Pelakon Zamarul Hisham, 52, dan isterinya, Diana Rafar teruja terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat bernikah dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini. Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berdoa ikatan pasangan itu disulam kebahagiaan dan turut menitipkan nasihat buat mereka. “Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.
“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.
Zamarul juga jelas teruja dan bersedia bergelar datuk pula. Dia sempat berseloroh dengan seorang pengikut di Instagram yang komen tak lama lagi pasti dia jadi datuk.
Ads
Ads
“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya membalas komen terbabit.
Ads
Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah buatnya. Mereka termasuk Aleza Shadan dan Esma Daniel.
Beruntungnya selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin dapat dekati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor. Bukan sebarangan orang dapat peluang macam tu! Lebih-lebih lagi menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 4 Jun lepas.
Diadakan secara privasi dan hanya dihadiri oleh kenalan terdekat, Fazura menerusi Instagram miliknya menzahirkan rasa terharu kerana diberi peluang memeriahkan majlis tersebut.
Kongsi isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, Tengku Permaisuri Norashikin tidak mengetahui kehadiran mereka dalam majlis berkenaan dan merancang untuk membuat kejutan.
Kongsi Fazura, “Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.
Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.
Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.
Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.”
Pastinya momen tersebut meninggalkan kenangan terindah buat Fazura dan Fattah. Iyalah, jadi ‘tetamu istimewa’ buat Tengku Permaisuri Selangor.
Fazura yang mengenakan persalinan rona beige jelas kelihatan anggun dan gembira sepanjang majlis.
“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.
Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pergerakan terbatas sempena Ramadan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 tetapi selebriti cantik, Noor Neelofa Mohd Noor tetap kreatif mencari peluang untuk terus menyampaikan ilmu! Selain mengendalikan program Berseorangan Bersama di platform Instagramnya, kali ini Neelofa tampil dengan idea baru.
Dengan matlamat mahu berkongsi perkara ilmiah dalam bulan penuh keberkatan ini, Neelofa teruja mewujudkan sebuah medium perkongsian di aplikasi Telegram. Mula dilancarkan pada minggu lalu, saluran yang diuruskan sendiri oleh Neelofa ini menjadi medan pengantara untuk berkongsi ilmu berkaitan solat, agama dan motivasi.
Antara perkongsian yang rancak dilakukan usahawan Naelofar ini termasuk cara memahami dan mengingati bacaan serta maksud dalam solat, doa-doa harian serta pelbagai pengetahuan lain seperti ayat Al-Quran juga video ceramah agama.
Jelas pelakon dan pengacara popular ini lagi, tujuan saluran Telegram tersebut diwujudkan kerana suasana sambutan bulan Ramadan yang berbeza dan sangat istimewa pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ujar Neelofa, “Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk keluar daripada kediaman masing-masing. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.
Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang alhamdulillah dan ini antara keindahan Ramadan pada kali ini. Ramai yang bertanya kepada saya selama ini, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca (skip).
Jadi dengan saluran Telegram tersebut, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak menyimpang. Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan pada keadaan sukar seperti sekarang.”
Sehingga kini, Telegram yang disifatkan Neelofa sebagai ruang untuk berkongsi ilmu berjaya menghimpunkan lebih 71 ribu orang.
Sementara itu, berdasarkan hasil maklum balas bersama pengikut saluran berkenaan mendapati rata-rata mereka menyambut baik inisiatif Neelofa. Salah seorang daripada mereka berkata, “Saya rasakan saluran ini sangat bagus kerana ramai dapat mengikuti apa yang Neelofa lakukan setiap hari dan dapat menambah ilmu yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang.”
Tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk lebih mengenali selebriti kesayangan ramai tersebut. “Saya rasa sangat bertuah kerana menjadi yang pertama menerima kemas kini daripada beliau. Saya rasa inisiatif ini sangat bagus kerana tiada artis lain yang mengelolakan saluran Telegram seperti ini.”
Saluran Telegram boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa di ruangan carian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya memang cantik dan cukup sopan tatkala berbicara. Melihat perwatakan Dr Ruhila Roslan pasti ramai yang terbayangkan pesona Puan Sri Normala Samsudin. Mana tidaknya, Dr Ruhila ibarat ‘jelmaan’ personaliti TV popular tersebut yang sarat dengan ciri-ciri wanita Melayu dan sopan-santun.
Sah bergelar isteri pada Januari lalu, anak perempuan kesayangan Puan Sri Normala menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 hari ini (30 Mac 2021). Semakin Dr Ruhila meningkat dewasa, semakin terserlah keayuan doktor gigi ini yang mewarisi peribadi ibu tersayang.
Sempena hari lahir Dr Ruhila, Puan Sri Normala berkongsi foto-foto anakanda tersayang di media sosial miliknya dari zaman Dr Ruhila kecil hingga sekarang. Memang comel!
Selain mengungkapkan ucapan syukur kerana dikurniakan anak yang menyenangkan dan baik budi pekerti, Puan Sri Normala turut menitipkan pesanan berikut.
Ujarnya, “Happy birthday my princess. No matter how old you are, you always be my princess. This picture reminds me of how real your heart to please mama. Only years later I found out you didn’t like this girly pink dress but, you as always be obliging and obeyed. (She don’t like shiny, frills, pink and too girly stuffs).
In 90’s this barbie dress and Disney princesses were ‘in’, to celebrate birthdays. As always all moms in the world will took the trouble to get it. You, will follow what mama said. This is your character that melts me.
If you disagree with parent, you will say it politely in a proper manner, or you just keep in your heart. It’s a small matter, no sweat. And you grew and become the person that I dreamt to be. Syukur to Allah always.
And may Allah lead you all the way to succeed here and hereafter. May you be happy and full of joy with new life and new family, even if you become a mom, or be grandma. InshaAllah one day, you will be always my princess. Happy birthday anak mama bushuk asham. Love you till Jannah.”
Betapa besar kasih seorang ibu. Yang pasti, Puan Sri Normala berjaya mendidik Dr Ruhila menjadi seorang wanita yang bukan hanya berpendidikan tinggi, malah mempunyai peribadi yang baik dan layak dijadikan inspirasi.
Awal Januari lalu, Dr Ruhila selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Majid Nazli.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Dr Ruhila dalam edisi Mei 2020… wanita ayu ini mendedahkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujan sebelum usia 30 tahun dan ternyata impian tersebut dimakbulkan Allah.
Semoga Dr Ruhila dipanjangkan usia dan terus dapat berbakti kepada ibu bapa serta menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin & Ruhila Roslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap orang apabila meningkat usia pasti terdedah dengan pelbagai ragam kesihatan. Tidak terkecuali, Dida Sinclair yang merupakan ibu kepada penyampai radio dan pengacara popular iaitu Aishah Sinclair.