Kalau dulu mereka yang mampu menaiki pesawat udara ringan seperti helikopter cukup sinonim dengan golongan kaya-raya. Tapi kini, penyedia perkhidmatan pesawat udara ringan iaitu MIHARA Aviation mahu mengubah persepsi tersebut dengan menawarkan pengalaman di awan biru pada harga mampu milik.
Mengadakan soft launching pada awal Disember lepas, Aishah Radhiah Adanan selaku Ketua Pegawai Eksekutif berkata MIHARA Aviation ditubuhkan sekumpulan pengasas bersama dalam kalangan usahawan muda Melayu.
Ia mengambil inspirasi kebahagiaan dan ketenangan tanpa had di langit biru yang pada permulaan menyediakan khidmat penerbangan heli untuk orang awam.
Ads
“Apabila kita bercakap tentang helikopter, semua orang akan berfikir bahawa mereka tidak akan mendapat peluang untuk menaiki helikopter, di mana hanya orang yang kaya-raya atau mereka dari kedudukan kelas tinggi yang biasanya boleh mendapat akses untuk terbang dengan helikopter.
Kini, MIHARA Aviation mahu mengubah persepsi skeptikal itu dan memberitahu seluruh Malaysia bahawa kini semua orang mampu menikmati pengalaman menaiki heli dengan harga serendah RM298.”
Ads
Ads
Merancang lebih banyak perkhidmatan pada masa hadapan, Aishah berkata pihaknya juga bakal menawarkan servis sewa peribadi untuk penerbangan biasa atau penerbangan berasaskan acara tertentu seperti fotografi perkahwinan, pelancaran produk, penggambaran dan lain-lain.
Dalam pada itu, syarikat tersebut juga akan menawarkan pilihan perkhidmatan pengangkutan udara antaranya termasuk fixed wing, jet peribadi dan teksi udara untuk memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, bukan calang-calang hadiah! Untung Dini Schatzmann dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya popular dan kaya. Tetapi juga penyayang dan sentiasa berusaha membahagiakan pasangan. Terbaharu, kejutan istimewa Janna Nick terhadap Dini menjadi bualan dan viral di media sosial.
Apa tidaknya, hadiah yang diberikan pelantun lagu Gatal tersebut mencecah lebih RM900 ribu!
Rancangan Janna nyata menjadi apabila pelakon lelaki kacak berkenaan tidak dapat ‘menghidu’ pemberian isteri kesayangan. Sangka Dini, Janna mengajaknya untuk keluar dating tapi rupa-rupanya dihadiahkan pula kereta idaman.
Tampil mengenakan persalinan sedondon warna hitam, Dini sama sekali tidak menyangka menerima pemberian mewah itu memandangkan Janna pernah menyatakan rasa kurang setuju apabila Dini mahu membeli kenderaan yang diidam-idamkan selama ini.
Memuat naik momen istimewa itu, ujar Janna, “Dini just got a new car.”
Sementara itu, selebriti berusia 31 tahun berkenaan meluahkan rasa terkejut dan syukur.
“Alhamdulillah. Finally, dibuka hati dia untuk allow me to get my dream car!
But all jokes aside I’m forever grateful for you. Always making me happy and always making me proud. I love you so much.”
Sejurus kisah ini viral, rata-rata warga maya cuba selidik harga kereta jenama Land Rover Defender berkenaan. Apa yang mengejutkan ialah kereta jenama dari England itu mencecah harga hampir RM1 juta di pasaran Malaysia bergantung kepada spesifikasi tertentu.
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sah bergelar isteri Muhamad Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun 2023.
Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melalui jenama tudung terkemukanya, Naelofar Hijab (NH), telah melangkah satu langkah ke depan dengan membuka sebuah butik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Butik yang berlokasi di Royal Plaza Putatan memberi peluang kepada peminat jenama tudung ini khususnya dan peminatnya untuk berpeluang melihat sendiri tudung koleksi NH.
Pembukaan butik ini juga bagi memenuhi permintaan wanita di Sabah untuk memilih dan membeli koleksi-koleksi terbaru dan menarik keluaran Naelofar Hijab. Pembukaan itu juga akan memperkenalkan laman web rasmi mereka, www.naelofarsabah.com untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam talian yang semakin meningkat di negeri ini.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh Neelofa Mohd. Noor, selaku pengasas Naelofar. Butik ini akan dikendalikan oleh adik Neelofa sendiri, Nellisa.
