Sejak minggu lalu, sudah ramai bakal jemaah haji berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji. Tetapi berlainan pula nasib selebriti Indonesia, Baim Wong apabila dia dilaporkan terpaksa membatalkan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak.
Liputan6.com melaporkan Baim dikatakan sudah menaiki pesawat untuk ke Tanah Suci Makkah namun terpaksa turun daripada kapal terbang selepas timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielekkan.
“Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Makkah. Saya sudah naik kapal terbang,” katanya.
Ads
Menurut Baim lagi, isu dia terpaksa membatalkan perjalanan ke Tanah Suci bukan disebabkan masalah daripada pihak agensi haji dan umrah sebaliknya menanggap bukan rezeki untuk dirinya ke sana.
Ads
Walau bagaimanapun, Baim akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Sebelum ini, media melaporkan Baim dilaporkan berangkat ke Makkah pada 7 Jun malah sudah mengadakan majlis kesyukuran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial video dikongsikan seorang pengguna Tik Tok tentang keprihatinan dan kejujuran seorang penghantar makanan yang terlibat dengan satu kemalangan secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta mewah di ibu kota. Mengakui kesilapan dan tidak lari selepas melanggar kereta tersebut betul-betul membuatkan ramai tersentuh dengan kejujuran remaja berumur 19 tahun, termasuk pelakon dan dramatis Fasha Sandha.
Oleh demikian, Fasha Sandha menyampaikan hasratnya untuk bertemu dengan adik Shazril, dan kurang daripada 24 jam, dengan kuasa viral akhirnya Fasha diketemukan dengan remaja berkenaan. Hasrat Fasha tersebut menjadi kenyataan setelah abang iparnya berjaya membantu mempertemukan mereka.
Fasha, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan penghantar makanan yang tular itu, malah memuji sikapnya yang baik budi pekerti.
“Dengan izin Allah. Dapat berjumpa ‘adik Grab contoh’ viral ni. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni.
Semoga adik ni sukses. Namanya Shahril Bin Zakaria, 19 tahun , tidak aaktif di media sosial katanya. Baik budinya. Terima kasih banglong (abang ipar saya) yang tolong menghubungkan kami. Alhamdulillah,” tulis Fasha.
Dalam video berkenaan, kelihatan Fasha yang dtemani suami Aidil Aziz melayan dan menjamu adik Shazril dan keluarganya dengan nasi arab.
Hantaran Fasha itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa terharu melihat tindakan murni Fasha dan suaminya yang sudi menghabiskan masa bersama penghantar makanan itu, tidak kurang juga ramai yang menitipkan doa buat mereka.
NONA cukup mengagamui keprihatinan Fasha Sandha serta kejujuran dan keikhlasan anak muda seperti Adik Shazril tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Apatah lagi, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup kita menyambut bulan Ramadan ketika pandemik COVID-19. Sudah tentu suasananya sangat berbeza.
Namun dari sudut hikmahnya jangan dilupa kerana sebagai umat Islam kita harus sentiasa bersyukur. Duduk di rumah kali ini bukan saja dapat memutuskan rantaian wabak COVID-19 bahkan kita juga dapat memutuskan rantaian dosa-dosa dari ‘kluster-kluster’ kehidupan yang melalaikan.
Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ibadah puasa selama sebulan sebenarnya memberikan banyak manfaat luar biasa dalam kehidupan kita antaranya dapat meningkatkan tahap kerohanian kita.
Dengan memahami hikmah-hikmah berpuasa di bulan Ramadan ianya dapat membantu kita dalam meningkatkan lagi amalan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan ini. Antara hikmah-hikmahnya seperti berikut.
MENINGKATKAN RASA SYUKUR
Berbuka puasa dengan segelas air kosong dapat memberikan nikmat yang cukup luar biasa. Seperti mana kita tahu air kosong ini banyak manfaatnya terhadap kesihatan. Rasa syukur kita akan bertambah dalam rutin berpuasa. Saat mendengar laungan azan Maghrib tanda tibanya untuk berbuka puasa secara tidak langsung akan menerbitkan rasa syukur kerana berjaya menyelesaikan ibadah puasa pada hari itu.
