JENNIFER LOPEZ

Wow, cemburu tengok bentuk tubuh ideal Jennifer Lopez! Bukan saja langsing, siap ada ‘six-pack’. Kalau baru berusia 30an dan memiliki tubuh macam ini memang tiada apa yang menghairankan pun. Maklumlah, masih muda dan bertenaga. Tapi bila umur sudah mencecah 52 tahun dan dikurniakan tubuh seksi seperti ini, masuk kategori luar biasa dah tu!

24 Julai lepas, genap 52 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh dan wajah awet muda malah stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya.

IKLAN

Sempena ulang tahun ke-50 dan pembabitan dalam industri muzik selama 20 tahun JLo telah mengadakan konsert jelajah ‘It’s My Party Tour’ sebagai penghargaan kepada para peminat.

Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!

Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!

Dalam usia lebih daripada separuh abad ini kecergasan JLo di atas pentas amat mengagumkan. Tidak keterlaluan kalau ramai yang berkata staminanya mampu mengalahkan penyanyi muda. Sangat lincah mengikut rentak muzik dan tarian yang rancak!

Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan susuk tubuh yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan badan.

Jadi, demi memastikan bentuk tubuh kekal menawan JLo memilih snek berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar. Fuh, jiwa kena kental tu!

Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!

Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!

IKLAN

Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.”

Bukan itu saja, JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad.

“By lunchtime, I’m starving,” ujarnya. Apa yang mengejutkan ialah menu tengah hari JLo biasanya mengandungi sumber protein seperti ikan salmon yang sarat dengan pelbagai salad antaranya brokoli, zucchini dan cili benggala. Manakala hidangan makan malam pula ialah protein yang ditambah dengan buah kuini.

IKLAN
Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!
JLO selepas lahirkan anak kembarnya
Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!
Anak kembar yang kini makin meningkat dewasa

Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian! Dah 52 Tahun Tetap Cantik & Lincah, Wajah Awet Muda JLO Tarik Perhatian!

“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.”

Saat ramai wanita menjadikan makanan sebagai suatu yang membahagiakan… berbeza pula bagi JLo. Baginya senaman mampu memberi keseronokan luar biasa termasuk tarian.

“I’m 100 percent convinced that working out is part of what makes me happy. Dance has always been a huge part of my life and taking the time to move my body and do something that’s so good for me is key to my happiness. And I really believe that when you take care of yourself and work to stay healthy, you’re better able to take care of those you love. So working out is definitely a priority for me.”

Jadi, tak hairanlah macam mana JLo boleh kekal aktif, cantik dan langsing di usia 52 tahun. Janji konsisten amalkan pemakanan sihat, diet seimbang dan rajin bersenam, confirm dapat bentuk tubuh sihat macam penyanyi terkenal dunia ni!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI