Power-couple Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka untuk tatapan umum selepas sekian lama menyembunyikan mukanya. Bintang siri televisyen Quantico itu dilihat tidak kekok mendukung anak perempuannya itu dengan penuh kasih sayang dan ramai teruja melihat kecomelan Malti.
(Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Malti Marie Chopra membuat kemunculan sulungnya sewaktu ayahnya, Nick Jonas bersama dua ahli kumpulan The Jonas Brothers, Joe dan Kevin Jonas menerima ‘bintang’ mereka di acara Walk Of Fame bagi menghargai sumbangan kumpulan The Jonas Brothers dalam industri muzik Hollywood hampir dua dekad. Turut hadir ialah isteri kepada Joe Jonas, Sophie Turner, serta isteri Kevin, Daniella Jonas.
Ketika berucap di upacara tersebut, Nick Jonas sempat memberikan ucapan istimewa buat isteri kesayangannya. “Buat isteri saya, anda sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Kamu adalah anugerah terindah buat saya, dan saya gembira dapat menjalani kehidupan sebagai bapa kepada anak kita bersama kamu”.
Ads
Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’. Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 itu mengumumkan berita tentang kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada 15 Januari lalu. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Sophie Turner dan Priyanka bersama Malti. (Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Priyanka dan Nick berkahwin pada 2018 dalam majlis gilang gemilang di India setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Semoga anak perempuan mereka membesar dengan sihat dan dapat membanggakan kedua ibu bapanya.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cipta sejarah baharu! Buat julung kalinya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diterajui oleh wanita. Sekalung tahniah buat Datuk Ustazah Hajah Hakimah Mohd Yusoff yang dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM berkuat kuasa 21 Mac lalu.
Perlantikan Datuk Hakimah pastinya membanggakan seluruh kaum wanita di negara ini apatah lagi ia merupakan satu catatan sejarah baharu yang sekaligus menyaksikan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhdimatan awam.
Difahamkan Datuk Hakimah menjawat tugas penting itu bagi menggantikan Datuk Abdul Aziz Jusoh yang bersara wajib pada 9 November lalu.
Kongsi Datuk Hakimah menerusi laman media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, “Alhamdulillah 21 Mac 2022, dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya melangkah memulakan tugas hari pertama sebagai Ketua Pengarah JAKIM.
Sesungguhnya saya sedar akan amanah dan tanggungjawab berat yang saya harus berdepan dengan penuh insaf dan ketabahan. Saya yakin akan aturan Allah SWT dan menganggap ia sebagai ujian buat saya, semoga Allah sentiasa membimbing dan menuntun perjalanan ini.
Saya mengambil ruang dan peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khusus buat YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datuk Seri Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri atas kepercayaan dan perakuan pelantikan saya ke jawatan yang amat mencabar ini.
Saya percaya pihak kerajaan juga telah merujuk dan memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Raja bagi maksud pelantikan jawatan Ketua Pengarah JAKIM. Menjunjung kasih Tuanku.”
Kredibiliti Datuk Hakimah turut mendapat perhatian luas daripada pemimpin negara antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Yang pasti, Ketua Pengarah JAKIM yang baharu ini bukan calang-calang wanita. Beliau merupakan seorang wanita berdaya saing dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan sejak mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1992.
Datuk Hakimah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Malaya pada tahun 1990 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001.
Beliau memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1992. Kemudian berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 2008 hingga 2009 sebelum dilantik menjadi Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM selama lima tahun antara 2011 hingga 2016.
Datuk Hakimah seterusnya menjadi Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM pada tahun 2016. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2018, kerajaan memperakukan pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.
Berbekalkan pengalaman yang luas tersebut, Datuk Hakimah diharap dapat menggalas tugas dengan baik di JAKIM sebagai Ketua Pengarah dan terus memacu hala tuju JAKIM dengan lebih cemerlang.
Semoga Datuk Hakimah dapat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Di samping dikurniakan petunjuk dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim-musim Aidilfitri nanti, tak kalut tetamu datang nak beraya kalau jamu hidangan M&S yang cepat dan sedap luar biasa.
Kemeriahan santapan raya kian terasa apabila hidangan segera daripada Marks & Spencer (M&S) ini tersedia. Tinggal bancuh dan tambahkan lauk-pauk yang diingini, siap!
Sempena raya ini, Marks & Spencer (M&S) menyambut semangat perayaan dengan rangkaian eksklusif fesyen yang bergaya namun sopan, hamper yang penuh makna, serta hidangan lazat—dicipta untuk menyatukan seluruh keluarga dengan gaya yang mempesona.
Boleh buat stok sekarang sebagai persediaan kalau tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah. Nak jadikan sarapan atau hidangan isi perut pun sesuai sangat.
Jadi raikan raya dengan gabungan padu antara kemudahan dan keenakan melalui pilihan hidangan lazat serta berkualiti:
Lengkapkan sambutan Raya anda dengan sajian lazat yang boleh dinikmati kala berbual mesra dan gelak tawa bersama insan tersayang.
Dengan pelbagai pilihan snek yang diperbuat dengan penuh kepakaran, jadikan Raya kali ini lebih istimewa dengan seleksi coklat, biskut, dan kudapan yang menggoda dari M&S—kini tersedia di kedai dan dalam talian.
Dengan M&S, alami gabungan sempurna antara kemudahan, gaya, dan kepelbagaian untuk sambutan Raya yang benar-benar bermakna.
M&S mempunyai 12 cawangan di Malaysia dan komited untuk menawarkan produk makanan, pakaian, dan barangan rumah premium jenama sendiri melalui platform dalam talian serta rangkaian kedai global serta menjamin pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan.
Sepuluh malam terakhir Ramadan bakal tiba ke penghujung tidak berapa hari sahaja lagi dan pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir bulan mulia ini sepatutnya semakin hebat.
Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaitu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar. Dalam keadaan setiap lapisan masyarakat masib tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah semestinya lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mengerjakan amalan sunat yang amat dituntut seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan sebagainya.
Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Sebagai hambaNya, sudah tentu kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.
Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga menunjukkan mudahnya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang bulan puasa ini.
Memetik persoalan yang diajukan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kenapakah bulan Ramadan pahala amalan digandakan lebih banyak, tidak sama seperti di bulan-bulan yang lain? Ini jawapan terhadap persoalan yang diajukan.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan pahala kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh mengikut kehendakNya tanpa terikat kepada apa-apa peraturan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Hud: 123)
Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat menyebutkan bahawa hanya kepada Allah SWT jualah setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mereka yang melakukan amalan. Dia-lah yang akan memberikan ganjaran kesemua manusia berdasarkan amalan-amalan mereka mengikut kehendakNya. (Rujuk Tafsir al-Tabari, 1:235)
Allah SWT melipatgandakan pahala berdasarkan beberapa sebab antaranya disebabkan oleh kelebihan dan kemuliaan yang diberikanNya kepada beberapa perkara. Kemuliaan tersebut ialah seperti:
Maksudnya:Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW).
Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa kelebihan dan ganjaran yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan ialah kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya:Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadr: 3)
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih dalam agama dan menganugerahkan kita taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.