MENJADI LEBIH PEMAAF
Niatkan berpuasa untuk beribadah kerana Allah SWT. Maka, secara tidak langsung ianya akan menanam sikap pemaaf dalam diri kita seterusnya membantu kita untuk menjadi lebih baik dalam menjaga silaturrahim dan persahabatan.
CEGAH KERAKUSAN NAFSU
Menahan diri daripada lapar dan dahaga sepanjang berpuasa dapat melatih diri kita untuk lebih menghargai makanan dan kehendak (nafsu). Tidak berlebih-lebihan dalam makan dan minum. Ketika waktu berbuka puasa, kita juga akan lebih menghargai setiap suapan makanan serta tidak menjadi seorang yang terlalu rakus dek kerana memenuhi nafsu sendiri.
MENJADI HAMBA YANG JUJUR
Berpuasa juga akan menguji sejauh mana tahap kejujuran kita. Betapa lapar dan dahaga sekali pun kita tidak akan makan dan minum walaupun tiada sesiapa pun melihat. Kita jujur dengan Allah SWT kerana Dia Maha Melihat. Jelaslah, ibadah puasa melatih diri kita menjadi seorang hamba yang jujur.
CETUS RASA DERMAWAN
Rasa kasih sayang dan dermawan dalam diri kita akan semakin kuat dengan ibadah puasa. Melalui rasa lapar dan dahaga, dengan izinNya akan menerbitkan kesedaran untuk kita menyayangi anak-anak yatim dan fakir miskin sekaligus menyantuni mereka.
MENINGKATKAN KESABARAN
Ketika berpuasa kita akan sentiasa diuji bagaimana untuk mengendalikan emosi. Orang yang berpuasa akan selalu berusaha untuk menahan amarah dan menghindari perbalahan meski pun diperlakukan dengan perkara yang kurang baik. Maka, demi menjaga pahala dan kebaikan berpuasa penting untuk kita menanam kesabaran dalam diri. Anggap ia satu dugaan berpuasa.
LEBIH SALING MENGHARGAI
Ibadah puasa menerbitkan kesedaran bahawa kita semua adalah hamba Allah SWT di mana kita perlu saling menghargai antara satu sama lain termasuklah tidak merendah-rendahkan orang lain.Tetaplah bersemangat dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Radaman ini. Semoga setiap ibadah yang kita lakukan dikurniakan ganjarannya kelak oleh Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang musim perayaan, ramai mengambil kesempatan mengabadikan potret kenangan bersama keluarga. Meriah di media sosial foto-foto kemeriahan suasana Aidilfitri baik secara swafoto atau bergambar beramai-ramai. Tapi tahukah anda, telefon pintar yang dilengkapi sensor kamera yang baik banyak mempengaruhi penghasilan kualiti gambar yang baik?
Antara peranti kelas pertengahan terbaharu yang mula diperkenalkan di Malaysia ialah Samsung Galaxy A54. Ia mempunyai kamera yang lebih tinggi dengan sensor kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan kamera swafoto 32MP manakala Galaxy A34 mempunyai kamera 48MP+8MP+5MP dan kamera swafoto 13MP.
NONA menjadi antara media pertama diberi peluang untuk menguji peranti pintar inovatif Galaxy A54 ini baru-baru ini. Kesempatan ini telah memberi ruang buat penulis mencuba sendiri kehebatan yang ditawarkan oleh peranti kelas pertengahan ini.
Kameranya dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan imej video (VDIS) yang akan membantu kamera untuk menghasilkan gambar dan video yang jelas dalam setiap situasi. Baharu untuk siri Galaxy A pada tahun ini, pengguna kini boleh memadam bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam sesi rakaman.
Ia dilengkapi skrin Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk kualiti imej yang cantik dan lancar, namun saiz skrin adalah berbeza. Galaxy A54 5G mempunyai skrin 6.4 inci.
Tambahan terkini kepada siri Galaxy A yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.