Naelofar Hijab juga berkembang di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, mereka telah mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Korea dan Jepun.
Butik NH juga melakukan Jualan Akhir Tahun, Naelofar YES 2017 di seluruh negara yang dijalankan dari 11 November hingga 31 Disember yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian yang dibuat di semua butik NH, dalam talian dan daripada stokis sah NH. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad melancarkan kempen ‘Pink October 2025’ bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Inisiatif berimpak tinggi diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran, meluaskan akses kepada saringan, serta memperkukuh sokongan untuk pesakit dan bekas pesakit kanser payudara.
Acara selama dua hari yang menghimpunkan peserta dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam adalah untuk berkongsi amalan terbaik, membincangkan cabaran, serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan keadilan dalam rawatan dan penjagaan kanser payudara di seluruh rantau ini.
Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Alliance & Partnerships for Patient Innovation and Solutions (APPIS) serta disokong oleh Novartis.
Kempen ini bermula pada Ogos sehingga Oktober 2025. Salah satu tarikan utamanya ialah Kejohanan Pinky Futsal 2025 yang merupakan pertandingan futsal wanita yang akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, dan Johor.
Kejohanan ini akan menghimpunkan pemain wanita dari seluruh Malaysia dalam semangat solidariti dan pemerkasaan, bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif tetapi juga menekankan kepentingan menjaga kesihatan payudara melalui pengesanan awal dan pemeriksaan berkala.
Antara inisiatif lain menjelang Pink October 2025 ialah APPIS x SEA: Navigating Access to Improve Breast Cancer Care in Southeast Asia, Fasa 7 Program Mammogram Percuma Etiqa, Jelajah Pemeriksaan Mammogram Percuma Peringkat Kebangsaan. Usahasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dansaringan dan pembelaan hak pesakit kanser payudara di seluruh negara melalui Program Jejak Kanser.
“Pink October bukan sekadar satu bulan dalam kalendar. Ia adalah satu gerakan untuk menyelamatkan nyawa. Melalui inisiatif-inisiatif ini, kami membawa pendidikan, akses, dan sokongan terus kepada komuniti yang paling memerlukan,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad.
“Kadar kelangsungan hidup pesakit kanser payudara meningkat dengan ketara melalui pengesanan awal, dan program-program ini direka untuk menjadikannya realiti bagi semua.
“Pengesanan lewat kekal sebagai cabaran negara dengan 65.1% daripada semua kes kanser di Malaysia dikesan pada peringkat lanjut. Inilah sebabnya mengapa inisiatif Pink October kami dipromosikan melalui pelbagai pendekatan supaya dapat sampai kepada wanita daripada semua lapisan masyarakat,” kata Timbalan Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Vignesvari Subramaniam.
“Daripada program mammogram percuma dan jelajah pemeriksaan bergerak hinggalah forum serantau dan acara sukan komuniti, kami mengambil tindakan untuk membawa pemeriksaan, pendidikan, dan sokongan terus kepada wanita kerana pengesanan awal adalah kunci untuk menyelamatkan nyawa.”
Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia 2017–2021 menunjukkan bahawa kanser payudara merupakan kanser paling kerap dihidapi wanita, merangkumi 17.6% daripada semua kes dengan kadar insiden piawai umur (ASR) sebanyak 38.9 bagi setiap 100,000 wanita.
Dianggarkan 1 daripada 23 wanita Malaysia akan menerima diagnosis kanser payudara sepanjang hayat mereka, dan lebih separuh (50.5%) dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk hidup menurun dengan mendadak. Pengesanan awal boleh menjadikan pesakit 7.5 kali lebih rendah risiko untuk meninggal dunia akibat penyakit ini.
Pengesanan lewat kekal sebagai cabaran negara, dengan 65.1% daripada semua kes kanser di Malaysia dikesan pada peringkat lanjut. Angka ini menekankan betapa mendesaknya keperluan untuk pemeriksaan berkala, perkhidmatan pengesanan yang mudah diakses, serta pendekatan khusus bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan mengurangkan beban kanser payudara di negara ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.