Sejak meninggalkan pentas Akademi Fantasia musim ke-9, nama Nur Suhada Jebat atau Ayda Jebat, 28 tahun, kian dikenali peminat sebagai seorang pelakon dan penyanyi hebat.

Nona sendiri pernah memotretkan wajah gadis ini sebagai cover beberapa tahun lalu, di atas pencapaian beliau yang mendadak naik, malah menjadi duta beberapa jenama besar seperti Ariani.

IKLAN

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Menariknya, Ayda baru saja melangsungkan pertunangan dengan pengacara Nabil Mahir sewaktu PKP lepas (28 April 2020) bersempena ulang tahun kelahiran Nabil ke-32. Pasangan tersebut bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Pelantun lagu Pencuri Hati dan Temberang ini turut mendapat perhatian ketika drama lakonannya, Bukan Gadis Biasa, yang ke udara sewaktu bulan Ramadan lalu trending di kalangan penonton.

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Menariknya dengan penampilan Ayda Jebat adalah beg-beg tangan mewah yang sering dibawa. Banyak dan bersilih ganti, agaknya macam mana ya rupa almari beg Ayda? Tentu berderet-deret koleksi macam di butik.

Antara jenama kesukaan gadis ini adalah Chanel, Louis Vuitton, Christian Dior dan Versace. Jom cuci mata tengok beberapa beg-beg kesayangan Ayda!

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

IKLAN

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Cuci Mata Tengok Koleksi Beg Tangan Mewah Ayda Jebat, Majoritinya LV & Chanel

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan kerjayanya, Ayda Jebat sebenarnya bukan saja rajin bekerja, malah dia juga komited serta mesra dengan peminat.

IKLAN

Kalau tengok video-video TikTok Ayda, terserlah sifat happy-go-lucky dan suka bergurau. Dia juga bijak bergaya dan semestinya bersama beg-beg tangan berjenama hebat!

https://www.instagram.com/p/CApYig8gTpn/

https://www.instagram.com/p/CAeuSkgAEa7/

Bagaimana Ayda mampu memiliki semua beg idamannya?

Jawapannya, sudah tentulah kerana kerja keras dan sikap Ayda yang rajin bekerja. Selain Jakel dan Ariani, Ayda merupakan duta kepada jenama Rexona dan Watsons, selain pernah menjadi wajah Oppo, Aurawhite, Gintell serta banyak lagi. Dia juga pernah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan seni antaranya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era sebanyak beberapa kali.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI