“Dah Lah Tampan, Baik Pula Tuu…” Murah Rezeki SYAFIQ KYLE Hadiahkan Kereta Vellfire Buat Keluarga

Siapa yang tidak mengenali pelakon serba boleh Syafiq Kyle yang baru-baru popularitinya melonjak naik selepas membintangi drama siri One Cent Thief. Baru-baru ini, hasil usaha kerasnya selama ini dalam bidang seni lakonan, Syafiq Kyle ada berkongsikan berita baik dimana dia menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire kepada keluarganya.

Menerusi satu video dimuat naik oleh sorang penjual kenderaan di aplikasi TikTok, pelakon berusia 30 tahun yang juga merupakan teman lelaki kepada pelakon Mimi Lana itu itu dilihat sedang melakukan urusan jual beli sambil ditemani seorang lelaki dipercayai rakan baiknya.

Rakaman berdurasi 38 saat itu turut menyaksikan Syafiq memandu sendiri kereta berwarna hitam tersebut dibawa pulang ke rumah sekali gus menyerahkan hadiah kejutan itu kepada keluarga tercinta. Menjengah ke ruangan komen, ramai tumpang gembira dan memuji sikap pelakon drama Cinta Buat Dara itu kerana tidak lupa berbakti semula kepada orang tuanya.

@zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX – DJ TANI

 

Ternyata rezeki Syafiq kian murah selapas namanya makin diperkata ramai dek mutu lakonannya dalam One Cent Thief yang turut mendapat pujian rata-rata dari peminat. Malah  Drama bersiri Astro Originals berjudul One Cent Thief berjaya mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Top 10 rancangan terbaik TV Asia 2022.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share