Saat mendengar suara merdunya mengalunkan kalamullah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa baru-baru ini, jiwa terasa sangat syahdu dengan keindahan taranum yang dilontarkan. Bagi penulis, ia sangat sempurna.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
Sofizah Mousin, Johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSINSetiap peserta dinilai dari segi tarannum, tajwid, suara dan fasohah. Siapa sangka, seorang guru mata pelajaran Geografi kini trending di laman sosial selepas mengungguli pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa itu dengan meraih 89.66 peratus sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

IKLAN
“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
Bersama suami, Ahmad Asrol Saidi yang menjadi sumber kekuatannya.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN

Nama Sofizah Mousin, 33, menjadi sebutan ramai setelah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia apabila dinobatkan sebagai johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSINTernyata, anak kelahiran Sabah yang juga ibu kepada dua orang anak ini bukan calang-calang wanita. Sofizah turut mengakui, tiada seorang pun dari keluarganya yang pernah menyertai tilawah apatah lagi dari latar belakang sekolah agama.

Berikut 8 formula kejayaan Sofizah Mousin sebagai johan qariah antarabangsa yang dikongsi oleh kakak iparnya, Nani Koraiza Yaacob di Facebook. Beliau merupakan seorang Content Marketing Trainer dan sudah 23 tahun bergelar kakak ipar kepada Sofizah.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
Nani Koraiza Yaacob, kakak ipar kepada Sofizah Mousin.

“Mungkin ramai yang tanya, macam mana persiapan adik ipar cik kak – Sofizah Mousin ni nak jadi juara dunia?

“Sofizah atau kami panggil Lily atau anak-anak buah dia panggil Auntiy Lily memang ada bakat dalam menyanyi dan mengaji dari kecil lagi.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN“Dulu-dulu, time raya mesti kami suruh dia karoks hehe.. lagu Siti Nurhaliza jadi pilihan dia.

“Sebenarnya, dari umur dia 13 tahun dia dah mula serius dengan tilawah. Dia join kelas tarranum, kelas tajwid dan join macam-macam competition peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan.

“Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.”

IKLAN
“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
Sominah Sohiyan, ibu tercinta Sofizah Mousin.

Dalam perkongsiannya itu, Nani turut menyenaraikan 8 formula kejayaan Sofizah untuk bergelar juara qariah peringkat antarabangsa.

1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambil masa untuk jadi Juara Antarabangsa.

2) Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.

3) Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.

IKLAN

4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk praktis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family. Itu memang champion punya level.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN5) Passion terhadap impian. Dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak 2. Dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa..”

6) Support. Sofizah dapat support dari family. Doa Mama (Sominah Sohiyan) yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan, dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN
“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSIN7) Apa pun jadi, jalan terus! Nak cakap pasal dugaan banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini haish.. Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus.

8.) Sanggup hijrah. Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.

Semoga kejayaan ini jadi inspirasi untuk semua. Dengan Izin Allah semuanya.. Dan percayalah, kita tak perlu lahir-lahir terus hebat untuk jadi juara dunia. Tahniah!

“Dah Lama Dia Nak Jadi Juara Antarabangsa, Berguru Sampai Ke Kelantan” Kakak Ipar Kongsi Rahsia Kejayaan SOFIZAH MOUSINKENALI SOFIZAH MOUSIN

  • Minat Sofizah terhadap Al-Quran tidak pernah terhenti. Ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah, beliaus pernah muncul sebagai juara tilawah antara universiti peringkat Asia Tenggara.
  • Pada tahun 2021, Sofizah terdahulu muncul johan untuk kategori Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Selangor.
  • Sofizah sebelum ini pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2022.
  • Sofizah mewakili Selangor dan menjadi johan dalam kategori qariah pada Majlis Tilawah Kebangsaan Jun 2022.
  • Sofizah pernah mendedahkan, beliau membuat latihan di dalam kereta ketika berulang alik dari sekolah. “Biasanya saya buat latihan dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari,” katanya ketika memenangi juara qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

“Terus sebarkan kebaikan bersahabat dengan Al-Quran. Jadi inspirasi buat seluruh wanita untuk mendekati Al-Quran,” kongsi Naniey kepada Nona.

Kredit Foto: Facebook Naniey Koraiza Yaacob

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI