Pelakon Zamarul Hisham, 52, dan isterinya, Diana Rafar teruja terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat bernikah dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini. Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berdoa ikatan pasangan itu disulam kebahagiaan dan turut menitipkan nasihat buat mereka. “Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.
“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.
Zamarul juga jelas teruja dan bersedia bergelar datuk pula. Dia sempat berseloroh dengan seorang pengikut di Instagram yang komen tak lama lagi pasti dia jadi datuk.
Ads
Ads
“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya membalas komen terbabit.
Ads
Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah buatnya. Mereka termasuk Aleza Shadan dan Esma Daniel.
Terdahulu, Zamarul berkongsi foto bersama pasangan pengantin serta isterinya juga pelakon Diana Rafar di Instagram.
Peminat makanan Thai yang gemar mengunjungi restoran Boat Noodle pasti takkan lupa minuman signatures di sini iaitu Chill Chill. Bayangkan kombinasi rasa manis dan sejuk disedut dalam cuaca panas menyengat hingga melonjak adrenalin serta menghilangkan haus di tekak.
Demi menyampaikan rasa kasih terhadap semua wanita, Chill Chill telah berkolaborasi dengan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) untuk memberi kesedaran kepada semua wanita tentang kepentingan penjagaan payudara dan melawan kanser payudara.
Dalam rangka promosi ini, banyak kesedaran tentang kesihatan payudara diadakan seperti memberi penerangan berkenaan pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan langkah-langkah pencegahan awal kanser payudara.
Sebuah klinik bergerak berwarna Pink yang berlokasi di Sunway Pyramid dan Nu Sentral akan beroperasi demi menyampaikan hasrat murni ini. Unit Reaching Nationwide with Information (Murni) daripada BCWA akan melakukan pemeriksaan klinikal payudara. Klinik bergerak ini bakal beroperasi pada 8hb Oktober 2017 di Sunway Pyramid dan 22hb Oktober 2017 di Nu Sentral bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Bagi menyempurnakan lagi sokongan, sepanjang bulan Oktober ini, setiap RM1 daripada jualan minuman Nom Yen atau lebih dikenali sebagai Sirap Bandung akan didermakan kepada BCWA. Mainkan peranan anda untuk menjayakan kempen ini dengan membeli Nom Yen di semua outlet Chill Chill.
Bagi meraih wang kutipan hingga RM10,000, Chill Chill mengambil inisiatif untuk menyumbang RM0.50 kepada BCWA bagi setiap hashtag #pinktobermy di media sosial.
Menurut Pengasas Utara 5 F&B Sdn. Bhd, “Usaha yang telah dirancang ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Kanser payudara boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Ini hanya peranan kecil kami dalam menentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita ini. Semoga usaha sama dengan BCWA dapat memberi sinar harapan kepada setiap wanita di luar sana,” terangnya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerapkan reka bentuk binaan bangunan berinspirasikan molekul air zam-zam, Hospital Al-Sultan Abdullah menjadi mercu tanda baharu Universiti Teknolgi MARA (UiTM) yang menawarkan perkhidmatan rawatan dan kesihatan kepada hampir 1.5 juta rakyat di Selangor dan Perak Selatan.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenaan berangkat menyempurnakan perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah di Puncak Alam, pada 23 Julai 2022 yang lalu.
Turut berangkat DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda turut berkenaan melawat tapak pameran hospital, perpustakaan dan Clinical Simulation Centre (CSC).
Seri Paduka Baginda yang juga selaku Canselor UiTM bertitah agar hospital tersebut dapat mencipta kaedah perubatan yang boleh menaikkan nama Hospital Al-Sultan Abdullah selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar pengurusan hospital menghasilkan kaedah perubatan atau vaksin sendiri dan bukan sekadar perkhidmatan yang ada ketika ini.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Hospital Al-Sultan Abdullah menjadi antara yang terbaik di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Untuk rekod, Hospital Al-Sultan Abdullah sebelum ini dikenali sebagai Hospital UiTM Puncak Alam berkeluasan 18.4 hektar (46 ekar). Ia siap dibina pada tahun 2020 dan mula beroperasi pada 5 April 2021.
