“Dah Nama Pun Tekak Melayu,” Sheila Rusly Tetap Masak Sendiri Walau Bercuti Luar Negara

Terpesona melihat keindahan negara yang di lawat oleh Sheila Rusly melalui foto yang dikongsikan olehnya di laman media sosial. Amsterdam, Netherland dan Istanbul, Turki adalah dua lokasi yang dikunjungi oleh Sheila Rusly bersama suami tercinta.

Kunjungan pasangan suami isteri ini ke Amsterdam telah mencuri tumpuan kerana Sheila Rusly tidak kekok masak sendiri di rumah penginapan yang diinapnya dan seperti yang telah dikongsikan olehnya, “Dah nama pun tekak melayu. Sambal wajib korang! Less is more

,” kongsi pemilik JS Picture Sdn. Bhd. ini.

Jom kita tengok apa resipi sambal yang telah dikongsikan oleh Sheila Rusly di Amsterdam.

Tengok pula hidangan nasi yang telah siap sedia untuk dimakan. Bukan sahaja di Amsterdam, di Malaysia pun kecur air liur tengok pinggan macam ni. Mahu bertambah-tambah nasi nanti.

Kalau sedang bercuti di luar negara tu, makan megi sudah semestinya menjadi kewajipan.Tambah-tambah pula ketika musim raya, diamsukkan rendang sebagai penyedap rasa. Memang terliur sungguh. Nasib baik Sheila Rusly kongsi resipinya, boleh lah kita cuba kan.

Tak lengkap jika sekiranya tidak berkongsi foto percutian Sheila Rusly di dua buah kota besar itu. Cantik-cantik lokasi di sana.

Amsterdam, Netherlands
Amsterdam, Netherlands
Istanbul, Turki
Istanbul, Turki
Istanbul, Turki

Dalam perkembangan lain, pada tahun ini juga Sheila Rusly telah dilantik menjadi ikon baru Ariani RTW. Tahniah Sheila Rusly.

IKLAN
Share