkan bernilai hampir RM200,000! Wow, untungnya jadi Cik B. Umur baru 13 tahun dah dapat hadiah kereta mewah.

Video dua beranak itu dimuat naik Datuk Seri Vida dalam instagram peribadinya dan mendapat perhatian netizen.

 

 

Walaupun sebelum ini, Cik B pernah menyatakan hasrat kepada ibunya itu memiliki sebuah kereta mewah jenama Mustang, tapi Cik B tetap gembira dengan hadiah pemberian ibunya itu. Tak dapat Mustang, Mercedes pun ok Cik B.

Dalam satu video, Cik B turut dilihat memandu sendiri kereta mewahnya di sekitar kawasan jualan gudang milik Dato’ Seri Vida walaupun masih belum mempunyai lesen memandu.

 

Sumber: Instagram Dato’ Seri Vida

IKLAN
Share