Sumber: Istana Negara & Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zahirah Macwilson antara pelapis anak seni yang mewarnai dunia lakonan tanah air. Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Sydney, Australia dan berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu) merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.
Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 12 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah MacWilson memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahra, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam Hidayahmu Ramadan.
Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad dengan memegang watak Annisa. Memiliki wajah pan-Asia menjadikan wajah Zahirah tidak jemu dipandang.
Artis-artis wanita berwajah pan-Asia dilihat sebagai antara selebriti yang paling mudah mencipta nama. Senario ini sebenarnya bukan baru bagi dunia hiburan tanah air kerana tradisi sedemikian sudah lama diwarisi.
Ada kalanya ia hanya bermula dengan penampilan dalam iklan komersial, mereka lantas dengan mudah ditawarkan berlakon filem mahupun bergelar penyanyi. Semuanya semata-mata kerana wajah pan-Asia yang dimiliki mereka. Apa istimewanya golongan ini sehingga dengan begitu mudah mereka mencipta populariti dalam dunia seni tanah air?
Tatkala ditanya tentang kelebihan memiliki wajah pan-Asia bagi Zahirah semuanya bergantung pada bakat. Bagi Zahirah, wajahnya tidaklah terlalu pan-Asia jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang lebih ‘kuat’ aura pan-Asianya.
“Bakat adalah perkara utama apabila melibatkan diri dalam dunia lakonan. Memiliki wajah pan-Asia juga tidak membataskan diri saya untuk melakonkan watak wanita kampung. Saya tidak menganggap wajah pan-Asia sebagai platform untuk berjaya dalam dunia seni kerana bagi saya, wajah cantik sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan bakat,” ujar Zahirah.
Apabila melihat wajah Zahirah dan juga Amelia Henderson, pasti akan mengingatkan kita tentang pelakon berwajah pan-Asia yang cukup terkenal suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Julia Rais, Sofea Jane, Ramona Rahman, Deanna Yusof dan lain-lain menjadi siulan di bibir peminat. Meskipun berlainan era namun akui Zahirah dia mengenali nama-nama pelakon terkenal tersebut.
Dalam perkembangan lain, Zahirah bakal muncul dengan drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku untuk slot Akasia.
Seperti Zahirah, si cantik manis berwajah ‘Mat Salih’, pelakon dan model berdarah campuran India dan Scotland, Amelia Henderson juga dianggap bertuah kerana memilik wajah pan-Asia. Sama seperti Zahirah, Amelia tidak pernah menganggap wajah pan-Asia memberi satu kelebihan buat diri seorang anak seni sepertinya.
“I don’t think so. Wajah pan Asia itu bukan satu kelebihan, at the end of the day kalau kita tak ada bakat, walaupun memiliki wajah pan-Asia, kita tidak akan ke mana-mana. Nama-nama besar seperti Julia Rais dan Sofea Jane sudah berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan tetapi juga berbakat besar dalam dunia lakonan,”ujar Amelia.
Memulakan kerjaya seawal usia 10 bulan, bakat Amelia mula digilap ketika terlibat dengan iklan komersial. Kini Amelia bukan sahaja terlibat dalam dunia lakonan tetapi juga dalam dunia pengacaraan.
Ditanya antara dunia lakonan dan juga pengacaraan, Amelia mengakui bahawa agak susah untuk dia memberikan jawapan. Hal ini kerana dunia lakonan dan juga pengacaraan adalah bidang yang sangat berbeza. Bagi Amelia, kedua-dua bidang tersebut punya kelebihan yang tersendiri.
Menyentuh tentang perkembangan terkini dirinya, Amelia bakal muncul dalam drama Pengantin 100 Hari dan drama Jangan Benci Cintaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.