DISNEY X DUCK - MINNIE MOUSE COLLECTION

Bukan calang-calang dapat berkolaborasi dengan jenama terkenal, Disney! Apatah lagi kali ini merupakan tahun ketiga label tempatan, dUCk menjalin kerjasama dengan Disney untuk edisi terhad keluarannya. Nona yakin pasti dUCk sangat istimewa dan memenuhi kriteria jenama animasi antarabangsa berkenaan.

IKLAN

Kerjasama sulung Disney x dUCk bermula pada tahun 2018 menerusi edisi terhad Mickey Mouse yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat setia dUCk. Bersandarkan kejayaan tersebut, mereka sekali lagi menjalin kolaborasi untuk edisi terhad Frozen. Kali ini, usahasama tersebut diteruskan dalam koleksi terbaharu Disney x dUCk – Minnie Mouse. Memang rambang mata tengok koleksi istimewa ini. Terus terkenang nostalgia zaman kanak-kanak yang cukup sinonim dengan watak Minnie Mouse!

Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli!

Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli!

dUCk sememangnya mempunyai cita rasa eksklusif, unik dan mewah dalam menghasilkan setiap produk. Dalam koleksi Disney x dUCk – Minnie Mouse ini misalnya, peminat setia dua jenama ini berpeluang memiliki skaf, makeup pouch dan lipstick.

IKLAN

Terdapat 8 corak skaf menarik untuk dimiliki iaitu Girlfriend, Bestfriend, Sweetheart, Adore, Fun Loving, Style Icon, Rock Your Bow dan Steal The Show. Setiap satu rekaan ini juga ditawarkan untuk skaf selendang atau square scarf yang diperbuat daripada satin silk berkualiti tinggi yang menerapkan elemen fesyen, ikonik dan menyeronokkan. Setiap skaf ini juga disertakan charm berbentuk Minnie Mouse dan signature charm, dUCk. Harga yang ditawarkan pula ialah RM300.

Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli! Comel & Eksklusifnya Koleksi dUCk x MINNIE MOUSE, Patutlah Berebut Orang Beli!

IKLAN

Tidak lengkap rekaan Minnie Mouse tanpa corak polka dot dan bow. Hasil kreativiti, makeup pouch dUCk dihasilkan dengan rekaan bow ala Minnie Mouse. Begitu juga rangkaian set lipstick yang berkualiti dengan pilihan warna menarik.

Kesemua koleksi Disney x dUCk – Minnie Mouse sudah pun berada di pasaran dan boleh di dapati menerusi laman web FashionValet atau mengunjungi butik FashionValet dan dUCk berdekatan anda!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI