Saat mendengar suara merdunya mengalunkan kalamullah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa baru-baru ini, jiwa terasa sangat syahdu dengan keindahan taranum yang dilontarkan. Bagi penulis, ia sangat sempurna.
Nama Sofizah Mousin, 33, menjadi sebutan ramai setelah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62.
Berikut 8 formula kejayaan Sofizah Mousin sebagai johan qariah antarabangsa yang dikongsi oleh kakak iparnya, Nani Koraiza Yaacob di Facebook. Beliau merupakan seorang Content Marketing Trainer dan sudah 23 tahun bergelar kakak ipar kepada Sofizah.
“Mungkin ramai yang tanya, macam mana persiapan adik ipar cik kak – Sofizah Mousin ni nak jadi juara dunia?
“Sofizah atau kami panggil Lily atau anak-anak buah dia panggil Auntiy Lily memang ada bakat dalam menyanyi dan mengaji dari kecil lagi.
“Dulu-dulu, time raya mesti kami suruh dia karoks hehe.. lagu Siti Nurhaliza jadi pilihan dia.
“Sebenarnya, dari umur dia 13 tahun dia dah mula serius dengan tilawah. Dia join kelas tarranum, kelas tajwid dan join macam-macam competition peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan.
“Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.”
Dalam perkongsiannya itu, Nani turut menyenaraikan 8 formula kejayaan Sofizah untuk bergelar juara qariah peringkat antarabangsa.
1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambil masa untuk jadi Juara Antarabangsa.
2) Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.
3) Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.
4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk praktis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family. Itu memang champion punya level.
5) Passion terhadap impian. Dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak 2. Dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa..”
6) Support. Sofizah dapat support dari family. Doa Mama (Sominah Sohiyan) yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan, dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.
7) Apa pun jadi, jalan terus! Nak cakap pasal dugaan banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini haish.. Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus.
8.) Sanggup hijrah. Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.
Semoga kejayaan ini jadi inspirasi untuk semua. Dengan Izin Allah semuanya.. Dan percayalah, kita tak perlu lahir-lahir terus hebat untuk jadi juara dunia. Tahniah!
“Terus sebarkan kebaikan bersahabat dengan Al-Quran. Jadi inspirasi buat seluruh wanita untuk mendekati Al-Quran,” kongsi Naniey kepada Nona.
Kredit Foto: Facebook Naniey Koraiza Yaacob
This website uses cookies.