Dah Biasa Tutup Pintu Kereta Sendiri, MEGHAN MARKLE Diarah Tak Berbuat Demikian Lagi!

Barangkali Meghan Markle terlupa status dirinya hari ini sebagai Duchess of Sussex yang perlu melalui bermacam-macam protokol diraja. Mungkin sudah terbiasa menutup pintu kereta sendiri ketika menjadi orang kebanyakan sebelum berkahwin dengan Putera Harry, menjadi salah satu faktor mengapa puteri diraja ini sering mengulangi kesilapan tersebut.

Sering menjadi perhatian paparazi di United Kingdom termasuk rakyat di sana dek kerana dirinya dilihat banyak melanggar protokol diraja… ada yang beranggapan beliau tidak serius dengan status diraja dan tidak kurang juga yang menyifatkan isteri Putera Harry ini seorang yang merendah diri dan selesa melakukan semua perkara tanpa bantuan sesiapa.

Meskipun belum setahun bergelar puteri diraja namun Meghan tetap berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan menghormati setiap protokol. Selepas isu kuku yang diwarnakan…. terbaru Meghan diberi amaran oleh petugas perlindungan diraja yang bimbang tentang keselamatan beliau selepas melihat tindakannya menutup sendiri pintu kereta yang dinaiki.

Semuanya ekoran langkah-langkah keselamatan terbaru yang dipertingkatkan apabila kemalangan kereta membabitkan Duke of Edinburgh terbalik berhampiran Sandringham. Rentetan daripada insiden itu membuatkan petugas perlindungan bimbang Meghan mungkin tidak dapat masuk semula ke dalam keretanya dengan segera jika berlaku kecemasan kerana kereta yang dinaiki dilengkapi sistem kunci automatik.

Bagaimana pun, baru-baru ini ketika mengadakan lawatan ke New Zealand… Meghan sudah mula meninggalkan kereta dengan pintu terbuka.

IKLAN
Share